Bunga Petunia Ku Dalam Kenangan

11:21:00 PM Noor Akma 2 Comments

gambar hiasan dari google

Kenapa aku kata bunga ni dalam kenangan..... ? Sebab aku dah tak tanam bunga ni lagi dah.. Macam mana nak tanam.... ya tak? Aku sekarang tinggal  kat rumah yang tak  bertanah....  rindu nak  tinggal rumah bawah.... hmmm!

Dulu... pernah berpasu2 bunga ni aku tanam... cantik bergantung kat rumah teres aku dulu.... Yang paling aku ingat... masa aku bersalin anak ketiga... hari aku sakit nak bersalin tu, cantik segar je bunga2 tu bergantungan... 2 hari aku kat hospital, kecut kering pokok bunga tu... kesian dan sedih tengok...!

Aku yang baru  bersalin nih, terkial2 dok menyiram... My hubby sibuk menjaga si kakak ngan abang yg tengah nakal... tak sempat katanya. Aku yang suri rumah ni baru bersalin lagi, semua sempat.... kan.. kan! 

Aku tak beli siap pokok petunia ni... aku beli biji benih kat pasaraya... lepas tu semai biji benih tu dalam tanah halus hitam. Dah tumbuh 3 helai daun, pindahkan dalam pasu gantung.. Dah besar sikit dan dah nak rimbun dan keluar bunga... baru gantung. Semingu sekali bubuh baja hijau dan merah... secubit2 jer!

Memang naik cantik dan merimbun... macam2 warna ada... yang paling menyerlah  warna pink purple. Masa tu berangan2 nak buat taman bunga ala Inggeris.... terbayang2 musim bunga macam yang kat dalam tv. 

Huhu... semua tu tinggal kenangan.... nantilah, kalau panjang umur dan ada rezeki dapatlah duduk rumah bawah balik... bolehlah tanam menanam balik.... lagipun ada rancangan nak buat rumah kat tanah yg dah lama beli.... kalau jadi kenyataan, bukan hanya  bercucuk tanam, menternak ayam itik pun boleh.... sebabnya tanah tu dalam kawasan kampung.... tapi masih di Shah Alam.

p/s : Semoga perancangan menjadi kenyataan..... doakan yer...amin2x...amin2x...amin2x aminnnn..!! Biar banyak kali.... dah tak sabar rasanya.

2 comments:

ejulz said...

Amin.. semoga tercapai segala impian.. :)

ejulz said...

Jemput singgah sini k. tq "Hati Perempuan"

Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...