Bergambar di Laman Seni #Lorong Belakang Seksyen 7

10:42:00 PM Noor Akma 0 Comments

Hari sabtu lepas sesaje gi jalan2 kat lorong belakang .... kat seksyen 7....Laman Seni #Lorong Belakang Seksyen 7 tu.  Dah lama tahu, dekat je dengan tempat aku niaga... dalam sepelaung je. Baru hari ni aku berkesempatan kesini... selalu gak tengok reramai kat situ... awal2 aku heran apa yg ada kat situ..sekarang dah tahu.. bestlah jugak... hehe!

Dah tu.... aku hambiklah gambar kt situ ngan anak2... alkisahnya sebelum tu gi rumah orang kahwin. Tu yang berbaju kurung bagai anak2 tu...  Memang kreatiflah gambar2 tu... Demensi 3D tu cantik2 belaka.... look like real. 


Dua orang anak perempuan ku.... Siti Balqis dan Siti Fairus. Aku ada 4 orang anak 3 perempuan dan 1 lelaki. Diorang dah besar, sibuk dengan hal masing-masing.


Diriku..... untuk orang muda2 dah boleh panggil kakak ke, makcik ke..... xkisah lah...! Tu kan tanda hormat....! 


Ini kawan dari Puchong..... kebetulan dia datang ke tempat niaga aku ni, ajaklah sekali bergambar...!

Sekian...


0 comments:

UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

1:36:00 PM Noor Akma 2 Comments

Entry kali ni nak kongsi info berkenaan tajuk di atas...... memberi bantuan guaman PERCUMA bagi yang kurang berkemampuan dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan dengan kadar yang paling minimum.

Info ni aku dapat dari sebuah flyers yang diedarkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam (mssas) atau sinonim dengan nama Masjid Negeri oleh warga Shah Alam dan warga Selangor juga.

Ini gambar flyers tu.... 

muka depan

muka 1 dan 2

muka belakang

Oleh kerana gambar flyers ni kurang jelas dan tak dapat di baca..... aku merajinkan diri menyalinnya balik....

UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

Mempunyai persoalan berhubung isu perundangan syariah?

Memerlukan khidmat nasihat & bantuan professional dari peguam syarie?

Mempunyai masalah dalam prosiding di Mahkamah Syariah?

KAMI MEMBANTU ANDA........


SIAPA KAMI....?

UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

Unit Guaman Syarie (UGS) telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Kini UGS adalah merupakan satu unit di bawah Bahagian Undang-undang Majlis Agama islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan sejak tahun 2001. Unit ini berperanan untuk memberi bantuan khidmat nasihat berhubung perundangan syariah; dan memberi bantuan khidmat guaman syarie bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memenuhi kalayak yang ditetepkan dengan kadar yang paling minimum. Penubahan UGS ini adalah selaras dengan kewajipan dan fungsi MAIS dalam membantu kesejahteraan sosial masyarakat islam di Negeri Selangor.



KHIDMAT YANG DITAWARKAN

1. Memberi khidmat nasihat berhubung masalah berkaitan undang-undang syariah

2. Memberi khidmat nasihat guaman  berhubung berhubung  kes-kes mal di Mahkamah Syariah

3. Mewakili klien yang berkelayakan dan berperanan sebagai  peguam Syarie yang dilantik bagi  Negeri Selangor yang merangkumi kes-kes berikut:-
  • Pengesahan Perceraian
  • Pengesahan Ruju'
  • Tuntutan Perceraian
  • Tuntutan Fasakh
  • Tuntutan Ta'liq
  • Tuntutan Khul'
  • Tuntutan Sabitan Nusyuz/Isteri Kembali Taat
  • Permohonan wali hakim/wali enggan
  • Permohonan Faraq Nikah
  • Permohonan Pengesahan/Pendaftaran Nikah
  • Tuntutan Pengesahan Taraf Anak
  • TuntutanPoligami (kepada Defenden sahaja)
  • Semua kes mal syariah bagi klien muallaf yang diajukan oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf (MAIS)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KHIDMAT BANTUAN GUAMAN SYARIE
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di dalam Negeri Selangor
  • Memperolehi gaji pokok RM 1,500.00 danke bawah; atau lulus temuduga kelayakan kewangan
  • Bantuan hanya diberikan kepada kes-kes yang ditawarkan
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan

UNIT GUAMAN SYARIE
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 4,MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2 PERSIARAN MASJID
BUKIT SUK SEKSYEN 5, 40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pn. Nor Hazura Hamzah                               03-55143465

Pn. Norlaili Mohamad                                   03-55143464

Pn. Norshadatulnizma Misnun@Anuar      03-55143464

Cik Umi kalsum Pasri                                   03-55143458




Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian info ni..... 

