Gambar dari google
Info ni aku dapat dari group whassap..... Sekiranya benar, satu berita baik untuk penghidap kanser cubala... Mana la tahu... ini  satu ikhtiar jugak tu.... Untuk yang sihat ni...boleh juga minum.... untuk pencegahan... 

Aku nak share kat sini... untuk ku gunakan nanti. Belum lagi berkesempatan untuk mengamalkannya sebenarnya... dek kesibukan nih... tak sempat nak beli lemon lagi!

1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru bolh muncul Lycopene yg bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.


Nak cepat2 cuba nih... hari ni jugak nak beli lemon kat pasar malam.... kat supermarket RM 3 sebiji... kat pasar malam baru RM 1.50.


Wow .... cantiknya banner nih...

Purple tuh, my favourite colour....

Tambah lagi doodle yg comel...

Cute betul...!!

Dah follow, dah like...

Tag tu tak payahlah....

Kengkawan ramai dah join

For the owner of blog I wish "all the best for you"....

Bye.... :))


Assalamualaikum....


Hadiah2 ni membuatkan aku jadi bersemangat nak join giveaway dan segmen para blogger nih... Terasa sangat dihargai... tahu!

Almaklum... kengkawan alam maya tuh!

Kewujudan cuma di alam maya tapi terasa dekat di hati...

Yang botol tu... dari SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM dan kad tu dari Segmen Kad Cinta#2

Ada satu lagi tu aku dapat topup RM 5, segmen mana dah lupa lah pulak.. mssg topup mengiringi yg aku dapat bertulis dari Tawakal Maju Resources....

Thanks you all... walau nampak tak seberapa......

Tapi besar nilai sentimentalnya tuh...

Yuhuuuuu.....!!

Join segmen dan giveaway lagi la tu....!

Bye...!


Ramai sungguh orang  berniaga kat FB.... termasuklah aku. Buat bisnes sikit2 untuk tambah belanja dapur. Ok lah tu... Zaman gawat gst ni mesti nak ada side income... 

Tapi yang tak bestnya, ramai tak letak harga bila pos gambar barang..... Konon2 nak gempak la tu. Buat orang tertanya2  harganya kan! Ada yang beritahu harga meletup la... penghabisan stok la... cepat2 order la... murah giler...macam2 lagi la ayat2 power gitu... Ayat2 poyo semua tuh.. hahaha3x

Selepas tu... berderet2 pm... pm... pm.... Aku pernah  la  letak pm nih.... ada yang jawab cepat... ada yang dah 2 minggu baru berjawab pm tuh dan ada yg tak berjawab langsung... aku yang nak beli ni dah tak de mood sebab lambat jawab pm.

Yang paling kelakar.... kat page pun di suruh pm jugak... camne nak pm yer... dah bagi no. telepon... wassap je la yek. Entah apa2 je lah!

Wabak tak letak harga.... dan pm... pm... pm.. nih, aku rasa dah macam wabak menular plak kat FB. Pada aku... rasa tak beretika langsung... bila tak letak... menyampahhh...!

Bagi aku... aku seorang peniaga berprinsip. Apa yang aku jual mesti aku letak tanda harga... Baik berniaga di kedai aku tuh... mahupun berniaga di FB... Aku rasa kalau tak letak tanda harga... macam tak ikhlas je menjual.... aku rasa lah!

Mungkin akan datang pihak kerajaan boleh buat akta kot... sesiapa je nak menjual apa saja mesti letak harga siap2.. termasuk kat FB... kan.. kan... kan.. dan pastikan semua peniaga online ni berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Untuk yang berniaga.... letakla harga siap2.... rezeki tak berkurang pun... bertambah lagi ada.. sebab terus jumpa serius buyer... ini tidak.. kaya dengan pm je la.. belinya tidak....  peace... :))

Huh.... nasib baik aku perasan.....

Kalau tidak, melepaslah.. join..

----------------------------------

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

--------------------------------

Jom cepat2 join......

Tinggal beberapa jam je lagi......

Bye.... ;))


Assalamualaikum....

Join giveaway yang ni dulu.... Suka join giveaway... 

Simple Anniversary Blog Giveaway by Arrien

ada rezeki boleh dapat hadiah...

