Facebook

2015..... sELamAT dAtAnG...!!

9:00:00 PM Noor Akma 0 Comments

Assalamualaikum...!!!


:))

0 comments:

Banjir Sana Sini ~ Mood Updated Blog Hancusss.... Marilah kita berdoa!

2:14:00 PM Noor Akma 2 Comments



Haish.... Banjir yang teruk di seluruh negara menjejas mood aku... Walau kat tempat aku ni tak banjir tapi situasi hujan yang tak  betul2 berhenti menggerunkan jugak. Manalah tau... kot2 penuh air kat loji kumbahan tu... xke melimpah nanti.... eeeeeiii .. hehe!

Mood nak updated blog masakan tu ada... tapi, nanti kena hentam ngan keyboard warrior kaw2 punya.. Baru nak nyesal n nanges2... tu la paseeee! Tak prihatin,... tak sensitif.... macam2 la haiiii!

Bagi aku yang tak terkena banjir, hanya secebis doa yang dapat aku sedekahkan buat mereka. Nak menolong mangsa2 tu aku  tak mampu....  :))

Untuk yg sudi membaca.... marilah kita sama2 berdoa...!

Ya Allah,....jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah kemurkaanMu terhadap dosa-dosa kami, Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami.

Ya Allah,....jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah peringatanMu terhadap kesalahan kami yang lalai dari mengerjakan suruhanMu dan derhaka serta engkar melanggar larangan-larangan Mu, Engkau bukalah pintu hati rakyat kami untuk insaf dan berubah memperbaiki diri seperti kaum Niwawa yang bertaubat dan insaf kembali kepada jalan NabiMu Yunus a.s.

Ya Allah,.....kami pohon janganlah jadikan kaum kami umat yang degil dan sentiasa memberi alasan dari kesalahan-kesalahan kami sehingga kemuncak kemurkaanMu seperti sikap kaum Ad, Thamud serta kaum Lut yang telah Engkau binasakan.

Ya Allah,.... jika semua bencana yang melanda rakyat dan negeri kami adalah musibah ujian bagi menguji kami, maka Engkau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah iman dan agama kami, jauhilah kalimat kufur dari lidah kami, jauhilah lintasan hati dari bisikan iblis dan perbuatan jahat anggota kami.

Ya Allah,.....amat benarlah kekuasaanMu.

Kami ini dari Mu Ya Allah dan kepada Mu lah tempat kami kembali.

Ya Allah,.....Engkau gantikanlah semua kesedihan kami dengan kegembiraan dari pengampunanMu. Segala kerugian dengan keberuntungan dan segala yang hilang dengan balasan dan ganti yang lebih baik.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,

Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak dan negeri yang terkena musibbah banjir ini…

Ya Mutakabbir, Ya Sami’, Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu…

Amin.... amin yarabball a'lamin....!

2 comments:

Jemputan ke Konvensyen di Pullman Hotel....U

9:41:00 PM Noor Akma 0 Comments


Ari rabu lepas  dptlah panggilan gi konvensyen plak.... Nama konvensyen tu Konvensyen Aspirasi Usahawan Muslim 2014. Di adakan di Hotel 5 bintang tuuuuu!!! Canggih bebeno konvensyen ni tau... Tak padan ngan bisnes aku yg kecik seciput nih...haish!!

Dah disediakan pengangkutan.... tp disebabkan ada masaalah teknikal, lambatlah grup aku sampai.... Penat jugalah kami menunggu kt tepi jalan...

Sampai sana, majlis pelancaran n pembentangan pertama dah selesai... Terus je kami mkn pagi kul 10 lebih... Pembentangan seterusnya oleh Datuk2 yang dah bertaraf jutawan semua...

Semuanya nak bagi semangat kt para peniaga nih.... Katanya.... "Jihad bisnes".... Bisnes jihad" di ulang berkali2.... Nak naikkan semangat le tu..


Lepas tu ada bengkel kalau nk pinjam ribu2... juta2 gitewww.... Dia ajarlah cara2 nk buat kertas kerja n apa yg perlu secara ringkas...banyak kerjanye tu... Nk ada lesen itu ini lg....huhu!

