Jalan2 Cari Makan Kt Pak Li Kopitiam Seksyen 18 Shah Alam.....

7:22:00 PM Noor Akma 0 Comments


Menu...... order...order.... pilih..... pilih!


Menu 1... Chicken Chop..... pernah tengok gmbar je... pertamakali rasa!


Menu 2 ....Chicken Porridge..... nampak menyelerakan...


Menu 3....Laksa Katong..... pergh..... pedas dan sedappppp!

p/s : Thanks to makngah yg sudi belanja makan...... "terimakasih daun keladi... bila nk datang makan2 lagi."'... kata anak2 buah makngah!!!

0 comments:

Anak2 ..... dan Sepupu Kecilnya....

12:10:00 AM Noor Akma 0 Comments








0 comments:

Jenjalan Malam Minggu di Plaza Alam Sentral...Budget shopping... alahail!

12:56:00 AM Noor Akma 0 Comments

Mlm kelmarin gi shopping kt Plaza Alam Sentral.... xlah beli banyak benda, cuma nk beli baju untuk majlis graduasi anak kt sekolah nanti.. itupun dah lama janji ngan dia nk gi beli baju. 




Xnak peningkan kepala dan malas nk memilih dari satu kedai yg lain.... aku terus masuk Butik First Lady. Pilih punya pilih dptlah satu baju ni yg sesuai dan berpatutan... okeylah... harga yg termampu tu ajelah!



Lepas tu singgah hot market.... beli beg plak... untuk akulah, mengantikan beg gi kerja aku ni yg dah nampak uzur sesangat sampai berjahit sana sini... warna kegemaran... purple and pink! Jgn tanya harga ye!.... beg murah je!


Dah lapar... gi KFC plak. X makan kt situ... tapau je bawak balik umah...  beli pun cuma fun fries, cheezy wedges dan mashed potato..! Aiskrim beli kt mc Donald utk anak2 -opps lupa lak ambil gambar! 

Makanan tu x sempat bawak balik...... abis makan kt tempat duduk tepi P.A.S tu masa tunggu hubby dtg ambik....!! Minum air mineral je... sebotol share ramai2... haha..!  Budget shopping lah katakan!!!

0 comments:

Letak je limau dan cengkih kt umah..... nyamuk n lalat lari jauh2....!!!

10:38:00 PM Noor Akma 0 Comments


Dua hari lepas dpt petua dari seorang mantan aktres yg dikenali ramai yg skrg menjadi seorg  blogger terkenal iaitu Fauziah Samad atau Kak Jee  tentang petua halau nyamuk dan lalat. Akupun cubalah..... reason aku cuba ni pun sebab rumah banyak nyamuk dan anak aku yg bongsu tu alah  ngan ubat nyamuk. Kesian dia... bila pasang ubat nyamuk mesti dia selsema dan x selesa tidur. 

Kengkadang hubby spray je... tp x tahan lama... tengah2 mlm sembur lagi... sebab nyamuk dh berdendang kt telinga.. x cukup tido aku dibuatnyer. Aku pun trylah membuatnya.... senang je, potong dua limau nipis .... cucuk2kan bunga cengkih. Aku tengok cantik plak tu... mcm gubahan bunga jer. X caya... tengok gambar dibawah.....


Betullah.... sejak sekian lama, dua mlm kelmarin memang xde nyamuk. Dptlah aku tidur lena dan x terganggu dek nyanyian sang pontianak kecil ni dan semburan ubat nyamuk. Anak pun xlah susah tido dek selsema akibat alah ngan asap ubat nyamuk...

Terima kasih banyak2 ngan sesiapa yang menjumpai petua ni dan Kak Jee yg telah memanjangkan perkongsian ini... sesiapa yg nk tengok blog Kak Jee tu, boleh klik sini.

Sekian... nanti updated lg!!

0 comments:

Sibuk, sibuk dan menyibukkan diri dengan barang2 ni hari2...!

11:08:00 PM Noor Akma 0 Comments






Inilah bahan2 yang aku selalu sibukkan hari2 selain dari menjaga gerai jualan aku yg x seberapa.... Sementara bunga2 brooch masih menjadi trend dan sangat laku di pasaran.... masa inilah aku perlu bertukus lumus membuatnya.

Kengkadang tu ada tempahan online jugak dan ada tempahan untuk majlis perkahwinan. memang x cukup masa aku nk membuatnya.... Jualan kt gerai pun masih x surut... sentiasa ada permintaan. 

