Segmen Irrayyan | Exchange Bloglist 2016

5:46:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum....


Join segmen ni...

Oleh irrayyan.com....

Sebenanya blog ni dah tersedia di bloglist blog ku ini....

So, tak perlu  buat apa2...

hihi!

bye... :)

2 comments:

Nak Kongsi Cara Selesaikan Masalah 400 Bad Request Error......

12:50:00 PM Noor Akma 1 Comments


Hari ni nak share benda ni kat blog. Kalau kena lagi, senang nak betulkan sendiri. Taklah kena tunggu orang lain betulkan..... susahkan orang jer. Kenalah buat  sendiri...!

Selalu aku kena benda ni..... tetiba jer iklan nuffnang tak keluar. Nak bukak website nuffnang pun dah tak boleh... "Bad Request:...Bila betulkan, baru lah dapat balik. Iklan  nuffnang pun muncul menari2 kat blog..

Bila  terjadi perkara ni......

1. Klik icon disebelah kanan  sekali (tanda garisan  melintang 3 baris).

2. Seret cursor ke setting dan klik.

3.  Seret ke show  advanced setting... klik.

4. Klik content setting

5.  Klik lagi.... All cookie site data.

6. Search data untukk dibuang....

7. Remove data2 tu....

8. Klik done...

Taraaa.... dah siap.... Boleh bukak blog macam biasa.... huhu! 

Nak tengok tutorial dengan lebih jelas.... klik SINI

1 comments:

DIY Goodies Bag Yang Simple, Sesuai Untuk Majlis.... Jimat!!!

11:31:00 AM Noor Akma 2 Comments


Sekarang ni banyak benda dah mahal... so, banyak benda kena berjimat. Pandai2lah kita berjimat  dan buat yang termampu..... Sesiapa nak buat kenduri  tu... kalau  nak bagi goodies bag tu apa kata buat sendiri begnya.

Cantik, murah, jimat dan bolehlah berkreatif.... hihi!

Bahan-bahan:
Beg kertas
Reben
Gam
Gunting


Langkah-langkah:

1.Gunting bahagian atas beg kertas menjadi corak guntingan yang lebih menarik.

2. Gamkan reben di tengah-tengah beg kertas.

3. Kemudian, gamkan reben bersaiz kecil dan bentukkan seakan beropol.

4.  Serikan di tengah-tengahnya dengan reben.


#kredit SINI

2 comments:

Bila Chef Ramsay Belajar Masak Rendang Dengan Bahan2 Yang Agak2.... Pening Dia...Hihi!

7:34:00 PM Noor Akma 1 Comments

Chef Gordon Ramsay belajar masak rendang wooo..... ! Bahan2 main agak2 jer bukan macam masakan barat yang ada sukatan bagai tu. Masaklah Chef Gordon oooii.. Belajar masar rendang ngko... Ke antarabangsa rendang orang melayu nanti..... wehhh!


Bila Chef Ramsay Belajar Masak Rendang Dengan Bahan2 Yang Agak2.... Pening Dia...Hihi!


Baru dia tahu.... Dengan bahan yang agak-agak tu la, menjadikan rendang masakan yang sedap dan special. Kiranya orang melayu kita ni dari dulu memang bijak kan... Dengan bahan2 yang agak2 dan campak2 jer dalam kuali... dah jadi sedappp!

So, this is very interesting video.... berkali2 aku tengok,  Walau dia chef terkenal seantero dunia, masih ada jugak yang dia tak tahu dan kena belajar... 

Moral of the story, jangan ingat bila dah pandai... tahu semua. Jadi, rajin2lah menimba ilmu.

p/s : Mula-mula tengok video ni di FB... and then kutip video di youtube... 


1 comments:

7 Bunga Yang Membantu Merawat Penyakit.... Bukan Setakat Buat Mandi Bunga Jer....

8:54:00 AM Noor Akma 1 Comments



Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Apa yang penting kita tidak putus asa berusaha dan berdoa agar ketemu penawar yang mujarab yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit itu. Harus diingatkan juga, jangan hanya bergantung pada perubatan moden semata kerana anda perlu tahu juga bunga ciptaan tuhan yang bukan hanya cantik dipandang malah ia juga menyimpan banyak manfaatnya. Ketahui rahsia alam ini.


Bunga kenanga 
Minyak ekstrak dari bunga ini di aplikasi dalam perubatan aroma teraputik yang boleh merehatkan jiwa, menghilangkan tekanan, insomia, mengubat tekanan darah tinggi, melancarkan haid bagi kaum wanita dan mengatasi masalah mati pucuk (impoten) untuk lelaki. Dipercayai juga berkesan untuk demam biasa atau demam malaria, bronkitis dan asma. Minyaknya juga selalu digunakan untuk produk kosmetik bagi mengurangkan garis penuaan iaitu sebagai penggalak kepada pertumbuhan sel-sel baru, merawat jerawat dan berkaitan dengan masalah rambut. 

Bunga Mawar 
Selain dijadikan sebagai bunga potong, ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang di ekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum. Mawar juga dapat digunakan dalam produk teh dan jeli. 

