Kawan Lama.... Cari nama aku kat FB sampai mati tak jumpa.... erk!!!

11:27:00 PM Noor Akma 0 Comments


Minggu lepas ada sorang kawan lama.... masa sekolah dulu memang rapatlah ngan dia... dapat berhubung ngan dia kt facebook.. Tu la katanya cari nama sebenar aku kt fb dah lama, tapi tak jumpa2. Aku pakai nama lain kat FB mana nak jumpa..... ya tak?

Alkisahnya.... bukan tak mahu letak my real name kat fb...  masa memula buat fb, tu la nama yang aku guna... tp fb reject...katanya 'not available'. Nk buat camne... !

So.... aku terpaksalah gunapakai nama panggilan keluarga kat kampung iaitu akma... sambung ngan nama depan aku tu.. Noor. Jadilah 'Noor Akma'.... gitulah ceritanya....!

Nak tau nama sebenar aku?.... Rasanya biarlah rahsia....hehe! Untuk yang dah tau.... duk diam2 ajelah.. boleh...?

p/s : Mana ada sampai mati tak jumpa... Kan dah jumpa tu... Sebenarnya aku add sorang  kawan tu, ada kawan lain jumpa aku....tag kat dia, baru terjumpa aku....hihi!

0 comments:

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

8:59:00 PM Noor Akma 4 Comments



Join segmen lagi.....!

*******

Dah follow.... dah join g+

Apa2pun welcome to my blog

hihi..... :))


4 comments:

Nak masak nih.....! Asam jawa plak takde.....Boleh ganti asam keping, jgn tak tau....

9:42:00 PM Noor Akma 0 Comments


Dah kemas2 dan siap2 nak masak... tiba2  ada plak bahan yang dah abis ....iaitu asam jawa. Nak pegi kedai malaslah pulak... cuma satu brg tu yang  takde je. Takkan tak jadi masak plak, perut dah lapar nih...

Korang mesti pernah jadi macam nih.... mesti pernah kan...kan.... Sebenarnya tak perlu susah2 pun....  Takde asam jawa boleh ganti dengan asam keping@asam gelugor. 

Dua bahan ni fungsinya sama je dalam masakan iaitu untuk memberi rasa masam pada masakan.... seterusnya menyedapkan masakan anda.

Ada dua lagi bahan yang biasa diguna untuk memberi rasa masam pada masakan iaitu cuka dan limau tapi yang tu kena tengok jenis masakannya jugak.. 

Haaaaaa....jgn tak tau!  Lain kali tak boleh bagi alasan lagi kalau korang malas nak masak.... pandai2lah korang.... hehe!


p/s : Dari komen kat blog masakan aku ni la yang buat aku dapat idea buat entry ni... haha..! Nak tengok blog masakan aku klik sini

0 comments:

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom

11:21:00 PM Noor Akma 4 Comments



Assalamualaikum w.b.t.


Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!

p/s : Happy birthday yana..... semoga sentiasa sukses dalam meniti  kehidupan ..... amin!!! :))) hihi..


4 comments:

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER

10:35:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum....!


Nama Pena : Noor Akma 
Link Blog : http://huhahuhajerr.blogspot.com/
Negeri Kelahiran : Perak Darul Ridzuan

5 comments:

SEGMEN BLOGWALKING by Sakura

7:15:00 PM Noor Akma 8 Comments

Assalamualaikum :)



  Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.


 Follow blog sakura :)

 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 

So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)

Fi Hifzillah,
Wassalam.

Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

p/s : Rajinkan diri bersegmen semenjak 2 menjak ni....hihi!

8 comments:

BangunTidur, Uhhh... Sakit Leherku.....Tersalah Tidur?

11:03:00 PM Noor Akma 2 Comments

copy dari google
Pagi semalam bangun je dari tidur leherku terasa sakit..... mungkin salah urat atau salah tidur agaknya. Mengikut kata orang dulu-dulu..... hempuk leher tu balik ngan bantal yang kita tidur tu..... tp xleh pakai.... ku suruh hubby hempuk manja2 gitu. Di hempuknya kuat2... padan muka aku.. sob..sob!

Hampir seharian jugaklah menahan sakit susah nak meneleng kekiri dan kekanan.... terasa macam robot je lagak aku ari tu.... nasib baik menjelang petang sakit dah berkurang. Uhh.... seksa mengenangkannya.... Harap2 x tersalah tidur lagi.... maka aku pun menelaah prof. google untuk mencari info....


