23 March 2015

Fikir Positif... Positif... Positif..!!!


Bagaimana cara membina jiwa yang positif dalam diri kita? Soalan ini terkadang berada pemikiran dan menunganku berhari-hari, kerana membina jiwa positif adalah menggunakan tenaga besar dalam kadar penyatuan rasa dan perasaan itu sendiri. Pemikiran yang positif, perasaan yang positif akan ada pada manusia bermula dari kebiasaan membina jiwa yang positif.

Membina jiwa yang positif adalah bagaimana kita meletakkan diri kita pada hal-hal yang positif dan boleh diterima secara akal sihat manusia dan memenuhi sifat moral dalam kehidupan kita. Sebuah jiwa yang positif, ditandainya dengan rasa empati dan sikap yang neutral terhadap setiap persoalan, memutuskan perkara secara benar, dan mempertahankan kebenaran sebagai dasar ketentuan dalam kehidupan. 

Sikap yang dalam hal ini yang paling sensitif adalah prasangka, kerana prasangka itu bersentuhan dengan perasaan dan perasaan pun disambung dengan pemikiran. Apapun prasangka anda akan mempengaruhi kehidupan anda dalam rutin pergaulan anda.

Prasangka merupakan awal dari pemikiran seseorang dalam menyatakan sikap atas sebuah persoalan. Kerana, prasangka haruslah selalu baik sehingga mengundang kebiasaan baik dalam berprasangka itu sendiri, sehingga pemikiran kita pun selalu berada dalam pemikiran yang benar.

Jadi intinya adalah membina jiwa yang positif, akar permasalahnnya adalah prasangka seseorang, menganjurkan pemikirannya pada hal-hal yang baik dan terpuji, sehingga melahirkan pemikiran positif yang hasilnya tindakan pun menjadi positif.

Hmmm... berfikirlah secara positif... tak giteww!!!

p/s : Perkongsian untuk renungan bersama... suka2 je!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...