25 November 2015

Jom Lihat Sejauh Mana Anda Mengenali Jepun.......


Haaa....  yang paling aku kenal, selipar jepun je ... hehe! Tak serius la plak aku ni.... Okeyla kita belajar mengenali negara Jepun. Saja suka-suka...Nak menjejakkan kaki kesana tu, dalam mimpi jelah... 

Ini ada senarai apa yang perlu diketahui tentang Jepun. Ada yang aku dah tau... Ada yang belum. Nanti bolehlah baca sampai hadam... hihi!

- Jepun adalah negara ke-3 dengan ekonomi yang pesat dan luas di selepas Amerika Syarikat dan China.

- Lebih 70% geografi Jepun adalah kawasan pergunungan.
- Jepun mempunyai 127 juta penduduk.
- Mempunyai 200 volkano di sekitar Jepun.
- Gunung Fuji juga merupakan sebuah volkano dan juga gunung tertinggi di Jepun.
- Boleh dikatakan tahap imigrasi di Jepun sangat sikit. Populasi di Jepun, 98% merupakan etnik asli negara itu sendiri.
- Sumo adalah sukan nasional.
- Besbol juga amat terkenal di Jepun. Ianya berpunca dari pengaruh kuat orang Amerika yang datang pada perang dunia ke-2.
- Habit slurping makanan merupakan satu tanda yang mana makanan tersebut sedap dan ia dianggap satu pujian kepada tukang masak.
- Jepun merupakan pengguna terbesar di dunia yang menggunakan kayu dari hutan Amazon.
- Kebanyakan jangka hayat orang Jepun empat tahun lebih lama dari penduduk Amerika Syarikat.
- Sebanyak 1,500 gempa bumi yang berlaku setiap tahun di negara Jepun, walaupun majoriti daripadanya adalah gempa kecil.
- Kebanyakan mesin ATM di Jepun tidak menerima kad ATM luar negara. Pelancong perlu mencari mesin ATM di pejabat pos atau pun di kedai serbaneka seperti 7-11.
- Banyak syarikat di Jepun yang mengamalkan sesi senaman pada waktu pagi kepada pekerja.
- Makanan yang paling popular di Jepun adalah daging kuda mentah.
- Jepun mempunyai kadar jenayah bunuh kedua terendah di dunia. Kadar pembunuhan adalah 50 setiap 100,000 orang.
- Setakat ini Jepun sudah melahirkan 18 orang pemenang Nobel.
- Yakuza, mafia Jepun akan memotong hujung jari manis sebelah kiri pesalah sebagai hukuman bagi kesalahan pertama.
- Jepun mempunyai lebih kurang 6,800 buah pulau.
- Lebih kurang 130 buah sekolah latihan suara untuk kegunaan dalam filem anime.
- 23% populasi Jepun adalah mereka yang berusia lebih dari 65 tahun.
- Kawasan bandaraya Tokyo adalah bandar metropolitan terbesar di dunia dengan lebih 35 juta orang penduduk.
- Populasi di Tokyo adalah 13 juta orang penduduk.
- Sebelum ini sushi dianggap sebagai makanan jalanan.
- Tuna yang dijual paling mahal di dunia terdapat di Jepun iaitu dengan harga 735,000 US dolar.
- Ia dianggap kurang sopan jika menghembus hingus di tempat awam.
- Satu-satunya bahasa asing yang diajar di sekolah adalah bahasa Inggeris.
- Restoran di Jepun pasti akan memberikan tuala lembap serta teh hijau kepada pelanggan sebelum makan.
- Pendaki gunung Everest yang paling tertua adalah warganegara Jepun. Yuichio Miura berusia 70 tahun ketika tiba di puncak dan 75 tahun ketika dia membuat pendakian kali ke-2.
- Samurai Jepun adalah pahlawan purba yang terhormat dan berjiwa kental. Mereka dianggap pahlawan yang terbaik di Jepun.
- Jepun mempunyai nama pendek iaitu “Negara Matahari Terbit”.
- Sake Jepun dihasilkan dari tapai.
- Tokyo merupakan bandar termahal untuk kos sara hidup di dunia.
- Setiap kali penumpang berjalan di atas lantai sebelum kaunter tiket masuk untuk ke stesen keretapi terpantas mereka, penumpang akan merasakan gegaran kecil yang mana ia sebenarnya sebuah sistem yang menjana tenaga berdasarkan footsteps.


p/s : huhu.... 34 fakta tentang Jepun tu.....

#kredit SINI

2 comments:

  1. Wahh...impian boleh jadi kenyataan ni! Tiket AirAsia pergi balik ke Osaka RM500 untuk seorang tau! Cuba la... :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...