Alhamdulillah....!

p/s : Hari2 mesti buat punya....!


0 comments:

Ubat Darah Tinggi..... membuatkan kepalaku pening giler hari2....!

11:18:00 PM Noor Akma 0 Comments


Yg dlm botol tu ubat batuk, yg biji2 merah ubat asthma dan yg sebeban tu ubat darah tinggi...

Hasil temujanji aku ngan doktor pada 2/9 aritu dapat ubat darah tinggi... stok utk 3 bulan.. ubat asthma pun aku mintak jugak sebab aku ni  kengkadang kena asthma, selalunya beli kt farmasi je - dah alang2 jumpa dr tu ambiklah sekali... jimat duitc poket... dan ubat batuk sebab masa tu dah 3 hari batuk x berenti.

Camne nk buat ni.... sejak makan ubat darah tinggi ni, tahap kesihatann aku makin menurun. Bukannya semakin sihat, malah menjadi sebaliknya. Kepala selalu pening... terasa perut pun asyik sebu, kaki dan tangan selalu kebas dam macam2 lagilah. sebelum makan ubat ni x plak gitu... heran aku!

Sakit gatal2 kt muka macam tu jugaklah walau dah  lebih makan sayur... ayam dah x sentuh langsung.... walau ikan masih aku jamah tp dalam kuantiti yg amat sedikit.

Aduyai... hanya pada Mu Ya Allah aku berserah... apalagi aku nk buat...!!

p/s : Awal bulan 12 nnti baru ada temujanji ngan doktor... tp klau xtahan sangat aku akan gi klinik lg dlm masa terdekat nih.

0 comments:

Jenjalan raya sambil bercuti.... n3 terbengkalai...

9:51:00 PM Noor Akma 0 Comments

Inilah foto kami sekeluarga bersama adik aku yg anak2 panggil mak ngah bercuti di Teluk Batik pada raya yg lalu.... Fuh! raya ketiga  tu!!! 

Sebenarnya xde perancangan nk bercuti pun. On the spot je... ank2 memang dh ajak mandi laut sebelum puasa lg... nk gi PD je. Tp x berkesempatan langsung sebab busy. Masa jenjalan rumah sedara mara tu, adik lelaki aku plak xde kt rumah di Bota ... esoknya baru dia balik dari rumah mentua dia, so ingat nk terus balik Shah Alam je...

Anak2 dah bising sekejap sangat beraya... bincang ngan adik pompuan @ makngah dia yg ikut sekali jenjalan raya... diapun nk gi pantai Teluk Batik.... So, apa lagi... anak2 pun menjerit keseronokan... hehe.. akupun tumpang gembira jelah.. tulah jdnya!!!!


Chalet penginapan kami di tepi pantai Teluk Batik

Mandi laut yg nyaman....

Di  pekan lumut @ Waterfront...
p/s : Raya aidilfitri 2013 dlm kenangan....

0 comments:

Xde SLE.... tp kena jadi Vegetarian n makan ubat darah tinggi...huh!

10:10:00 PM Noor Akma 0 Comments

N3 sambungan dari diagnosis penyakit SLE... confirm xde peyakit tu bila aku jumpa dr smlm. Tp aku disaran oleh doktor untuk jadi seorang vegetarian... hahahaha..... katanya mungkin aku ni alah dgn steroid ..apa tah!  Nk gelak pun ada... ! Kiranya aku kena jadi kambinglah plak... kena makan sayur jerr.....!!! korg tau aku jawap ape... okeylah dr.... akan dicuba.... hehe!

Smlm ngan ariri ni aku pun cubalah makan sayur je... tauhu, tempe... kobis  tp arin aku buat gulai tempoyak rebung campur 2-3 ekor ikan bilis je... not bad, bolehlah tu... memang terliur tngok ikan goreng... kalau makan abislah diet vegetarian aku...hoho..!!

Lepas tu sebab tekanan darah dah naik... dapatlah sekeping atau satu stripe ubat darah tinggi untuk dimakan selama seminggu...  Haissh!!! apasal plak ni..! Selama ni aku dah selalu check tekanan darah kt farmasi x pernah plak failed... ini mesti sebab terlalu penat berniaga hari2 kot.! 

Apapun demi untuk kebaikan... ikut jelah kata dr... tu. Isnin depan gi klinik lagi... 

transkrip tekanan darah yg failed...

