Letak je limau dan cengkih kt umah..... nyamuk n lalat lari jauh2....!!!

10:38:00 PM Noor Akma 0 Comments


Dua hari lepas dpt petua dari seorang mantan aktres yg dikenali ramai yg skrg menjadi seorg  blogger terkenal iaitu Fauziah Samad atau Kak Jee  tentang petua halau nyamuk dan lalat. Akupun cubalah..... reason aku cuba ni pun sebab rumah banyak nyamuk dan anak aku yg bongsu tu alah  ngan ubat nyamuk. Kesian dia... bila pasang ubat nyamuk mesti dia selsema dan x selesa tidur. 

Kengkadang hubby spray je... tp x tahan lama... tengah2 mlm sembur lagi... sebab nyamuk dh berdendang kt telinga.. x cukup tido aku dibuatnyer. Aku pun trylah membuatnya.... senang je, potong dua limau nipis .... cucuk2kan bunga cengkih. Aku tengok cantik plak tu... mcm gubahan bunga jer. X caya... tengok gambar dibawah.....


Betullah.... sejak sekian lama, dua mlm kelmarin memang xde nyamuk. Dptlah aku tidur lena dan x terganggu dek nyanyian sang pontianak kecil ni dan semburan ubat nyamuk. Anak pun xlah susah tido dek selsema akibat alah ngan asap ubat nyamuk...

Terima kasih banyak2 ngan sesiapa yang menjumpai petua ni dan Kak Jee yg telah memanjangkan perkongsian ini... sesiapa yg nk tengok blog Kak Jee tu, boleh klik sini.

Sekian... nanti updated lg!!

0 comments:

Sibuk, sibuk dan menyibukkan diri dengan barang2 ni hari2...!

11:08:00 PM Noor Akma 0 Comments






Inilah bahan2 yang aku selalu sibukkan hari2 selain dari menjaga gerai jualan aku yg x seberapa.... Sementara bunga2 brooch masih menjadi trend dan sangat laku di pasaran.... masa inilah aku perlu bertukus lumus membuatnya.

Kengkadang tu ada tempahan online jugak dan ada tempahan untuk majlis perkahwinan. memang x cukup masa aku nk membuatnya.... Jualan kt gerai pun masih x surut... sentiasa ada permintaan. 

Alhamdulillah....!

p/s : Hari2 mesti buat punya....!


0 comments:

Ubat Darah Tinggi..... membuatkan kepalaku pening giler hari2....!

11:18:00 PM Noor Akma 0 Comments


Yg dlm botol tu ubat batuk, yg biji2 merah ubat asthma dan yg sebeban tu ubat darah tinggi...

Hasil temujanji aku ngan doktor pada 2/9 aritu dapat ubat darah tinggi... stok utk 3 bulan.. ubat asthma pun aku mintak jugak sebab aku ni  kengkadang kena asthma, selalunya beli kt farmasi je - dah alang2 jumpa dr tu ambiklah sekali... jimat duitc poket... dan ubat batuk sebab masa tu dah 3 hari batuk x berenti.

Camne nk buat ni.... sejak makan ubat darah tinggi ni, tahap kesihatann aku makin menurun. Bukannya semakin sihat, malah menjadi sebaliknya. Kepala selalu pening... terasa perut pun asyik sebu, kaki dan tangan selalu kebas dam macam2 lagilah. sebelum makan ubat ni x plak gitu... heran aku!

Sakit gatal2 kt muka macam tu jugaklah walau dah  lebih makan sayur... ayam dah x sentuh langsung.... walau ikan masih aku jamah tp dalam kuantiti yg amat sedikit.

Aduyai... hanya pada Mu Ya Allah aku berserah... apalagi aku nk buat...!!

p/s : Awal bulan 12 nnti baru ada temujanji ngan doktor... tp klau xtahan sangat aku akan gi klinik lg dlm masa terdekat nih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...