Anugerah Cemerlang Dan Cita-cita Anak Gadis Kecilku....

10:22:00 AM Noor Akma 2 Comments



Ini cerita kelmarin... hadiah anugerah cemerlang anak. Alahai... alhamdulillah pemangkin semangat anak gadis kecilku yang bakal menduduki UPSR tahun depan. Bukannya bijak pandai sangat tapi melompat jugaklah dari kelas belakang melangkau dua kelas ke kelas depan. Dia beritahu cikgu cakap dia lompat kijang .... hahaha!

Dia ni jenis yang lambat berkawan macam aku jugak dulu.... tapi cita2  nak jadi cikgu dan penulis novel. Jangan tak tau...hehe! Dah start dah novel dia tapi tulis kat blog la... Ha ah ada blog tu.. ceh ceh... baru 11 tahun. Gigih dia menulis cerita....  Tapi aku  sendiri pun tak baca lagi... Tak sempat. Ingat nak tunggu diterbitkan dulu.. hahaha!

Ada sekali tu dia cerita.. ada cikgu praktikal datang sekolah...tanya nama murid dan cita2.. Anak aku beritahu la nak jadi penulis novel ... 2 kali cikgu tu tanya balik... 'nak jadi penulis novel?' Agaknya cikgu tu terkejut gamaknya, budak baya tu ada cita2 cenggini... keh..keh...keh!

Sebagai ibu... aku hanya dapat berdoa dan memberi sokongan dan galakan pada cita2 dia tu.... Semoga dia berjaya di kemudian hari nanti.... 

p/s :  Oh yer kalau nak tengok blog anak aku tu dan nak baca boleh klik SINI dan SINI (2 blog tu!..) tapi jangan gelakkan yer, almaklum le kecik lagi...... dan dia peminat tegar kpop. Dalam blog penuh gambar artis kpop jelah...

2 comments:

Sheila Adziz said...

Allhamdulillah... smg berjaya dunia akhirat

Puan Wawa said...

Alhamdulillah, tahniah.. Smg terus berjaya..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...