N3 lama yang di updated balik... "Kisah Lelaki Sangka Dia Termengandung" ha ha ha!

3:38:00 PM Noor Akma 0 Comments

N3 ni dari blog lama aku yang di kongsi kembali....  cerita asal dari aku sendiri tau... alkisahnya dari cerita lawak kat tempat kerja my hubby... olah balik sesedap rasa. Cerita ni sebenarnya disampaikankan oleh CEO kat tempat kerja hubby untuk perli ketua jabatan masa tu yg garang tak bertempat sampai anak buah takut sesangat.... N3 dari blog utama tu boleh di baca di sini..


Satu pagi seorang lelaki ni masuk bilik air.... mandi nk pegi keja. Di samping tu dia bawa satu bekas kecil nk ambil sample air kencing nk bawa gi klinik - checkup. Lepas mandi diletaknya sample tu tepi bilik air dulu... Pastu isteri dia masuk bilik air... tersepak sample tu....tumpah. Dia takut nk beritahu suaminya nnti kena marah. dia pun bagi sample air kencingnya sendiri... suami dia tak tau.

Balik rumah petang tu.... lelaki tu termenung je.... sampai 2 hari 2 mlm si  isteri pelik tengok kelakuan suaminya yg asyik termenung je. tapi dia takut nk tanya sebab suaminya panas baran tahap maksimum punya. 

Salah sikit siap lempang n sepak terajang pun ada. Tetapi dek kerana ingin tahu.... diapun tanyalah.... 'nape abang menung je skrg ni.... x banyk cakap macam biasa?' Lelaki tu cakap... dengan muka yg sedih dan kebingungan.... 'kelmarin abang buat checkup kt klinik.... klinik tu kata abang mengandung'.... Hah ..... Dengan nada ketakutan si isteri tu pun berkata 'sebenarnya air kencing abang tu tumpah.... saya tukar dengan air kencing saya' 

Punyalah lega si suami bila dapat tahu cerita yang sebenar iaitu dia memang x mengandung......... xde pulak di lempangnya  isterinya tu... disebabkan dek terlalu gembira. 'Nape tak bagitau....'  'Tu la bang...... jangan garang sangat.....saya x beranilah nk cakap nanti abg marah' kata isterinya.

Sesiapa yang x pernah dengar cerita ni mesti gelak besar punya kan.. Pengajaran drp cerita ni ialah sebagai ketua, bapa, ibu, suami atau apa jelah sebagai seorang ketua jangan bersikap garang sangat...hingga tahap melampau, nanti org takut sampai cerita yang benar pun orang tak berani nk cakap yng betul. 

Ha....ha... ha!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...