02 December 2012

Anak Kecil Main Api @ Warisan ~ Lagu patriotik yg membuat aku sebak.....


@ google

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Lagu ni bukannya asing dengan aku
Masa aku bergiat dengan persatuan GPMS kt sekolah dulu dan dengan belia 4B di kampung dulu tu, aku sering diperdengar dan menyanyikannya....

Bila mengingatkan senario politik semasa kini .....
Lagu nilah yg sering terngiang2 ditelinga....
Sebak, pilu, hiba dan meremang bulu roma aku....

Kt perhimpunan UMNO kelmarin pun ada diselitkan lagu ni
Sesuai dan sangat kena dengan waktu skrg ni....

p/s : Aku bukannya racist, tp kita perlu beringat demi anak cucu kita dikemudian hari....

Nak dengar lagunya....!
 klik dibawah ni...


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...