Pandan : Wangi, Berkhasiat Juga Merawat Penyakit....

11:43:00 PM Noor Akma 0 Comments


Kali ni nak kongsi info tentang pandan.... yang aku dapat dari majalah Anis Bil. 194. Perkara bagus dan bermanafaat eloklah kita kongsi bersama kan!

Pandan yang terkenal dengan aroma harumnya banyak digunakan dalam masakan terutamanya kuih-muih dan beberapa jenis hidangan nasi seperti nasi minyak dan nasi lemak. Daun pandan juga di perah airnya bagi mendapatkan warna hijau semulajadi untuk mewarnakan kuih.

Tanpa daun pandan, kuih-muih dan nasi istimewa akan tidak lengkap rasanya. Bagaimanapun, penggunaan pandan tidak terhad dalam masakan sahaja. Ia berguna  juga dalam perawatan penyakit.

Terdapat 600 jenis spesies pandan. Yang paling dikenali dan digunakan ialah Pandanus amarylifolius. Pandan inilah yang digunakan dalam masakan. Sebenarnya, bukan daun pandan sahaja bermanafaat, bahkan juga akarnya. Kedua-duanya didapati ada nilai ubat.

Oleh sebab pandan mengandungi minyak essential, tanin, alkaloid dan glikosid, ia didapati berkesan untuk merawat bermacam-macam masalah kesihatan.

* Merawat luka
Daun pandan bersifat antiseptik dan antibakteria, justeru ia amat berguna untuk merawat luka dan pelbagai penyakit seperti campak. Malah ia berkesan untuk merawat masalah kulit.

* Bunga pandan
Di Hawaii, bunga pandan dikunyah lumat seorang ibu, lalu diberikan kepada anak kecil yang mengalami sembelit. Ia bertindak sebagai pelawas. Namun demikian, jarang sekali pohon pandan mengeluarkan bunga.

* Tonik Akar Pandan
Jus dari akar pandan boleh dijadikan tonik untuk ibu-ibu yang masih lemah daripada proses bersalin. Ekstrak jus daripada akar pandan yang ditumbuk juga boleh dicampurkan dengan ramuan lain untuk melegakan sakit dada.

* Daun pandan
Mengunyah pandan boleh mengurangkan bau mulut dan mengurangkan sakit gusi. Air rebusan daun pandan juga didapati boleh melegakan batuk, kejang perut, meredakan demam dan sakit kepala. Ia juga boleh melegakan sakit dada, artritis dan sakit telinga.

* Kanser
Pandan juga dipercayai berpotensi dalam menentang kanser. Juster, Amerika Syarikat kini menjalankan peyelidikan lanjut terhadap pandan.

PENYEDIAAN AIR REBUSAN PANDAN

1. Ambil secekak daun pandan. Dibersihkan dan disimpulkan.
2. Ambil sebuah periuk besar. Penuhkan 2/3 periuk itu dengan air suam. Masukkan daun pandan.
3. Didihkan selama 10 minit. Kemudian kurangkan api dan tudung periuk. Biarkan rebusan merenih selama 10 minit lagi hingga daun lembut dan air bertukar hijau.
4. Buangkan daun dan biarkan air rebusan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
5. Air rebusan ini sesuai disimpan selama seminggu (7 hari) didalam peti sejuk.

Air rebusan pandan ini bukan sahaja boleh diminum, tetapi juga boleh digunakan sebagai air mandian bagi merawat masalah kulit. Namun, untuk mandi perlulah di perbanyakkan kuantitinya.



p/s: Semoga perkongsian ini bermanafat untuk kita semua.

0 comments:

Kan Dah Kata Azmil Menang... Jumpa Ari Tu, Siap Ucap Selamat Berjaya Lagi....!

2:48:00 PM Noor Akma 2 Comments

Yuhuuuu.... ari Sabtu aritu, balik dari jenjalan dari Farm In The City... pergi lah ke Plaza Alam Sentral nak beli charger laptop untuk anak dara aku yg belajar kat UITM tu... 

Tengah memilih dan mencuba acu charger kat laptop kat satu kedai tu... anak dara sunti aku 2 orang tu sibuk pergi ke kedai2 lain nengok2 handphone. 