**********

Assalamualaikum :)
[CLICK BANNER TO JOIN!]
Simple Anniversary Blog Giveaway dianjurkan oleh Arrien Amani sempena meraikan Ulangtahun Blog Arrien Amani yang ke-5. GA disponsor oleh Arrien | Mama darwiish | Nur Azizah

Pemilihan pemenang berdasarkan Top Refferal & Random. Jadi jom kita meriahkan Simple Anniversary Blog Giveaway by Arrien.! Giveaway berlangsung dari 8/4/2015 - 8/5/2014.


Url Facebook: Noor Akma
Url Instagram: nurbeautyannggun

8 Pemenang bertuah dicari!

**********

Bye... ))



Antara tutorial yang paling banyak aku guna tutorial inilah...Buka Link Baru Apabila Klik Pada Gambar.... Bila join segmen dan  rakan2 dan buat papan iklan... kat blog

Ari ni aku nak tepek kat blog sendiri... tak larat dah, setiap kali nak guna aku kena google.. huhu!

----------------------------------------------------------------------------
<a href="Letakkan link untuk dibuka disini" target="_blank" >
<img src="Letakkan url gambar disini"/></a>
---------------------------------------------------------------------------

Caranya mudah jer.... copy kod kat atas...tepek kat papan penulisan tuh.

Sebelum tu klik kat sebelah kiri kekunci html

Tukar link tuh.... dan url gambar... nk amik url gambar, right click mouse dan pilih copy url.. n paste..

And then klik kat kiri tu balik... kekunci karang... dah siap.. 

Aku buat ringkas je... sebab aku tahu ramai yang dah tahu....  ini utk diri sendiri jer...



Join segmen nih...

Hmmm... dah pasti saya sayang blog saya....

kerana...

Dengan adanya blog nih....

Telah mendekatkan saya dengan ramai teman baru...

Walau cuma di alam maya....

dan dengan blog ni boleh dapat side income...

Segmen tamat 30/4/2015 jam 10 malam

Okeyyyyy!

Bye.. :))


gambar hiasan dari google

Kenapa aku kata bunga ni dalam kenangan..... ? Sebab aku dah tak tanam bunga ni lagi dah.. Macam mana nak tanam.... ya tak? Aku sekarang tinggal  kat rumah yang tak  bertanah....  rindu nak  tinggal rumah bawah.... hmmm!

Dulu... pernah berpasu2 bunga ni aku tanam... cantik bergantung kat rumah teres aku dulu.... Yang paling aku ingat... masa aku bersalin anak ketiga... hari aku sakit nak bersalin tu, cantik segar je bunga2 tu bergantungan... 2 hari aku kat hospital, kecut kering pokok bunga tu... kesian dan sedih tengok...!

Aku yang baru  bersalin nih, terkial2 dok menyiram... My hubby sibuk menjaga si kakak ngan abang yg tengah nakal... tak sempat katanya. Aku yang suri rumah ni baru bersalin lagi, semua sempat.... kan.. kan! 

Aku tak beli siap pokok petunia ni... aku beli biji benih kat pasaraya... lepas tu semai biji benih tu dalam tanah halus hitam. Dah tumbuh 3 helai daun, pindahkan dalam pasu gantung.. Dah besar sikit dan dah nak rimbun dan keluar bunga... baru gantung. Semingu sekali bubuh baja hijau dan merah... secubit2 jer!

Memang naik cantik dan merimbun... macam2 warna ada... yang paling menyerlah  warna pink purple. Masa tu berangan2 nak buat taman bunga ala Inggeris.... terbayang2 musim bunga macam yang kat dalam tv. 

Huhu... semua tu tinggal kenangan.... nantilah, kalau panjang umur dan ada rezeki dapatlah duduk rumah bawah balik... bolehlah tanam menanam balik.... lagipun ada rancangan nak buat rumah kat tanah yg dah lama beli.... kalau jadi kenyataan, bukan hanya  bercucuk tanam, menternak ayam itik pun boleh.... sebabnya tanah tu dalam kawasan kampung.... tapi masih di Shah Alam.

p/s : Semoga perancangan menjadi kenyataan..... doakan yer...amin2x...amin2x...amin2x aminnnn..!! Biar banyak kali.... dah tak sabar rasanya.