Maka aku copy info ni untuk ingatan kemudian hari :

Posisi Tidur Yang Betul Untuk Menjaga Kesihatan


Islam menganjurkan posisi tidur yang betul iaitu mengiring ke kanan. Diantara hadis yang menyebut tentang hal ini adalah seperti di bawah:

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu."

(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya."

(HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan!"

(HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710)


Para saintis mengakui posisi tidur mempengaruhi kesihatan tubuh dan tulang belakang. Saintis bersetuju ada dua posisi tidur yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami sakit belakang ataupun ingin mencegah sakit belakang iaitu posisi mengiring dan posisi tidur terlentang. Kedua-dua posisi ini didapati dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus, seterusnya dapat mencegah sakit belakang.


Kajian saintifik moden juga telah mengesahkan posisi tidur cara mengiring ke kanan dapat menjaga kesihatan jantung. Kajian telah dilakukan untuk menilai kesan autonomi sinaps sistem saraf jantung bagi tiga posisi tidur yang berbeza, iaitu posisi terlentang, posisi mengiring ke kiri dan posisi mengiring ke kanan.


Hasil kajian tersebut menunjukkan posisi mengiring ke kanan merangsang aktiviti saraf vagus jantung disamping mengurangkan aktiviti saraf simpatetik. Rangsangan saraf vagus jantung memberikan kesan anti-arritmia, iaitu mengekalkan rentak jantung yang seragam dan mencegah serangan jantung akibat arritmia ketika tidur. Sebaliknya posisi mengiring ke kiri dikaitkan dengan peningkatan aktiviti sistem saraf simpatetik dan meyebabkan penyakit kegagalan jantung kongestif bertambah teruk.


Posisi tidur yang mesti dielakkan ialah meniarap kerana ia menyebabkan leher anda meregang keatas dan terpusing ke luar. Ini memberi tekanan kepada sendi bahagian tengkuk tulang belakang dan akhirnya boleh meyebabkan sakit belakang. Tidur meniarap juga dilarang dalam Islam sebagaimana sebuah hadis "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah."-Hadis riwayat Tarmizi.


Sebagai rumusan, posisi tidur yang paling baik adalah secara mengiring ke kanan. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak diceritakan disini selain ia menjaga kesihatan tulang belakang dan jantung. Apatah lagi bagi kita yang beragama Islam akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT jika mengamalkan amalan sunnah ini. Wallahua'lam.

copyright dari Blog Dr. Hasbi


2 comments:

Lagi...Lagi Dan Lagi...... Bergambar di Laman Seni #Lorong Belakang Seksyen 7

11:52:00 PM Noor Akma 0 Comments

Ni sambungan gambar2 di Laman Seni #Lorong Belakang Seksyen 7.....aritu. 

Letak gambar2 tu lagi kt sini buat kenangan d kemudian hari....


Untuk tengok gambar2 n n3 tentang ni sebelum ni.... klik sini

Okey, bye!   :))



0 comments:

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

12:20:00 AM Noor Akma 5 Comments



Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

p/s : Wah hebat tu!!! ... Jualan Hebat 11/11 Lazada Malaysia.  Rugi kalau terlepas jualan ni.... untuk yang kaki shopping online dan yang berduit mesti takkan melepaskan peluang ni.....macam -macam ada . Jom kita serbu  Lazada Malaysia !! 

5 comments:

I'm A Silent Reader....

10:06:00 PM Noor Akma 0 Comments


Nk tau!!! Sejak zaman baru2 berFB dan berBLOG 4 tahun dulu memang aku mcm nilah.... Jarang sangatla aku nak like apa2 orang post.. komen jauh sekali. Tu la sebab bila aku post apa2 benda pun kt FB xde orang like... Kalau adapun cuma adik2 ngan anak2 aku je... hehe. Tp aku xkisah..dah aku x pernah like orang... Xkan org nk like aku... kan.. kan....

Apa yang berlaku tentu ada sebabnya kan.... Sebenarnya aku bukan xpernah komen dan like langsung......ada.. Ni yg nak cerita ckit ni... Satu hari ada la sorang tu antar mssg nk berkawan kt fb... okeyla.. aku terima. Bila dia post aku like... Bila aku post dia like... Satu hari aku like ngan komen skali... Sebab dia yg tag aku suruh komen. Xde angin xde ribut terus dia block... ape halnya tah..!

Satu lagi cerita ni pasal satu org yg boleh dikategorikan selebriti jugaklah tapi dah veteran. Masa dia accept aku kt fb n follow blog aku.... excitednyerrr. Klau tengok post dia... friendly sangat, Sampai kita rasa mesra dan dekat ngan dia.