Elok dah siap memilih, sibuk diorg nih dtg kat aku beritahu ada artis mentor legend kat kedai sebelah tengah belek2 handphone...

Diorg tu memanglah malu2 nak tengok artis tu... aku selamba je gi kat azmil ucap tahniah dan beritahu aku ramalkan dia juara mentor legend. Dia pun dengan muka yang sentiasa tersenyum tu cakap insya'allah.... muda..mudahan.

Lepas aku tu aku minta bergambar... bergambar sekali ngan Fahmi si sterward yg handsome tuh... dia dah terkeluar masa semi final.


Sebelum beredar... aku ucapkan selamat berjaya... buat yang terbaik... nanti kitorg undi azmil banyak!! ...  Azmil ni suaranya tersendiri, unik dan xde lagi suara yang serak2 macam tu kat penyanyi Malaysia... 


Dah undi azmil tau....  Yeaahhhh...menang!

p/s : Hmmm.... skrg ni klau jumpa org terkenal, retis ke, selebriti ke.... memang aku nk dan akan bergambar dgn diorg... sebab ia satu valueble untuk blog aku nih.... hehe!

2 comments:

Bosan...!? Jom Jenjalan Di Farm In The City...huhu!

2:26:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila cuti sekolah je, mulalah episod bosan dan boring anak2... Tak tau nak bawak anak2 pegi mana.. asyik2 shoppingg complex window shopping... Yalah, bukan boleh pegi balik kampung mcm org lain.. org lain cuti, kitorg kena kerja.. kena berniaga. Kalau tempat jenjalan tu dekat, boleh jugak lari kejap bawak anak2.


Ari tu terperasan lah status seorg blogger tu... apa lagi... ikut saranan dia... aku ke Farm In The City pada hari sabtu lepas... Huhu... bestnya.. bestnya... kata anak2... dapat gi jenjalan. Kami pergi berempat je... semua gegerl... my hubby kerja dan anak bujang jaga kedai.


Tempatnye tak jauh dari Shah Alam....30 minit je dah sampai. Di belakang Giant Seri Kembangan... Masuk je kawasan Giant tu dah nampak papan tanda penunjuk arah ke situ. Tiket...? Korang boleh tengok banner di atas. Ada family package tuh... Memang berbaloi la dengan apa yang korang boleh dapat... Ada lebih 100 haiwan eksotik...tuh! 


Macam2 aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ni... korang nak tau, highlight besarkan je banner tuh... boleh baca.. memang best.`Waktu kitaorg baru2 sampai tu.. pertunjukan burung dah nak mula... sebelum tu..kitaorg ambik gambar burung dulu..

Best tau pertunjukan burung ni... burung tu boleh buat2 pengsan plak... hihi! Penjaga burung tu memang pandai mencuit hati pengunjung.... Kalau ada anak2 yg berani bolehla volunteer ikut sama kedepan bila dipanggil. Lawak sesangat!


Gambar burung lagih... memang banyak spesis burung kat sini... ada itik yang cute, ada merak kayangan tapi masa kitorg pergi tu merak ni sombong gamaknya... xnak dia kembangkan bulunya tuh.. Tapi kan ada burung ni muram je.. burung hantu pakai skirt kembang... hantuuuu...hehehe!


Yang paling best kat sini boleh peluk2 dan pegang2 binatang kat sini.. tapi yg berani pegang arnab jelah.. dah pegang sorang sekor nih rasa nak bawak balik je..


Ini reptilia... kalau berani... pegang lah...

Banyak kura2 kat sini...


Ini kura2 gergasi... tak payah gi Madagaskar. kat sini dah boleh jumpa...


Kandang kambing...  kasi makan sama dia. Rusa dan llama dari Amerika Selatan pun ada..


Kanggaroo kecik je..dari Aussie..


Yang atas tu bulunya lembut... boleh buat alas kaki.... Yang bawah tu sejenis squirrel... pandai dia posing.. hihi!

 

My photographer pun dah letih shoot gambar... kita minum dan makan kudap2 dulu... bawak dari ghumah.