Kenapa orang selalu fikir.... bila aku sibuk menggunakan laptop je mesti dikata membuang masa, main game tak berfaedah dan macam2lagi lah.

Takde maknanya aku nak membuang masa chatting kat FB dan main game yang entah apa2 tu... Apa yang aku buat ni, fokusnya mencari pendapatan je atau mencari rezeki. Takde perkara lain.

Memanglah tak  semudah yang disangka tapi aku dah mencuba... dah adapun hasilnya. Takkan masih tak percaya lagi kot....

Nak menjana pendapatan kat mana2 pun bukan sehari dua dah ada hasilnya... kejayaan dan rezeki tu bukan datang sekelip mata.... tau tak? Ish... ish dorang nih xfaham2 lagi..!

Bila dah dapat rezekinya pandai plak nak ngendeng2 suruh belanja, ajak jalan2... Tu la pasal!

Sekarang ni aku dah mula serius buat perniagaan online... dulu pernah buat tapi sambil2 jer. Kali ni aku nak serius dalam bidang nih. 

Barang2 pun memang dah ada... tambah sikit2 dropship. Jadilah blog niaga aku macam 'one stop center' .... macam2 ada.. heh2!

Huhu.... semoga aku memperoleh kejayaan dan keberhasilan.... amin!


gambar from google
Dah lama simpan pic ni untuk rujukan.... ari ni tempek kat blog untuk rujukan dan tak hilang nanti..... Aku bukannya pandai masak.   Masih belajar.... mestilah ada panduan untuk diikuti.

Baca je la panduan tu kat sini....

  • Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven => Jawaban: Kek belum masak betul.
  • Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah => Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah.
  • Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna.
  • Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut.
  • Kek tenggelam atau bantat => Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ).
  • Kek berderai bila dipotong => Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang.
  • Kek melekat pada loyang pembakar => Jawaban: terlalu banyak gula ataupun jika menggunakan loyang yg baru sebaiknya sapukan loyang dgn mentega atau lapisi dgn kertas kek.
  • Kek naik dan pecah dipermukaan => Jawaban: Loyang terlalu kecil, suhu oven terlalu panas.
  • Keliling kek menjadi keras => Jawaban: Adunan dipukul terlalu lama sebenarnya setelah mentega dan gula cukup kembang kemudian masukkan tepung kaupbalikan saja sehingga sebati. ataupun suhu oven terlalu panas
  • Kek hampir hangus tp bahagian tengah tetap tidak masak => Jawaban: Suhu oven terlalu panas, kek dibakar terlalu lama, loyang terlalu kecil.
  • Kek pucat dibahagian tengah => Jawaban: Loyang terlalu besar

Pic ni search kat google... lupa dah... 
pada yg empunya pic maaf yer, tapi kita share sama2 info nih.




Pokok nih sekarang ramai yang tanam kat laman rumah. Bagi aku.... masa kecik pokok ni cantik, tapi bila dah besar, dah tak cantik dah....

Ada orang panggil paku sarang burung atau pokok sakat. Orang kat kampung panggil paku langsuir. Ngeri ngko dengar namanya...  Kata dorang kat hutan.... pokok ni tempat langsuir bertenggek dan beradu... hehe!

Ada sorang kawan aku... takut sangat dia ngan pokok tu.... sampaikan ajak pergi rumah orang yang ada tanam pokok tu pun dia tak nak..... seram katanya.

Tapi... aku alhamdulillah, pernah tanam pokok tu dulu. Bila dah besar.. daun dah memanjang, dah tak cantik sebab makan ruang... laman dahla sempit. Buang ajelah.

p/s : Skrg nih duk atas kayangan... tak menanam pokok dah....nantilah pindah duk rumah ada tanah nanti...


Assalam.....


Wahhh...... kata-kata semangat... yerr!

Hokkeyyy!!!

1. Don't worry be happy...


2. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

3. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan           menentukan kebahagiaan.

Tag...


Dah siappp!!!

Have a nice day...!

Bye.... :))

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

Assalam...

Join contest plak kali ni...

Ikutkan aje la...

 Tamat pada 30 April 2015

Bye....:))


Produk review....