Sepeket ubat darah tinggi..

Yg ni krim pelembab...

p/s : Bila aku dok tengok dan fikir2 kt klinik tu... maybe dah sampailah masa aku nk jadi mcm org2 lama yg ramai kt klinik pagi smlm pegang kad warna ijau dan dpt ubat sekarung tu...haiyyyaaa...!!!!

0 comments:

Beraya di kampung halaman pada raya ke 2....

9:36:00 PM Noor Akma 1 Comments

Walau dah lepas 2 hari, masih lagi boleh beraya kan? Raya kan sebulan.... hubby kerja. Raya kedua petang barulah aku dpt gerak ke kampung.... terubat jugak kerinduan ini... pada suasana rumah tempat aku dibesarkan... masih x berubah ....sama seperti dulu2!

Kt sini aku updated foto2 di kampung.... kalau rindu... boleh tengok!!!



Itu jelah.... nanti updated pasal raya lagi..
raya kan sebulan!!!!!!
heheh!

p/s : Gambar org kahwin tu .... gambar kahwin aku n hubby....tahun 1992.
Gambar tu ada di kampung.... itu jelah gambar yg ada... Album perkahwinan aku dah hilang masa pindah rumah dulu.... sedeyyyynyerrrr....... sob..sob!!!

1 comments:

Aku akan di diagnosis dgn penyakit SLE.... Apakah itu?

4:55:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sejak smlm aku mendapati ruam muka yg teruk kt muka aku.... Teruk dan sangat teruk sehingga aku merasa kepanasan dan kepedihan yg melampau. Muka pun menggerutu kemerahan seperti udang selepas di salai.

Sebenarnya ku dh lama ada allergik ni... merah jugak muka aku...selalunya pergi farmasi je. Hari sabtu kelmarin aku pergilah ke klinik kesihatan seksyen 7..... sesaje je utk kot2 boleh hilang elergik atau ekzema aku ni...!

Dah dpt ubat dari situ... malamnya aku apply le kt muka aku yg merah2 ckit tu.... dgn harapan biar hilang terus... Apa yg aku dpt makin teruk jdnya... Hari ni sampai aku x gi berniaga disebabkan ni. Macammana nk kuar rumah klau dah muka merah membakar...?

Hari ni aku gi lg kt  klinik tu lg tuk beritahu Dr. yg ubat tu x sesuai dan dr check... ambil tekanan darah, check diabetes, tanya pelbagai... aku plak pernah kena sakit tulang atau otot beberapa bulan lepas. Tekanan darah memang failed... So Dr. suspek SLE.

Darah aku diambil penuh satu dan diminta check tekanan darah untuk selama sebulan..... Untuk mengesahkan penyakit aku ni......Adakah SLE???

Dlm sebulan yang akan datang terpaksalah aku ulang alik ke klinik tu setiap minggu utk diambil tekanan darah....dan ntah apa2 lagi... aduyai!

Oiiii apa tu...? Susahnya hati aku.... and then balik rumah terus ngadap laptop...... cari, cari dan cari...



Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).



Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebutSystemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLEdalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit. Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLEyang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Pening jugak nk baca.... panjang bebenor.... apa2 ajelah!!

Sekian.....!


2 comments:

Sophie Paris ~ My fashion. My Business.... Its my life!

9:33:00 PM Noor Akma 0 Comments

Aku memang minat fesyen dan kosmetik. Dulu ada bercita-cita nk jd pereka fesyen atau pakar kecantikan... tp x kesampaian. Pernah jadi ahli macam2 syarikat jualan kosmetik... tp stakat tu je lah!!!

Kini sejak berniaga macam2 benda ni... kali ni aku buat benda yg aku suka.... fesyen dan kosmetik.

Then..... Its SOPHIE PARIS...!


Moga bisnes aku teru maju dan maju bersama Sophie Paris...!

0 comments:

Rumpai Laut ~ Ibu Segala Collagen.... betul ke...!

11:49:00 PM Noor Akma 1 Comments

Aku nk share info ni kt blog... belum dapat merasa lagi tp aku agak berminat jugaklah... manalah tahu boleh cantik jelita dan nampak muda remaja.... hehe... boleh ke?

Ala.... sesaje je nk tahu.. baca jelah info ni... boleh tambah pengetahuan!

gambar ambil dari google
Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolagen’ mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 
Penggunaan ibu kolagen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.
Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu. 
Menjamin kecantikan? 