Pening jugaklah kepalaku ini... Haha... Dipendekkan cerita, bisnes seciput aku ni x lg mencapai ketahap itu... abaikan.... Tp manalah tahu, akan datang..!!!!


Anggaplah je untuk tambah ilmu n yg pasti dpt gi hotel 5 bintang... Dpt mkn sedap2..... lagihhhhh!!!
Wallla........


0 comments:

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant

7:08:00 PM Noor Akma 12 Comments

Assalam.....

Join segmen ni pulak!!


Followers blog ni tak ramai pun.....

Tak kisah lah bertambah ke tidak.... 

Janji yang nak follow tu ikhlas...

Join ajelah segmen nih....

Just untuk suka-suka...

Bye...:))

12 comments:

Hurm!.... Terrr.... Bergambar ngan Hero Drama...Syafiq Kyle!!

12:33:00 AM Noor Akma 3 Comments


Hari Isnin lepas... Tetiba nampak ramai org usung dan punggah brg kt depan tempat aku berniaga nih! Ingatkan nak pasang khemah... rupanya nk shooting drama...Tertinjau2 lah kitaorg nengoknye.. Dari jauh kt deretan kedai depan nampaklah pelakon Kaza tengah beraksi...

Tup2 aku dengor kecoh ckit x jauh dari kiosk aku ni... Ohh.. ada hero drama rupanya... Syafiq Kyle 'Bila Hati Berbicara' tuuuuu Tengah dikerumuni org nk bergambar.... Dah depat mata...Apalagi aku pun ikut sekalilah 'tumpang sekaki'...nk meriahkan suasana kiranya.. hehe!

Memanglah handsome... bergaya...kacak lagi tu.... Aku pun x sangka boleh terberani plak... Selalunya aku malu gak... Malu2 kucing jerrr...hihi! Bukannye senang nk bergambar ngan retis ni.... kan...kan! Akan ku abadikan kenangan ini di lubuk jiwa.... Haish...!!! Kembang setaman plak!!!

p/s : Ala....  tau diri.... aku ni  pangkat mokcik je ngan dia...! Sesaje je nk framekan kenangan   mengusik jiwa ni kat blog nih....he...he...!

3 comments:

SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist

11:30:00 PM Noor Akma 5 Comments

Dah lama tak join segmen... Kali ni join segmen  oleh Kapas Putih @ Miss Nadia. Macam biasa, syaratnya pun mudah je... Nak tau? Klik banner nih...!



Segmen ni berakhir pada 11.59 pm, 31 December 2014.

Bye... :p

5 comments:

Fuhhh! Legaaaaa.... Penyelesaian masaalah!

10:54:00 PM Noor Akma 3 Comments


Ari tu aku stress sangat.... Skrg alhamdulillah dah okey! Kenapa lah aku tak terfikirkan ni dari awal lagi.....Dari sibuk2 cari pekerja yg kerja beberapa hari je...lepas tu berenti.... anak dara aku tuh kan ada.... Duk main2 je kt rumah ngan adiknya.

Dah cuba letakkan dia jaga kiosk..... boleh pun... Pandai dia menyesuaikan diri.... Dapatlah aku membuat pelbagai urusan dan merehatkan diri sebentar. Sebenarnya anak aku tu baru dapat IC bulan lepas.... Tp rupa paras dan perawakan macam umur 16 - 17 tahun. Tinggi lampai plak tu...

Hurm... Dah sama tinggi ngan kakaknya yg umur 18 tahun. Kakaknya tu skrg kt UITM Lendu Melaka. Klau cuti semester aritu kakaknya tu lah yg kerja ngan aku...

Anak bujang pun kerja ngan aku gak.... jaga kedai yang kat tempat lagi satu tu.... Baru lepas ambik SPM aritu.

Buat sementara ni tak payah cari pekerja lah.... Sekeluarga berniaga jelah sama2. Akan datang baru cari pekerja..... Buat masa skrg biarlah kami sekeluarga buat kerja sama2...... 