Sambil tu.... adik2nya tengah menongeng2 kat longkang menangkap anak2 ikan.... Teruja sungguh budak2 menyauk anak2 ikan tu. Dah dapat, isi dalam baldi kecik yg disediakan... Ala.. saja suka2 je... bukan nk bawak balik pun.


Kita bagi ikan makan plak...banyaknya ikan, mengerenyut2 ikan kat dalam tasik tuh... Pemandangan kat sini cantik, nyaman, sejuk je... tak caya.. kita tengok gambar lagih....


Macam rasa suasana kampung.... huhu.... Dah pusing keliling, kaki pun dah pegal2... Sampailah masanya untuk kitaorg pulang... sebelum pulang sempat lagi posing ngan anak ayam. 



Sampailah masa dipulangkan visitor pass nih... rasa macam vip kan!


Terima kasih kepada blogger Ben Ashaari... Kalau tak kerana dia... takkan sampai kitaorg ketempat nih.... 


Sebelum pulang bergambar dulu kat pintu masuk dan pintu keluar... Masa datang tak sempat tengok keliling. Kitaorg belilah souvenir kat sini.... keychain dan fridge magnet.  

Sebelum balik...ku tanya anak2.... bosan lagi tak...? tak bosan dah... tapikan, rasa x nak balik.... Biar... betul! Jom..jom..  balik2 .. Kalau ada rezeki atau dapat jadi vip lagi...oppps! Kita datang lagi!

Memang best... best giler....aku dan anak2 bagi 5 bintang... markah penuh!!

1 comments:

Kutu Kucing Menyerang.... penyelesaiannya..lemon!

7:04:00 PM Noor Akma 2 Comments


Beberapa bulan lepas... anak2 tergaru2  dan bertanda merah2 kat lengan ngan betis. Apa halnya... semuanya mengadu gatal2 tuh!

Panik gak! Takkan terkena kudis buta plak. Basuh semua cadar, selimut dan tuala, tak hilang juga. Pening...pening... pening dibuatnya.

Lepas tuh... hubby pun dah rasa semacam je.... katanya ada benda kecik hitam lompat2 kat tangan dia. Tapi susah nak tangkap. Dah dapat tangkap, picit...tenyeh2 pun boleh melompat balik. 

Lelama baru terfikir... kutu kucing rupanya.  Memang ada bela kucing.. Tapi kucing tu kengkadang bawak masuk rumah.. selalunya lepas kat luar je.. Dah pernah letak ubat kutu tapi ada balik kat kucing tu sebab bercampur kucing kat luar...

Google la internet... ooh! lemon je ubatnye.... Satu hari tu ku beli 3 biji lemon... Hiris2 lemon tu, ramas2 lemon tu, ambik airnya... campur dengan sebaldi air.. mop lantai satu rumah..

Hmmm... harum semerbak rumahku, setelah digilap ngan lemon... hari pertama ada lagi... hari kedua dan ketiga dah tak nampak bayang pun. 

Walau dah tak ada kutu2 tu lagi... selepas seminggu ku mop sekali lagi lantai rumah ngan lemon untuk merasakan kesegarannya...kutu dah xde dahhhh... legaaaaaa!

p/s : Sekarang.. kalau nak bawa kucing masuk rumah, pastikan kucing tu bebas kutu atau mandikan kucing tu ngan air lemon... hihi!

2 comments:

Beli Idaman Hati Dengan Duit Blogging....!

1:30:00 PM Noor Akma 5 Comments


Ari ni nak cerita pasal perkara2 yang gembira2 je kat sini.... Mana tak gembira, dengan berblog ni lah aku merasa pegang duit sendiri dan beli apa je yang aku suka dan berkenan di hati. Bukan tak ada duit lain.. duit berniaga tu lain.. Duit untuk sara keluarga, makan minum dan keperluan sekeluarga.

Duit blogging nilah yang aku rasa duit sendiri, macam kerja makan gaji tu!..  Baru2 ni dapatlah cek dari nuffnang... Yuhu!  Apalagi ku belilah idaman hati....... handphone  je sebenarnye... yang sesuai dengan bajet... dari cek yang aku dapat, jadilah!


p/s : Lepas ni akan menyusul plak... lagi dan lagi hasil dari beblog nih... insya'allah!