'sharing is caring' 

Wassalam..!!



2 comments:

Segmen : Blogwalking 10 Jam !

8:35:00 PM Noor Akma 5 Comments


First time join segmen..... haha!

Sesapa yang nk join, klik banner diatas

segmen ini tamat pada 9 malam waktu Mesir bersamaan 3 pagi Malaysia(24 oct 2014) 

Ok... bye!

5 comments:

Seronoknya Tengok CPUV NUFFNANG Berderet-deret...Masyuk!!

12:08:00 AM Noor Akma 2 Comments



Wah... excited gila tengok berderet-deret CPUV nufnang yang aktif. Sampai 14 plak tu. Itu tandanya duit akan masyuk! Tapi kalau xde entry atau  xupdated blog xjadi jugak. 

Mulalah aku menggali tahap kerajinan diri  semaksimum mungkin.... huhu! Nampak sangat.... bila rajin je aku update blog, mesti dapat CPUV....Tu  la pasal....!

Sebenarnya blog yg dapat  CPUV NUFNANG ni bukan blog ni.... tapi blog aku yang memuatkan resepi2 masakan. Takpe la.... sama je, satu akaun! Blog aku jugak....hehe!

Manalah tau.... blog aku yang ni dan blog aku yang lain pun nanti dapat gak.... Tak ke kencang masyuk nye. Sebenarnya aku ada 4 blog semuanya..... 2 blog berniaga tapi amat kurang aktif.... satu blog resepi masakan dan yang ni blog personal.


Blog annurbeauty ni ajelah yang ramai pengunjung, update pun bukannya rajin sangat..... jangan xde je....! Kalau boleh memang aku nak usaha manage blog2 aku  ni....nk cuba jugak... kot2 boleh dikenali ramai....berangan lewwtu.... hihi!

Oleh kerana aku dah pergi kursus bisnes internet aritu... ada la ckit berkobar2 semangat nk jadi jutawan .... opps! xlah sampai tahap mcam tu... dapat 3 angka pun dah kira okeylah. 

So, akan kuteruskan azam nk jadi blogger dan usahawan online nanti...  mesti boleh!!

Malaysia Boleh...... yehhhhhhh!!!!!


2 comments:

Kursus Bisnes Internet yang ku hadiri....

5:09:00 PM Noor Akma 1 Comments

Gambar ambil dari FB Sifufbads
Kursus Bisnes Internet ni ku hadiri pada 16/10/2014 ari tu. Sebenarnya 90% daripada apa yang dipersembahkan dlm kursus ni aku dah tahu. Sesaja nak menyibukkan di je... Bagus jugak, Kursus free dan boleh tambah kawan. Bisnes internet ni nampak mudah je.... tapi tanpa usaha dan iltizam yang tinggi, x menjadi gak.

Kelakarnya.... ramai yang kt kursus tu semacam blurr je.... Tak dinafikan ada yg bijak pandai gak. Siap tanya itu ini lagi..... tapi ada yang buta IT..hihi... Aku yg dah tahu ni.... duk diam2 jelah. Ada yg berkobar2 semangat nk jual barang online..hihi....

Balik dari kursus..... hampeh...! Tak tau nk start dari mana. Macam aku gak, sibuk dan letih memanjang..... bila nya nk mengadap laptop.... nk bukak hp touch aku yg xberapa canggih ni pun xde masa....haish!

Ada sorang ni aku dah tolong buatkan blognya malam tadi dan pagi ni.... Bukan satu tapi 2 blog... Satu blog bisnes dan satu lagi blog personal. Kita tengok jelah, rajin x dia berblog nanti... hahaha!

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...