Pernah Keguguran 3 Kali.... Akhirnya Kini Ada 4 orang Anak...

10:18:00 AM Noor Akma 3 Comments


Heboh dan menjadi viral di internet dan berita hangat di tv.... Dato' Siti Nurhaliza keguguran selepas menanti zuriat sejak sekian lama. Dalam 8 tahun jugaklah rasanya. Aku tumpang sedih mendengar khabar ini sebab aku pernah menghadapi situasi yang sama... bukan sekali, 3 kali tu. Moga Dato' Siti tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Yang penting usaha lagi sampai dapat apa yang diidamkan......

Nak cerita sikit la pengalaman aku keguguran ni.... kenangan sedih, pilu, trauma,  fobia dan macam2 perasaan kurasa. Akhirnya kenangan terindah menimang cahayamata menjelma jua. Keguguran pertama selepas 2 bulan usia perkahwinan... memang tak pandai lagi dan tak terfikir masa tu.. elok saja tau mengandung .... esoknya keguguran. Check dapat tau mengandung tu pun sebab bila nak buang air kecil rasa sakit teramat.. Pergi klinik, doktor tanya baru kahwin ke? Dan suruh check sebelum bagi ubat. 

Mula2 keluar darah tu ingat doktor tu salah kot... So, macam biasa pakai  pad pergi kerja... makin lama perut makin sakit... sampai petang balik kerja, darah dah keluar ketul2, badan dah lembik nak pitam dan pengsan. En. somi antar spital... cuci dan bermalam kat sana lah aku....hurm tak ada rezeki!

Selepas tu puas menunggu masih tak ada rezeki... dekat 4 tahun jugaklah. At last satu hari rasa tak sihat nak demam... ingatkan sebab penat. Tapi semua makanan yang aku suka dah tak dapat diterima dek tekak... aku cuba beli kit mengandung tu.... positif... Adalah dalam beberapa hari.. lepas tu ada tanda darah keluar. Masa tu En somi ada hal urgent outstation.. Lepas 2 hari darah  masih keluar sikit2 baru pergi klinik swasta... doktor kata janin dah  hancur... Esoknya pergi cuci... keguguran kali kedua.... 

Terkedu,  hampa usah ceritalah tapi redha.... Tahun yang sama beberapa bulan lepas tu aku rasa perkara yang sama... Dah jaga betul dah.. Sebaik je ada tanda2 sakit perut dan darah sikit, berkejar pergi klinik swasta tu. Entah mana silapnya gugur lagi... kali ketiga.  Sedihnya...

Akan datang kalau ada tanda mengandung lagi, klinik swasta tu suruh terus datang ke klinik.. dia akan bagi special treatment kat aku. Tak sampai 3 bulan selepas tu ada tanda2 mengandung lagi kat aku... Cepat2 aku berkejar ke klinik swasta tu.... Seperti dijanjikan  aku diberi rawatan  khas..... injection bagai . 

Awal2 tu setiap minggulah jugak aku diberi injection... Kandungan dah masuk bulan keempat barulah 2 minggu sekali datang ke klinik dan tiada injection lagi.... Sampailah aku berjaya melahirkan zuriat pertama kami... Masa tu rasa ajaib sangat... Allah nak bagi jugak setelah berkali2 gugur rupanya.

Sekarang aku dah ada 4 orang anak (3 perempuan, seorang lelaki)....  sebelum aku dapat anak macam2 tohmohan orang... Tak payah dipedulikan. Jika Allah berkehendak mudah jer nak dapat.... kitalah yang kena redha dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan...

p/s : Nak tambah anak lagi? Xde dah, dah tutup operasi haha!


3 comments:

anak denesor said...

banyak kali sis gugur yea..tp takpe..alhamdulillah..dapat anak da..

Amie said...

Kalau Allah tak nak bagi, memang bukan rezeki kita.... pernah gugur kandungan usia 2 bulan, (kandungan keempat setelah menunggu 10 tahun), sedih sangat terutamanya suami. Alhamdulillah 3 bulan kemudian hamil dan dapat baby boy.

ros nordin said...

Allah bg rezeki tepat pada masanya kan..tak lambat tak cepat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...