5 comments:

Duduk2 Je Kat Rumah Tapi Bekerja Bersama TaskV.Com….Jangan Tak Tau!

12:03:00 PM Noor Akma 0 Comments


Korang pernah dengar tentang kerja kosong @ portal pekerjaan yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong kat internet…? Mesti dah biasa dengar dan dapat tau kan… Macam2 program, macam2 gaya dan cara… di tawarkan. Yang aku nak cerita ni adalah TaskV.com sebuah portal pekerjaan yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong, berbeza dengan portal kerja biasa seperti JobStreet dan lain - lain tau... TaskV adalah khusus untuk kerja - kerja yang boleh di lakukan di rumah sahaja dari mana - mana tempat seluruh pelusuk dunia dan semestinya ada line internet atau jalur lebar….. 

Sudah semestinya korang wajib boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang mudah2 dan boleh membaca email kerana tawaran kerja datang dari pelbagai negara terutama Amerika, United Kingdom, Canada, negara Eropah & Asia. Zaman sekarang ni dah tak susah dah…kan ada google translate…. Apa susahnya … dalam bahasa Urdu pun boleh translate. 

Nanti, semua tawaran kerja di kumpul dan di sahkan secara manual oleh team TaskV. Mereka akan memastikan kesahihan tawaran kerja tersebut dan ia mesti boleh di lakukan secara jarak jauh tanpa perlu datang ke tempat kerja…. Hurm! kiranya korang bolehlah buat kerja sambil2 menyusukan anak atau membuai anak kan….tak gittew! 

Dorang akan carikan kepada ahli, perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah di sahkan kesahihan melalui job board dan akan kemas kini selalu melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru di senaraikan…maknanya.korang duduk je diam2 sambil goyang2 kaki tunggu email masuk..hehe! 

Dah buat kerja, bermakna dapatlah faedah kan…kan! Antaranya peluang untuk bekerja di rumah melalui sumber yang di sahkan dan menerima bayaran cara mudah melalui paypal, cek atau lain cara yang di tentukan sama ada oleh majikan atau pekerja… Pekerja tu koranglah.. Bayaran upah yang agak lumayan antara $25 - $750 bergantung kepada jenis pekerjaan. Korang boleh menentukan jadual bekerja sendiri… ikutlah mana suka.. asal dapat menerima makluman tawaran kerja melalui email setiap hari dan akses ke job board 24/7 dengan mengunakan apa - apa alat yang ada… PC, laptop, tablet atau telefon tangan…janji boleh melayari internet… ya tak? 


Ada 9 kategori bidang pekerjaan utama:
  1.  Admin Support
  2.  Business Services
  3. Customer Service
  4. Design & Multimedia
  5. Networking & IT
  6. Sales & Marketing
  7. Software Development
  8. Web Development 
  9.  Writing & Translation
Pelangan boleh pilih dan subscribe untuk terima job alert mana - mana bidang dan boleh akses semua jenis kerja di job board tanpa mengira kategori. Ikut suka koranglah….

Ada 5 plan TaskV tawarkan untu keahlian yang boleh di pilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian di beli, lebih murah harga di tawarkan dan banyak penjimatan. Sangat bagus tu… 

Pembelian akses keahlian adalah mengunakan PayPal atau kad kredit/debit melalui sistem pembayaran PayPal. 


Yuran keahlian adalah seperti berikut:
  • 1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)
  • 1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
  • 3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
  • 6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
  • Setahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)

Untuk masa terhad, TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari).  

Promotion code: REVIEW

Sah sehingga 28 Feb 2015 sahaja.


Untuk Daftar, KLIK SINI

Cara untuk join & claim tawaran diskaun:

1: Pergi ke laman http://taskv.com
2: Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.
3: Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com
4: Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan.
5: Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai.

Nak join….nak join.. nak join… rugi ooo kalau korang tak join… Semuanya di hujung jari. Tak payah susah2 menempuh kesesakan lalu-lintas dan terkejar2 nak punch card kat pejabat... boleh bukak pejabat kat rumah jer. Hati senang, jiwa pun tenang. Mana lagi nak dapat macam gini… <3 (peace)…

0 comments:

Huhu..... Review Post, undeez!!!

