Buah Mengkudu, Baunya Meloyakan Tapi Khasiatnya Banyakkkk.....!

10:06:00 AM Noor Akma 2 Comments



Dari kecil lagi aku dah kenal buah ni, Tapi buah ni cukup aku tak suka. Lebih2 lagi buah yang dah masak ranum. Opah aku ada tanam buah ni kat belakang rumah. Pucuk tu opah aku buat ulam dan buah tu buat jus atau makan kot... aku tak perasan... Tercium bau tu jer aku dah nak muntah. Inikan plak nak dekat... uwwekkk!

Perkara yang tak boleh lupa.... satu hari tu aku terjumpa beberapa biji buah mengkudu kat pangkin bawah rumah opah. Kat sebelah tu elok tersandar parang. Apalagi, aku cincang2 la buah tu dan buang sebab tak suka la katakan. Teruk aku kena marah... membebel2 opah aku berhari2.... haha! 


Daun mengkudu ni antara bahan buat mandian ibu2 bersalin dan balut tungku berurut orang bersalin jugak. Aku bersalin dulu, seplastik besar daun mengkudu ni mak aku bawa dari kampung. Daun nya tak busuk macam buahnya, okey la... Ada tengok dalam tv daunya orang buat teh sekarang ni....


Inilah ntara manafaat mengkudu yang aku salin dari internet..... Selain yang aku tahu dari pengalaman sendiri :

- Meredakan kesakitan haid atau gejala PMS
Kandungan yang terdapat dalam buah mengkudu, ternyata sangat berkesan untuk meredakan sakit semasa PMS atau ketika haid. Selain itu, buah mengkudu dipercayai boleh meminimakan perubahan hormon ketika masa PMS dan haid sehingga sindrom haid boleh diatasi, seperti mengurangkan rasa sensitif, dan mood yang berubah-ubah semasa haid. 


- Mencegah kanser
Kesan lain jika mengambil buah mengkudu ini adalah melawan kanser. Ya, buah mengkudu merupakan buah anti kanser yang dapat mencegah perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh. Adapun kanser yang boleh dicegah oleh buah mengkudu ini adalah kanser payudara dan kanser serviks. 


- Mengatasi kulit bersisik
Kulit kering dan bersisik membuat anda tidak selesa? Kini sudah tiba masanya anda memanfaatkan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan kulit, iaitu buah mengkudu. Untuk melicinkan kulit, caranya gosok bahagian kulit bersisik menggunakan buah mengkudu secara merata, lalu biarkan selama 10 minit. Selepas itu, bersihkan menggunakan kain yang sudah dibasahi oleh air suam. 


- Menyihatkan tulang
Tak hanya berfungsi untuk mencegah penyakit saja, tetapi buah mengkudu yang mempunyai kandungan metil asetil, morindone, dan asam kapril ini dapat meningkatkan kekuatan tulang-tulang dalam tubuh. Minumlah jus mengkudu secara teratur untuk mencegah pereputan pada tulang.


p/s : Sekarang ni dah ada jus mengkudu jual yang dah siap dalam botol.... Kalau dah dihilangkan baunya yang meloyakan tu boleh la aku minum... kalau tidak jangan la... takut terkeluar isi perut... hihi!


2 comments:

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...

Buah mengkudu saya pun tak suka makan....kalau daunnya...rebus dulu sebelum dibuat kari dengan ikan masin...memang suka....sedap

singgah + follow sini.. :)

jemput join segmen shawal.. ^^v

http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...