Apa Stail Anda..... Dan Adakah Cara Untuk Menjadi Stylish...? Stail La Sangat...Ha3

9:58:00 AM Noor Akma 3 Comments


Anda ada stail tersendiri? Ada duit bukan jaminan seseorang itu boleh membeli gaya atau stail. Tapi memudahkan dan mempercepatkan anda mencari stail yang di ingini. Memang ada orang yang sememangnya dilahirkan dengan sense of fashion yang baik, namun masih ada harapan bagi anda yang masih lagi kekok atau kabur soal gaya.

Jika ada kemahuan pasti ada jalan merubah penampilan. Ada beberapa cara untuk anda belajar merubah dan mencari gaya stail  diri.... Jom bergaya stylish... Wowwww!


CARI ILHAM

Ilham fesyen ada di mana-mana. Anda hanya perlu buka mata dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Majalah, internet, video muzik, siri TV mahupun filem boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda Cuma perlu bijak memilih kerana tidak semua sajak digayakan dengan anda. Pick and choose!


BERANI MENCUBA

Usah takut untuk bereksperimen. Setiap orang akan melalui satu fasa trial and error. Kalau tidak cuba mana tahu, bukan? Jadi tingkatkan keberanian untuk mencuba sedikit demi sedikit. Usah ubah gaya anda secara total dan drastik. Misalnya, jika anda bukan seorang yang gemar memadakan pakaian dengan aksesori, mungkin anda boleh mulakan dengan membeli gelang atau rantai.


BERGAUL

Cuba bergaul dengan mereka yang punya sense of fashion yang baik kerana teman-teman sememangnya pengaruh besar pada gaya hidup anda. Jadi, pabila sekali-sekala anda meluangkan masa bersama mereka setidak-tidaknya ia akan membuatkan anda berasa selesa untuk bergaya, ia juga menghilangkan rasa ‘overdressed’.


WINDOW SHOPPING

Jika ada masa luangkan masa untuk window shopping. Pada hujung minggu luangkan masa ke satu pusat beli-belah dan masuk ke setiap butik dan dari situ anda boleh lihat apa yang ada. Anda dan teman boleh bermain suai padan di fitting room. Tiada salahnya mencuba.


OPEN MINDED

Buka minda dan terimalah dengan kritikan dengan baik. Usah terlalu yakin dengan pilihan sendiri, sekali-skala anda perlu pertimbangkan pandangan orang lain tentang gaya anda. Namun usah terima bulat-bulat, fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

p/s : hurm... bergaya santai dan selamba serta simple.... itulah gayaku. Tak nak melebih2 takut terover nanti..... tak pasal2 termalu sendiri..hihi!

#kredit SINI

***************
Indahnya mimpi...
klik SINI
***************

3 comments:

singgah pagi

najwa zahid said...

suka yg simple and x menyerlah sgt. try nk up-to-date tp duit takdokkk... hehe

Zyra Roxx said...

berani mencuba tapi jangan sampai nampak kelakar, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...