Buat Cheese Sendiri, Nak Beli Mahal.....

10:42:00 AM Noor Akma 1 Comments


Mahalnya harga cheese.... Nak beli pun teragak2 rasanya. Tapi anak2 suka sangat. Makan dengan roti dan biskut..... buat western food taruh cheese... buat kek cheese... macam2 boleh buat dengan cheese nih.

So, tu yang beria nak buat tapi belum berkesempatan lagi... Dah lama jugak la jumpa resepi cheese ni dari fb. Aritu hilang sekejap dalam folder lappy nih. Kelmarin... kemaskan gambar2 yang bersepah kat lappy,  jumpa la....

Tak nak hilang lagi.... aku merajinkan diri taip balik dan letak kat sini....nak tempek terus, tulisannya huru-hara sikit, tak cantik... :(

Bahan2 :

1 liter susu segar
2 sb  cuka/jus lemon
2 sb air 
Sedikit garam
-Kain nipis yang bersih untuk tapis

Cara2 :

Tuang susu, cuka/jus lemon, dan air sejuk dalam periuk atas api perlahan. Kacau selalu sehingga mendidih selama 10 minit. Tutup api dan terus kacau hingga susu berketul  dan cebisan cheese terbentuk. 

Tapis dalam kain nipis yang bersih. Perah hingga kering. Masukkan garam dan gaul sebati. Masukkan cheese ke dalam bekas. Tekan sehingga padat. Simpan di dalam peti sejuk.

*Untuk membuat cream cheese, buat cara yang sama tapi tak perlu letak air dan jangan perah kuat sangat dan tak perlu tekan padat dalam bekas....

p/s : Untuk pengetahuan , aku pun belum cuba lagi. Aritu dah ready nak buat....dah beli susu dan lemon, cari resepi tak jumpa....last2 buat air yogurt jer....


1 comments:

ros nordin said...

nak try buat gak.. tapi entahkan bila tak tahu ..hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...