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.
Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.
“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.
“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.
Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.
Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.
“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.
Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.
Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.
Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:
* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan. 
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya. 
* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.
* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.
“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.
INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan


• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar
Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut. 

p/s : Ramai org tergila-gilakan produk ni... kalau jual laku nih!

1 comments:

Sentuhanku untuk Blog2 Kengkawan.....!

11:00:00 PM Noor Akma 0 Comments

Ada kawan2 yg teringin nk ada blog... mintak aku buat kan...  Akupun  dengan rela hati tolonglah buatkan. bukan susahpun.... lagipun bab2 membuat blog dan membentuk blog tu aku rasa seronok bila membuatnya.... 

Tp tulah.... adalah diantara tu yg hangat2 tahi ayam atau x pandai2 nk manage blog tu sendiri. Dah kita buat cantik2 blog tu... xkan nk tulis sepatah dua ayat x reti. Lagi satu bila kita ajar kat mana nk letak gambar dan nk buat benda2 bagai.... x reti2 lagi.

So.... nk buat camneeeee......... lagi!!!

Ada gak yg pandai dan rajin berblog... itu memang bagus... aku tumpang gembira...yalah blog yang aku buat berfungsi.... haaaa.... macam tula!

Blog yg berfungsi.... baguslah macam ni!

Blog yg berfungsi jugaklah (member online... buat blogpun online je!)

Blog yg x berfungsi - x faham lg..!

Blog ni x sempat nk ajar, dia xde masa.. peram jelah!

Blog ni baru buat.... xtau camne lg gayanya

Selain dari 5 blog ni ada banyak lg blog yg aku buat x berfungsi... peram jelah sampai masak ranum... hehe ingat buah ke!. Bukannya senang nk jd blogger ni... Kekadang tu idea x menjadi je. Kadang2 tu  payah  menjadi.... Heh! ingat senang ke nk cari duit... cari makan. Apa je cara pun xkan mudah sangat gitu!!!

Tp aku x serik pun.... kalau ada yg nk aku tolong buat blog... boleh je...free  tp kenalah belanja makan atau hadiahkan apa2 kat aku... boleh!!!

Ek... eleeee!!!

0 comments:

Blog ni x terlayan.... blog masakan yg selalu di updated....!

10:01:00 PM Noor Akma 0 Comments

Sibuk sesangat aku ni..... blog2 aku x terlayan. Dah lama x buat n3. Xde idea.... Blog masak je  yg di udated. Bukannya apa.... blog  masak tu dah agak2 popular ckit.... tp xlah popular mana... aku perasan je lebih..!


Inilah blognye.... dlm sehari adalah dlm 150 ke 250 org jenguk... jadilah. Blog ni dan blog yg lain2 tu lembap ckit.... xde org peduli!!! Tp aku masih sayang blog2 tu.... sebab semuanye utk fungsi2 yg berlainan. Blog tu utk isi gambar masakan dan share resepi ngan blogger2 popular meletop2 skarang ni... nk nyibuk celah2 diorang ....alahai!!! :P

Blog ni untuk aku cerita merepek dan share apa saja..... tu sebab di beri nama huha-huha.... dan bersantai bagai... hehe...!




Blog gambar diatas tuk aku jual produk buatan sendiri dan dropship pakaian jika berkesempatan. Itulah, dek kesibukan berniaga.... x sempat nk siapkan sepenuhnya blog ni. masih ada yg tinggal yg belum finish lg... tp xpe asal boleh guna... Ada kesempatan nanti aku sambung kerja.



Blog yg ni pula seperti namanya.... adalah nk promote barang2 dari timur tengah juga jubah ala2 timur tengah. Dah lama sangat ditinggalkan.... sebab skrg dah x banyak jual produk tu. Tp manalah tau ada gunanya blog ni nanti... ! 

p/s : peace!  :))))))

0 comments:

Lipstick Cantik Menawan Lebih Lama....!

9:55:00 PM Noor Akma 0 Comments


Pandanglah.... Lihatlah..... Tiru macam dia........!

Senang jer...........!

@ veet Malaysia fb

0 comments:

Tun Mahathir.... dari pandanganku!

8:54:00 PM Noor Akma 0 Comments

Cantik dan comel gambar nih!!!