1:00:00 PM Noor Akma 0 Comments


Kelmarin dapat job review dari satu produk jualan online... pakaian dalam wanita.....erk! Agak kaget sebentar.... tarik nafas dalam2, dah bertenang... aku bermonolog sendirian...'Apa salahnya, barang keperluan tu'... tapi bukan untuk blog ni untuk blog aku yang satu lagi tu...hehe!

Oleh kerana sasarannya kepada golongan wanita.... syarikat tu memilih blog tuh.. Blog aku tu ramai di kunjungi oleh wanita sebab blog tu blog masakan. Hurm... Layankan aje..  First job reviw tu... dup dap dup dap gak jantung aku ... yelah takut tak menepati citarasa syarikat tuh...

Akhirnya dah di email entry... edit sikit... dah okey... dapat bayaran... aku pun pun publish kat blog! Nak tengok review aku tu boleh pergi ke blog annurbeauty.blogspot.com... klik la kat nama blog tuh.. hehe!

Sekarang ni syarikat tuh sedang buat promotion tau.... untung beli waktu promotion... dapat harga murah... Kalau nk beli... boleh pergi kat blog aku yang tertulis kat atas tuh... klik banner kecil kat tepi kiri... akan terus ke website syarikat tu.... bolehlah shopping..!

Okeylah... aku undur diri dulu... jumpa lagi!

0 comments:

Kulit Kayu Manis..... mengecutkan dan menghilangkan parut jerawat...!

12:04:00 PM Noor Akma 2 Comments


Tengah elok2 muka... licin je bak telur di kupas, tetiba je tumbuh jerawat sebijik dua kat muka.... Boleh tahan besarnya tu!. Membengkak merah2 plak... Haish! rosak penampilan... hurm sedeynyeeeee...Begitulah di rasa bila muka di tumbuhi jerawat...lepas tu tinggalkan parut..kan..kan...kan!

Jangan risau... mokcik ada penyelesaiannya.... Ambil sekeping dua kulit kayu manis.... tumbuk sehingga lumat..... kalau nak senang, beli je serbuk kayu manis tu kat pasaraya.... Bancuh bahan tumbuk tu dengan bedak sejuk dan sedikit air. 

Sapukan bahan tersebut pada bahagian yang berjerawat dan berparut. Lakukan sekerap mungkin bagi mempercepatkan jerawat kecut. Ulang selalu untuk menghilangkan parut juga.

Harap ia dapat membantu anda menghilangkan jerawat dan parut yang mengganggu penampilan..hehe!


2 comments:

Cili Api Kekal Segar Dan Tahan Lama....

11:12:00 AM Noor Akma 2 Comments


Nak bagi petua pulak kali ni.... Biasanya bila beli barang dapur macam cili api bukan boleh sikit2. Nak2 tu kat pasaraya.... Cili api tu dah siap paket.. Besar gedabak paketnya. 

Nak pakai sikit je... So, tak sampai seminggu abislah kecut, kering dan membusuk dalam peti sejuk tuh..!

Cara yang aku buat senang saja... Ambil kertas tisu dapur ke...tisu lap tangan ke, kalau xde suratkhabar pun boleh.... bungkus kemas-kemas cili api di dalamnya.

Kemudian masukkan ke dalam bekas.... dalam plastik pun boleh... Tutup rapat2. Simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan dalam tempat beku plak.... Tak pasal2 membeku plak nanti. Buka bila nak guna saja.

Hasilnya, cili api ini mampu kekal segar selama satu hingga dua bulan lamanya.

2 comments:

