DIY MUDAH HASILKAN PEWANGI FABRIK.... JIMAT!!!

12:27:00 AM Noor Akma 0 Comments


Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang sangat merunsingkan. Namun jangan risau kerana kita sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri.... huhu! 
Tak payah lah nak beli yang dah tersedia tu. Mahalnya boleh tahan. Tambah2 dah ada GST ni. Harganya tak berbaloi nak membeli. Boleh buat sendiri tu. Bahan2 tu semua dah memang ada kat rumah....
Lebih menjimatkan tu....  Jom ikuti langkah ini :

Bahan-bahan

  1. Pelembut kain ( Boleh gunakan mana-mana jenama yang wangi)
  2. Soda bikarbonat
  3. Air bersih
  4. Botol Penyembur (Boleh gunakan yang terpakai atau dapatkan dikedai)
 Langkah-Langkahnya:
1.       Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air
2.       Seterusnya satu penutup pelembut kain.
3.       Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati
4.       Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke dalam botol penyembur

Siap untuk digunakan. Bolehlah semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.
p/s : Lepas ni, tak adalah masalah bau tak menyenangkan kat dalam rumah.... sentiasa harum jer!
#kredit SINI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...