Waktu2 sekolah dulu, dialah PM aku... Aku memang suka tengok dia dan dengar dia berucap... bersahaja, teratur dan penuh dengan idea2 bernas... sesekali  dengan lawak jenaka plak tu... Bila tahun baru, hari raya, hari merdeka dan tentunya pada perhimpunan agung UMNO. Tp bila PM bersilih ganti ni xde lagi yang boleh menggamit aku dok depan TV dengar diorang berucap sampai habis. 

So, bila dia dah x jadi PM... aku masih suka dia... dia memang seorang yang bijak dan berkarisma... Biarlah org lain x suka dia... aku tetap aku... suka sangat kat dia... Dah tua pun masih tetap hensem...hehe!!!


0 comments:

Dah Shopping Baju Dah....Misi menyelesaikan duit!

5:08:00 PM Noor Akma 0 Comments

Kelmarin bermulalah projek aku dengn duit yg aku dapat tu.... and then duit pun dah kering kini, kena dok diam2....godek2lah lappy ni cari idea dan cari duit lagi....kalau masa mengizinkan..!

Aku beli beberapa pasang baju, jeans, tshirt, track suit dan beberapa barang lagi termasuk pengukus... itu untuk akulah (mudahlah nanti nk buat kek kukus).

Dah xtau nk ckp apa2 lagi.... biar gambar bercerita plak!


Aku beli baju2 dan seluar ni kt kedai yang boleh beli setiap ari tu... tp kalau ada duitlah... xde duit sori naik lori...!!!



Sepasang t-shirt dan seluar jeans yang cute untuk kak cik dan adiknye...




Ini pula dua pasang baju muslimah... cantik dengan gambar ana muslim memeluk seekor kucing... Puas jugaklah membelek yang sesuai. Dua beradik ni  dah ala-ala kembar, semuanye nk serupa. So utk xnak mengecewakan salah sorang mummy terpaksalah cari yg sama tp x serupa warna dan saiz... hehe!

p/s : Akan datang aku berazam akan kerja lebih kuat lagi kt blog2 nih.... boleh gi shopping lagi!!!



0 comments:

Dah nak fed-up...... tp akhirnye sampai jua!!!

8:07:00 PM Noor Akma 0 Comments

Akhirnye setelah sekian waktu menunggu.... kau sampai jua.. Yeayyy... ingat rasa nk melompat tp x jd plak...hehe... ckit je, apalah sangat. Bagi orang lain ratus2 ni x mainlah kena ribu riban baru ok. Tp bagi aku yg dok bertukus lumus mencerahkan kehidupan saban hari... banyak ni dah dikira banyak manafaatnyer....

Inilah hasil aku berblogging selama ni... kata orang buang masa je, tp ada gak hasilnya. walau ambil masa nk kumpul banyak ni... bukannye senang nk ngajak org tengok blog kite...kan...kan...kan!!! Dah ada org tengok dalam rate 100 ke 200 sehari tu kira okeylah!!!

Nk dapat ni pun banyak rintangan.... dah apply keluar duit, tunggu punya tunggu x sampai2. Antar mssg kt nuffnang... kena tunggu lagi...baru ari ni sampai... whatever thanks pada staff nuffnang yg prihatin. Nyaris2 lagilah nk dicampakkan pengiklan nuffnang tu ke laut... hehe.!!!

Mari kita tengok rentetan2 cerita-ceriti ku ini!!


Inilah hasilnyer....  Mesti ada yg tanya ... nk buat aper? Aku fikir... lebihkan keperluan dari kehendak sendiri... so first thing aku tengok kiri dan kanan aku fikirkan anak2. Maklum selama ni duit yang ada cukup untuk keperluan makan minum, tempat tinggal, kenderaan and api air je.. Anak2 cepat membesar.. pakaian harian dah lusuh dan senteng plak tu... Nk pegi jalan2 pun xde baju yg baru. Aku pilih nk beli pakaian untuk dorang jelah....ada lebih baru nk buat perkara lain.


Ini mssg kt nufnang bila cek x sampai2 lagi.... Ingat sampai hujung tahun boleh tolong hubby uruskan persekolahan anak2... tp x kesampaian. Cek aku tu ntah tercampak kemana tah....!


Ini mssg balasan dari staff nuffnang.... thanks for your appreaciate...! Untuk nuffnang aku nk beritahu cek dah sampai.... :)

p/s : Jangan tak tau.... selain blog ni aku ada 3 lagi blog yang aktif!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...