12 Manafaat Cuka Epal Untuk Kesihatan....

2:20:00 PM Noor Akma 0 Comments


  1. Sakit  Perut - Campurkan 2 sudu makan cuka epal bersama 200ml air dapat membantu mematikan kuman dan bakteria di dalam perut.
  2. Melancarkan Penghadaman -  Campur 1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu kedalam 100ml air suam dan minum 30 minit sebelum makan.
  3. Sakit Tekak - Campurkan segelas air suam dengan setengah sudu cuka epal dan minum setiap 2 jam sekali.
  4. Facial - Campurkan secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan. Ambil kapas/tuala cotton dan sapu pada kulit. 
  5. Rambut Bersinar - 2/3 kali seminggu, secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan dan guna selepas shampoo di rambut
  6. Kuruskan Badan - Tingkatkan metabolisma badan  dengan amalkan 1 sudu cuka epal + 200ml air mineral dan amalkan setiap pagi.
  7. Nafas Berbau - Kumur dengan setengah sudu makan cuka epal dan secawan air setiap hari.
  8. Kencing Manis - 1 sudu makan cuka epal dan 200ml air setiap pagi membantu mengawal paras gula dalam badan. 
  9. Selulit - Campurkan 3 nisbah cuka epal kepada 1 nisbah minyak  vitamin E dan urut pada perut 2 kali sehari.
  10. Cirit-birit - Tambahkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air danambil 3 kali sehari.
  11. Membersihkan Rumah - Campurkan setengah cawanbcuka epal dengan secawan air dan anda boleh guna  untuk bersihkan bilik air, dapur dan cermin. Sangat berkesan.
  12. Menambahkan Tenaga - Campurkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml sebelum bersenam/gym.
Credit : daridapur.com


Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi.

p/s : Kepada sesiapa nak beli cuka epal kat saya boleh klik sini. Ini blog perniagaan saya yang menjual produk dari timur tengah atau dari negara2 arab gitu! 


0 comments:

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

9:36:00 PM Noor Akma 1 Comments

Huhu....

Join segmen lagi....

Suka... suka.... suka!

Kalau dapat menang hadiah....

Suka berganda-ganda... hihi!

HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015

Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia.

Good luck !!

Bye.... :))

1 comments:

Ikan Bilis Dah Siap Kopek atau Ikan Bilis Biasa.... mana satu..erk...nak beli?

1:11:00 PM Noor Akma 2 Comments


Pergi pasar malam.... nak beli ikan bilis pun kena fikir2 gak. Banyak pilihan woooo..!! Tang harga tu yang tak tahan.. Dulu2 orang kata, bila xde duit makan ikan bilis atau ikan masin jelah...

Sekarang sejak mende2 ni pun mahal... cakap dulu2 tu tak  boleh pakai lagi dah... Ha... nak beli yang dah siap kopek ke yang belum... Yg dah siap kopek tu besar2 tapi aku x berapa suka... entahlah,x sedap kt tekak aku agaknya... lagi pun beza harga dekat sekali ganda tuh!

Aku suka yang belum kopek lagi tapi yang agak kecil2 sikit.... Biasanya yang belum kopek ni taklah aku kopek lagi.. mana ada masa, Aku cuma buang kepalanya je utk yg besar..yg kecil2 kenit tu aku terus masak je....

Dengar kata makan isi perut ikan bilis ni kira makruh... tapi cuba bayangkan dalam tu ada hati, paru, limpa... berkhasiat tu...lagi pun makruh je kan... hurmmmm...!!!


p/s : Suka ikan bilis masak sambal tumis dan goreng garing campur kicap...!

2 comments:

Menang Giveway plak.... Bertambah Semangatlah Mengupdate Blog lagi nih..!!

2:58:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum...


Huhu.... tersedak sekejap....Bila dapat tau...Blog tak seberapa aku ni menang giveaway dari blog mystorymory.com... Nak tengok blog yang aku menang tuh klik sini.


Inilah hadiahnya...Scar Solution Body Bar dari Wann Mistine... Sabun untuk buang parut2 di badan dan mencerahkan kulit... hurm.. nanti glowing mowing lah tubuh badan aku ni bila dah guna sabun nih....hihi!

Terima kasih untuk Uni Aqilah dan Wann Mistine... muaaah....muaah....muah!!!

p/s : Tengah terkial2 updated ni dapat tau plak menang lagi.... kali ni tersenarai dalam bloglist syira lokman plak... blog top tu... cayalah!!!

2 comments:

Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by dyan zakhi

11:06:00 AM Noor Akma 12 Comments

Hai...

join segmen....

nak tambah kawan.....

di alam  maya....



Follower...  51 je..

Nak sertai....

klik banner di atas....

Tamat 6 Febuari 2015, 11pm (1 minggu shj)
Keputusan 7 Februari 2015

~ ~ ~

12 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...