Satu hari tu tergerak nk share sesuatu ngan dia... Dia ni selalu cerita pasal sakit dia kt fb ngan blog. Akupun tanyalah kt dia, nk x benda ni... bagus benda ni... mana tau kalau serasi ngan dia...bolehla hilangkan sakit2 dia tu....

Ehh ehh... Aku mssg pagi petang aku tengok fb aku dah kena block. Maybe dia ingat aku nk menjual kt dia.... Ishh2 kot iye pun tanyalah dulu.. Aku sebenonya nk bagi free jer... Terpinga-pinga aku dibuatnya. Meroyan kejap aku kt fb... tp kejap je... dpt lak tau her behavior is different dari yg ditonjolkan.....ish3 x sangka.

Dah dia block kt FB..... Xdela aku nk bukak blog dia dah... Klau tidak, ada je n3 baru, mesti aku jengah. Tp apa dia kesah.... Hilang sorang pembaca setia....ada berpuluh ribu lagi. Takpelah...!

Hurm.... Ada kalanya adalah jauh kt sudut hati aku ni nk lebih bermesra di alam maya dan di alam nyata ngan kawan2 FB dan kenalan2 BLOG...berkongsi cerita dan idea tp takut!!

Trauma... Takut kena reject....sekali kena block, hilang mood aku nanti... SIAPALAH AKU NI....! sedar diri sangat!! hehe...

Biarlah aku dengan caraku.... Senyap2 roll FB dan membaca blog satu persatu... duk la diam2 je....tau xpe..... Shhhhh!

bye! :))))



p/s : Apa yg aku tulis ni x bermaksud apa2 yer.... cuma untuk berkongsi cerita je tau!

0 comments:

Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2

12:02:00 AM Noor Akma 10 Comments

Hurm....... Sekarang aku dah berjinak2 ngan segmen bagai plak! Ini segmen kedua yang aku join. Kiranya aku nak serius dalam dunia blogger ni....

Wahai Cik Dayang.....  cantiknya banner cik dayang tu.  Saya yg tak tau ni x terfikir dek akal.... camnelah nk membuatnya....ha...ha! Cetek sungguh pemikiranku.

Opppssss!! Dah lari tajuk la pulak. 

Untuk para blogger di sana-sini tu, meh join segmen ni...hihi




**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 November 2014


10 comments:

Dah jadi rutin..... Seminggu 2 Kali Lepak Kat Dobi Layan Diri.....

10:58:00 PM Noor Akma 2 Comments

Dah lebih 2 bulan mesin basuh kt rumah aku rosak.... Dah repair dah.. Tapi rosak balik tak sampai 2 hari. Rosak kali pertama, air x boleh masuk.... Rosak kali ni plak air xmau keluar... macam main2 je kan.... ha..ha. Sekarang ni cuci baju kat pusat dobi layan diri.....

Tempat nilah yg paling rajin aku lepak...
Ikutkan dh xlarat nk pikul kain baju gi pusat dobi layan diri tu... Dahla ari2 balik lambat... Nak gi cuci baju lagi... So bila nya nk rehat.. Tp klau cuci baju sendiri mcm org dulu2 tu lagi la penat. Dahla bilik airnya kecik, muat2 badan je...camne nk bentang kain utk diberus. Nk perah lagi.. Aku ni xlarat nk perah kain tu... Sudahnye kain kt penyidai menitik2 mcm hujan lebat je...

Cuci jelah kain baju tu kt pusat dobi tu..... Senang cerita... Lepas cuci, kasi kering sekali. Balik rumah terus je lipat..  Nk menyenangkan kerja... kos membasuh tu kita pejam mata je... Selalunya aku pergi cuci baju tu dlm kul 10 lebih... Dekat kul 12 mlm baru siap. Tu la... bagusnya pusat dobi ni 24 jam.... aku dah nk balik ramai lagi yang baru dtg.

Kat tempat aku ni ada 3 pusat dobi layan diri ni.... Aku pakai mesin basuh yg besar... Almaklum keluarga besar. Klau yg paling dekat ada org guna... Aku pegi jenguk yg kedua dan ketiga plak....


Selagi x repair selagi tulah aku kena lepak kt sini sambil layan internet....hurm! nasib baik ada wifi... TV jugak.... xlah boring sangat... Ramai yg dah mencuci kt pusat dobi ni... sentiasa ada orang.. Diorg tu mcm aku jugak kut... mesin basuh rosak @ xde mesin basuh @pun xnak dah beli mesin basuh.... hehe!


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...