Pandan : Wangi, Berkhasiat Juga Merawat Penyakit....

11:43:00 PM Noor Akma 0 Comments


Kali ni nak kongsi info tentang pandan.... yang aku dapat dari majalah Anis Bil. 194. Perkara bagus dan bermanafaat eloklah kita kongsi bersama kan!

Pandan yang terkenal dengan aroma harumnya banyak digunakan dalam masakan terutamanya kuih-muih dan beberapa jenis hidangan nasi seperti nasi minyak dan nasi lemak. Daun pandan juga di perah airnya bagi mendapatkan warna hijau semulajadi untuk mewarnakan kuih.

Tanpa daun pandan, kuih-muih dan nasi istimewa akan tidak lengkap rasanya. Bagaimanapun, penggunaan pandan tidak terhad dalam masakan sahaja. Ia berguna  juga dalam perawatan penyakit.

Terdapat 600 jenis spesies pandan. Yang paling dikenali dan digunakan ialah Pandanus amarylifolius. Pandan inilah yang digunakan dalam masakan. Sebenarnya, bukan daun pandan sahaja bermanafaat, bahkan juga akarnya. Kedua-duanya didapati ada nilai ubat.

Oleh sebab pandan mengandungi minyak essential, tanin, alkaloid dan glikosid, ia didapati berkesan untuk merawat bermacam-macam masalah kesihatan.

* Merawat luka
Daun pandan bersifat antiseptik dan antibakteria, justeru ia amat berguna untuk merawat luka dan pelbagai penyakit seperti campak. Malah ia berkesan untuk merawat masalah kulit.

* Bunga pandan
Di Hawaii, bunga pandan dikunyah lumat seorang ibu, lalu diberikan kepada anak kecil yang mengalami sembelit. Ia bertindak sebagai pelawas. Namun demikian, jarang sekali pohon pandan mengeluarkan bunga.

* Tonik Akar Pandan
Jus dari akar pandan boleh dijadikan tonik untuk ibu-ibu yang masih lemah daripada proses bersalin. Ekstrak jus daripada akar pandan yang ditumbuk juga boleh dicampurkan dengan ramuan lain untuk melegakan sakit dada.

* Daun pandan
Mengunyah pandan boleh mengurangkan bau mulut dan mengurangkan sakit gusi. Air rebusan daun pandan juga didapati boleh melegakan batuk, kejang perut, meredakan demam dan sakit kepala. Ia juga boleh melegakan sakit dada, artritis dan sakit telinga.

* Kanser
Pandan juga dipercayai berpotensi dalam menentang kanser. Juster, Amerika Syarikat kini menjalankan peyelidikan lanjut terhadap pandan.

PENYEDIAAN AIR REBUSAN PANDAN

1. Ambil secekak daun pandan. Dibersihkan dan disimpulkan.
2. Ambil sebuah periuk besar. Penuhkan 2/3 periuk itu dengan air suam. Masukkan daun pandan.
3. Didihkan selama 10 minit. Kemudian kurangkan api dan tudung periuk. Biarkan rebusan merenih selama 10 minit lagi hingga daun lembut dan air bertukar hijau.
4. Buangkan daun dan biarkan air rebusan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
5. Air rebusan ini sesuai disimpan selama seminggu (7 hari) didalam peti sejuk.

Air rebusan pandan ini bukan sahaja boleh diminum, tetapi juga boleh digunakan sebagai air mandian bagi merawat masalah kulit. Namun, untuk mandi perlulah di perbanyakkan kuantitinya.



p/s: Semoga perkongsian ini bermanafat untuk kita semua.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...