Ari ni nak cerita pasal tudung bawal yang menjadi pilihan remaja masa kini kerana tudung yang mudah dibentuk, mudah digosok, sejuk dan tidak panas, kain yang ringan dan selesa dipakai. 

Tudung bawal ni sangat sesuai di pakai oleh student2 universiti dan para gadis yang berkerjaya. Tudung bawal yang cantik, mempunyai banyak pilihan warna dan yang paling penting mudah di gosok serta tidak renyuk.

Model memakai tudung bawal satin warna hot purple
Ada 90 warna yang boleh dijadikan pilihan.






Harga : RM 10 sehelai

Promosi : Beli 3 helai dapat RM 9 sehelai

Harga borong : RM 8 untuk 20 helai ke atas

                         RM 7 untuk 50 helai ke atas

Call/Whassap : 0172387594

* Tak termasuk kos penghantaran.

p/s : Meh...meh, jom order. Dah murah ni.... Sebenarnya ni nak promote barang jualan anak yang baru nak mula berniaga... hihi!



Manusia tertua di dunia, Misao Okawa dari Jepun meninggal dunia pada usia 117 tahun, semalam di Tokyo, Jepun.

Okawa yang juga wanita tertua di dunia menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat jagaan di barat Jepun, lapor agensi berita Kyodo News.

Pada usia 114 tahun, Okawa diiktiraf oleh rekod dunia Guiness sebagai wanita tertua pernah hidup di dunia pada Februari 2013.

Okawa memecah satu lagi rekod menjadi manusia tertua pernah hidup apabila dia mencecah usia 115 tahun pada Ogos 2013.


credit by sinarharian

Assalam..... 

Hari ni nak join segmen yang ni.....

Hmmm.... dah follow... dah join...

#########


Assalamualaikum & hello there,



BBL sedang mencari 20 blog untuk mengisi slot MY bloglist baru 2015. Tujuan nak masukkan blog korang dalam MY bloglist untuk memudahkan BBL blogwalking & menabung tabung Nuffnang korang tu. Jika blog korang best & awesome, BBL akan masukkan blog korang dalam permanent bloglist blogger kacak & cantik.

- SYARAT-SYARATNYA -

1. Follow blog budakbandunglaici.blogspot.com
Add To Circles Google + Marou Apple Hijau & Budakbandunglaici.blogspot.com

2. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist 2015 By BBL  - April, Mei & Jun
3. Copy link di sediakan & paste ke dalam ruangan HTML & publish entri.
4. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini
5. Pemilihan berdasarkan random.org
6. Pencarian ini akan TAMAT 8 Januari 2015 &
blogger yang berjaya akan di umunkan pada 10 Januari 2015

** jika jumlah peserta kurang dari 20 blogger, semua peserta secara outomatik akan
termasuk dalam list MY Bloglist. Jika lebih dari 20 blogger, pemilihan akan dibuat dengan bantuan random.org.

BBL akan sentiasa update senarai peserta blogger  di bawah ini.


Apa tunggu lagi, cepat submit entri korang untuk pencarian bloglist ni.

Maklumat lanjut boleh klik - Pencarian Bloglist 2015 By BBL

#########

Jom join yer...

Bye.... :))

Duduk lama2 kat atas kerusi sewaktu bekerja atau menghadap laptop, berisiko mendapat kesakitan pada bahagian belakang badan. 

Kesakitan yang dialami ini juga boleh mengakibatkan ketegangan dan gangguan kepada kerja dan minda tanpa disedari.

Atasi masalah ini dengan tips ini....
  • Letakkan kaki diatas lantai dengan kedudukan mendatar. Usaha untuk selesakan keadaan tubuh.
  • Letakkan di bahagian belakang kerusi dengan sebiji bantal untuk menyokong bahagian belakang.
  • Samakan kedudukan skrin  laptop selaras dengan mata untuk mengelakkan mata dari asyik terdongak.
  • Pastikan posisi dan kedudukan badan tegak.
  • Elakkan menyandarkan badan ke arah meja ketika kerja atau sedang belajar. Ini akan membuatkan posisi tubuh membongkok dan lebih memburukkan lagi keadaan.

Semoga bermanafaat.