Stress dibuatnya..mcm2 ragam plak tu. Akan datang bila cuti sekolah dah abis, anak aku tu dah gi sekolah.... kita sambung stress balik dengan pekerja baru...... hihi!

p/s : Barulah aku tahu kenapa org asing ramai kerja kat Malaysia... Org kita ni kerja main2 dan xnak lama sikit di satu2 tempat.... Dah penat2 ajar buat kerja... berenti...haish!

3 comments:

Appointment Gigi di Fakulti Pergigian UITM Shah Alam.....

12:11:00 AM Noor Akma 2 Comments


Semenjak hampir setahun yang lalu aku menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi di sini lah...... Iaitu merelakan diri menjadi antara subjek projek pembelajaran student pergigian kat situ.....

Hurm.... nak yang percuma macam gitulah...kenalah tahan sakit sikit.... kan...kan! Kena sabar jugak. Dalam proses diorang belajar ni makan masa jugak. Dah buat treatment tu kena tunjuk kat pensyarah plak... huhu! Begitulah tiap kali bila aku datang kesini.

Rasanya dah hampir 10 kali gak aku dah buat appointment kat sini. Agaknya selagi tak habis diorang belajar, selagi tu la aku kena kesana di analisis sana sini. Buat treatment macam-macam.... 

Pada aku elok lah tu...tak kisah, sebab masa mula2aku datang sini... gigi aku teruk gila... penuh karas gigi.. hitam2 berkarat pun ada....gigi berlubang reput lagi. Bila gosok gigi berdarah2 gusi aku tu.

Seumur hidup sebelum ni, mana pernah cuci gigi.... bukan xnak.... tapi banyak keperluan lain yang perlu dibuat... mahal plak tu. Dah ada yang free ni bolehlah cuci gigj selalu kan! Aritu cabut gigi pun free je... Ada n3 yang aku kongsi kat blog nih... nak baca boleh klik sini.

Tapi masa buat tu memang sakit. Di koreknya sampai kedalam gusi karas gigi tu....katanya kalau x buat macam tu tulang gigi akan turun kebawah dan menyebabkan gigi goyang dan akhirnya tanggal. Kesannya sekarang gusi aku dah tak berdarah lagi bila gosok gigi..... Gigi pun dah okey je.... healthy katanya.

Akan datang mungkin nak tampal mana gigi yang ada lubang dan buat tukar gigi palsu aku yang lama nih... Alahai, tak sabar nak buat tu semua... 

Bakal Doktor gigi yang  entertain aku tu..... Ena Sapura dan her partner Tini.... walaupun sakitnya gigi aku dikerjakan korang... tahan jelah demi nakkan  gigi yang sihat dan cantik tersusun....hehe!! Apapun thanks u all..! :))

p/s : Masih terasa sengal2 lagi gigi dan gusi aku ni kesan dari buat treatment pagi tadi....ish!

***************
senyum  mimpi...
klik SINI dan SINI
***************

2 comments:

Dalam Seminggu dua nih, stress...tension semua ada!!!

10:43:00 PM Noor Akma 0 Comments


Banyaknya hal yang nak diselesaikan.... Yang diluar jangkaan pun ada. Semuanya kena settle.... Nak marah, bengang.... Semua sekali bercampurbaur..!!!! Mana penat lagih!!!

Semuanya aku kena handle sendiri... Pekerja berhenti tiba2... pekerja part time pun tarik diri... Hurm... Kenalah urus sendiri.... Jaga gerai, kiosk lagi.... Dan macam2 perkara berlaku...!

Kalau boleh ku belah2 tubuh ku ini, senanglah ckit... haish!! Tak terkejar aku nak mengupdated blog...letihhhh!!!!Pada sesiapa kengkawan yang telefon, antar mssg kt whassap ke... messenger fb ke... Mintak maaf banyak2 ... Xde masa dan xde mood nak bersembang.... Nk nangis ni tauuuu!!!

Periuk belanga kt dapur dah x sempat jenguk... Makan minum sekeluarga pun dah tak tentu arah.... Asyik2 siang malam nasi lemak bungkus je..

Balik rumah tuk tidur je... sampai rumah paling cepat kul 9 mlm tp selalunya mencecah kul 10 malam.... Pandai2lah anak2 ku nk hidup  berdikari...

Dah tu camne nak buat..... stresssssss  ko!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Us

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...