Bunga Melati 
Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas badan dan menghilangkan bengkak. Ia juga dipercayai boleh digunakan untuk pemulihan emosi dan memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya mensimulasikan sisi kanan otak. 

Bunga Kembang Cina 
Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat penyakit seperti diabetes mellitus, demam, atau jika mengalami kesukaran membuang air besar. Dalam masyarakat Cina, ia sering digunakan sebagai ubat perancang keluarga. 

Bunga Kemuning 
Bersifat pedas, pahit , hangat dan mempunyai kandungan kimia yang tinggi. Dari sudut perubatan, ia dimanfaatkan sebagai ubat pemati rasa, penenang, penghilang radang, dan pelancar peredaran darah. Sekiranya daun dan bunganya digiling halus dan disapukan ke badan, ia akan membuatkan kulit seseorang wanita kelihatan lebih cantik, halus dan bersih. 

Bunga Kemboja Getah Putih 
Tanaman ini mengandung elemen yang dipercayai dapat mencegah pertumbuhan bakteria. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah. 

Bunga Tanjung 
Digunakan untuk merawat penyakit ruam, menghilangkan bau nafas dan untuk mencuci luka. 

p/s : Baru lah tau.... banyak khasiat bunga2 ni rupannya. Yang aku tau selama ni, selain buat hiasan.... boleh buat mandi bunga untuk menaikkan seri wajah jer....hihi! 

#kredit SINI

1 comments:

PROJECT CRAFT : PAPER BUTTERFFLY

12:59:00 PM Noor Akma 1 Comments


Jom buat origami dari kertas warna warrni..... Buat  rama-rama. Cantik buat hiasan gantung kat dalam rumah. Buat hiasan pada kotak hadiah  pun boleh... cantik banget!

Lipat jangan tak lipat......... jangan jadi pembalut lepat.... sudah!  Anak2 paling suka kalau di ajak mengoyak kertas, lepas tu buat kerja lipat melipat nih... Ajak tolong lipat kain baju takmo pulak..haish!

Bye!

1 comments:

ANDA INGIN KUASAI BACAAN AL-QURAN BERTAJWID DALAM MASA 7 JAM ? ...KAEDAH HARAKI ADA PENYELESAIANNYA...!

1:30:00 PM Noor Akma 1 Comments


Pengajaran & Pembelajaran al-Quran dengan cepat, mudah, efektif, santai & terbukti berkesan.


Peluang di buka kepada mereka yang berminat untuk mempelajari Al-Quran dalam masa yang begitu singkat atau "express". Lupakan seketika tentang perasaan malu dengan umur yang semakin menginjak tua kerana membaca Al-Quran itu tidak mengira usia, wahai sahabat sesama islam ku yang di kasihi sekalian.

Dengan Mempelajari Al-Quran menggunakan kaedah Haraki, tidak mustahil anda bakal membaca Al-Quran walaupun tidak kenal satu huruf Al-Quran pun sebelum ini!


Kaedah Haraki ini adalah suatu ringkasan dan inovasi kaedah terkini yang mengambil inspirasi daripada teknik-teknik al-Quran lain yang membolehkan anda membaca al-Quran secara bertajwid dalam tempoh 7 JAM sahaja.


Ya betul! Anda hanya perlukan 7 jam saja untuk mahir membaca Al-Quran! InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan


KAEDAH HARAKI dapat menyelesaikan masalah berikut :

1. Orang dewasa yang mahir tulisan rumi tapi "buta al-Quran"

2. Tidak kenal huruf hijaiyah tunggal, bersambung dan pelbagai baris

3. Tidak dapat bezakan antara panjang pendek, dengung, qalqalah dan sebagainya

4. Guru, Ibubapa dan mereka yang ingin mengajar orang lain baca al-Quran BERTAJWID & BERKESAN

* Lokasi PUTRAJAYA
Pusat Tuisyen Ilmu Imtiyaz, Presint 11 Putrajaya ( Atas Klinik Dr Najwa & Bersebelahan Pusat Kejiranan P11 )
* Lokasi SHAH ALAM
Kedai Zahafiz Group Sdn Bhd, Jln Bawang Merah Sek 24/36, Shah Alam ( Bersebelahan bengkel kereta )

Whatsapps <Nama, No KP, Alamat > hantar ke 0173435261 untuk tahu lebih lanjut berkaitan yuran dan jadual kelas..
Info lanjut  klik sini www.harakiselangor.com

1 comments:

Cara Mudah Membersihkan Cawan Yang Mempunyai Kesan Karat Teh

10:46:00 AM Noor Akma 0 Comments


Korang mesti suka minum teh  atau kopi......  Bila dah minum mesti lah pakai  cawan. Tapi tu lah kan.... Kesan air minuman tu, macam warna karat tu susah nak hilang bila di cuci. Cawan cantik2 dah tak dapat hidang  kat tetamu lagi. Macam nampak kotor  jer.
Rupanya ada  cara nak hilangkan.... hmmm......!

