Rumah Kontena.... Cantik, Bajet Murah Tapi Tetap Ada Kosnya...

6:29:00 PM Noor Akma 0 Comments


Bagusnya ada rumah sendiri, tak payah bayar sewa kat tuan rumah. Kalau beli rumah pun tak payah berhutang dengan bank. Duduk rumah sendiri dikelilingi tanah yang boleh bercucuk tanam. Ternak ayam dan itik pun boleh. Dapat rumah kontena macam ni pun jadilah....Cantik, bajet pun murah...

Berangan2 jer la kerja aku ni.... en somi ada tanah tapi kos nak buat plak takde.... Entah bila lah dapat buat rumah yang aku idamkan tu. Kengkadang tu rasa nak  je aku redah semak samun tu buat pondok kecik kat situ. Tak larat dah nak duduk menyewa ni.

Manalah nak cari modal.... nak pinjam bank dah tentulah tak layak. Almaklum aku dgn en somi kerja sendiri, takde slip gaji. Akaun bank plak bukannya banyak transaksi.... Tak sempat nak  masuk bank duit  berniaga, dah nak guna.

En. somi cakap seketul kontena tu  je dah 20k.... Kos2 lain? ... Uihhhh, mahu 30-40k gak! Hmmm, angan2 je  la... jangan angan2 mat jenin dah la....erk!

p/s : tanah en somiku tu kat jalan kebun.... seksyen 33 kota kemuning shah alam jer....!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...