Antara Makanan Yang Sebelum Buat Sendiri ... Tak Pernah Rasa....!

10:00:00 AM Noor Akma 3 Comments



Terliur ke...? Jangan tak tau...semua makanan di atas di buat sendiri dan resepi dan gambarnya ada di abadikan di blog masakan kepunyaanku ..... annurbeauty.blogspot.my..... macam bukan blog masakan jer....ha3! Itu la.. Blog pertamaku itu diwujudkan untuk promote pusat rawatan kecantikan dan produk masa tu.... tapi tak menjadi... so, beralih arah la blog tu ke blog masakan..... dah 5 tahun dah blog tu beroperasi...

Banyak yang aku belajar dari fb dan blog tentang makanan dan masakan. Daripada tak tahu apa itu cream cheese dan whipping cream.. dan kegunaannya... sekarang dah tau dah.... Cetek benar pemikiran waktu tu... hurm....  Nak ceritalah sikit pasal makanan2 tu yang tak pernah ku rasa sebelum memasaknya sendiri.... hehe!

1. Kek Red Velvet...
Mula2 kenal kek ni dari program  masakan orang putih.... Martha Stewart, lama sebelum tu. Bila ada fb dan tengok gambar kek ni dan ada resepinya sekali..... aku mula mencari bahan nak buat. Gigih mencari cream cheese sebab tak pernah tengok rupanya sebelum ni....Dah buat, barulah dapat merasa... memang sedap! Gambar tu,buat untuk kali kedua.. Nak resepi boleh klik SINI... 

2. Pai  Sheperd.... 
Dah lama simpan resepi. Makanan orang putih.... Nampak sangat sedap.... Bila teringat nak buat, gigih la mencari daging cincang dan kentang.... Sedap.... sesuai selera satu rumah! Nak resepi klik SINI...

3. Pavlova
Makanan yang pada aku nampak mewah sangat dan menggiurkan. Rupanya senang sangat buatnnya. Bahan pun tak banyak.... Tapi kos membuatnya tu mahal sungguh. Masa nilah aku mula kenal whipping cream.... Klik SINI untuk resepi.

4. Makaroni Bakar
Satu lagi makanan barat yang sedap. Terlagi2 anak2 makan. Beberapa kali jugak dah buat ni. Dah olah macam2 rasa dah... Sosej, sardin, tuna, ayam, daging dan macam lagi...  Resepi klik SINI...

5. Brownies Marble Chocolate Cheese
Gabungan Cheese dan coklat memang mantap. Anak2 semua suka. Inipun dah buat macam2 stail. Buat ala2 cupcake.... gaya tart pun ada.... dan buat red velvet marble cheese pun ada. Nak resepi boleh klik SINI... 

6. Durian Crepe
Durian crepe ni pernah jadi viral sekejap kat fb. Aku pun waktu tu nekad nak membuatnya. Tak susah pun. Cuma whippin cream jer yang mahal. Yang lain tu... isi durian dan tepung. Memang la sedap bila isi durian dicampur cream dan makan sejuk... pergh!.... Ada tu pernah buat ngan isi mangga dan biskut oreo... sedap jugak tapi tak boleh lawan sedap durian.... Resepi klik SINI...

Itulah secebis kisah dari banyak cerita yang ada di blog masakanku  itu..... Kalau nak cari idea memasak, silakanlah terjah yer....

p/s : Jadi isteri dan ibu ni kena belajar masak apa yang kita tak pernah makan dan rasa.... baru la dapat merasa..... kalau tidak sampai kesudah tak dapat makan makanann gitu....^_^peace! 

***************
merasa mimpi...
klik SINI
***************

3 comments:

Aqilah Azmi said...

aaaaaaaaa best kan perasaan first time buat terus menjadik! huhuhuw!

ros nordin said...

semua tu makanan favourite tu .heheh

Sedap ...hh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...