BAHAN-BAHAN:
  • Ubat gigi
  • Kain bersih
  • Air suam
CARA-CARA:
1. Rendamkan cawan yang ada kesan karat ke dalam bekas mengandungi air suam. Rendamkan selama 5 minit.
2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada kawasan yang  ada kesan karat.
3. Gosok menggunakan kain bersih sehingga kesan karat hilang. Hasilnya cawan anda akan kembali cantik.
p/s : Cawan dah boleh guna semula....Cantikkk!.. :)

#kredit SINI

0 comments:

DIY Alas Kaki Berbulu

10:25:00 AM Noor Akma 1 Comments


Ari ni kita belajar buat alas kaki berbulu  ni........ Mudah  jer buatnya. Janji kena kreatif dengan warna2 tu. Oh, boleh pakai garfu buat bebola bulu tu yer! Mula2 belajar dulu, buat guna ibu jari kedua2 belah kaki jer!

Cantik tau... boleh la letakkan diruang  rumah. Mesti lebih bergaya.  Jom ikut langkah demi langkah cara membuatnya.

1. Sediakan benang bulu kambing mengikut warna yang anda suka. Sebaiknya pilihlah warna-warna lembut.

2. Mengikat benang ini boleh menggunakan dua cara. Satu menggunakan garpu kedua menggunakan kotak tisu tandas yang telah habis.

3. Anda boleh mula menggulung benang mengikut seperti yang di tunjukkan.

4. Setelah selesai menggulung anda ikat nya menggunakan benang yang sama

5. Kemudian anda boleh gunting-guntingkannya seperti dalam gambar

6. Akhir sekali, anda ikatlah bola bulu anda pada jaring hinggalah penuh.

7. Pastikan anda susun bola bulu ini rapat-rapat agar nampak lebih menarik dan tidak ada ruang yang kosong

Jom cuba...

#kredit  SINI


1 comments:

Segmen: Jom Tingkatkan Followers

1:53:00 PM Noor Akma 21 Comments

Assalamualaikum....



Jumlah follower blog ni sekarang.... 

Sikit jerr.... 182 orang  ^_^peace!

tag : cik mimin dan shad 

Bye.... :)

21 comments:

Beza Kunyit, Halia Dan Lengkuas.......... Yang Lelaki Tak Dapat Beza!

9:15:00 PM Noor Akma 2 Comments


Biasa le tu..... en somi salah beli benda ni bila di suruh..... Dah la beli macam nak buat  kenduri.... Bukannnya susah nak  beza  pun....

Orang pompuan pun ramai tak kenal apa ke benda nya nih..... Lebih2 lagi anak  dara zaman ni.. Almaklum, jarang ke dapur. Masak pun terkial2..... ha ha!

Kunyit isinya warrna kuning oren... Lengkuas kat pangkal ada warna pink dan jenis keras.... Halia tu warna akar, kuning  tua...... dan halia muda warna kekuningan cair.....

En. somi selalu salah beli,  bila disuruh beli lengkuas..... dibelinya halia muda. Lepas aku beritahu... lengkuas mesti ada warna pink sikit kat tunas atau pangkalnya. Barulah dia faham...

p/s :  Satu lagi yang  selalu salah... daun bawang dengan kucai...haiyaa!

#gambar amik kat fb himpunan cerita lawak...

2 comments:

Giveaway Duit Saku Dari BBL

7:19:00 PM Noor Akma 5 Comments


Assalamualaikum...


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

5 comments:

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

8:02:00 PM Noor Akma 10 Comments


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

Tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

***********************************************************************

Jom join......  Jom join....... Jom join.......

Bye.... :))

10 comments:

Paku Rawan, Keladi Merawan, Keladi Itik.... Rebus, Cicah Sambal Belacan... sedap woo!

11:57:00 AM Noor Akma 1 Comments


Sejenis sayur kampung yang orang bandar tak tau dan tak pernah makan. Aku kat kampung dulu biasa kutip kat tepi sungai berpaya. Rebus... lepas tu cicah sambal belacan. Pergh...sedap!.

Nama sayur ni macam2... Lain tempat lain namanya. Kat kampung aku, biasa dipanggil paku rawan. Sayur ni jenis tumbuhan  liar. Tak pernah nampak orang tanam.....  Kutip jer tak payah beli kat kampung aku...Nak kena rajin la meranduk sungai...hehe!

Anak2 sekarang mana la tahu sayur ni.... Sayur  kangkung dan bayam pun tak boleh beza... Aritu masak sayur keladi yang biasa pun diorang pelik... Tanya berkali2, boleh makan ke pokok tu...haiya!

p/s : Masak goreng belacan pun sodap!!

1 comments:

segmen blogwalking by mirza syazwina

11:05:00 PM Noor Akma 13 Comments

Assalamualaikum.....



Jom join.........

Tarikh tutup : 25 OKTOBER 2015 JAM 12 MALAM

Bye... :)

13 comments:

Menjaga Suara..... Tak Perlu Buat2 Suara Tergedik2 Tu........

8:23:00 PM Noor Akma 1 Comments


Menjaga suara  bukan hanya nak jaga suara bagi sedap (untuk menyanyi)...... Suara pun di kira aurat jugak. Kalau dah bercakap ala2 gediks terutama dengan lelaki yang bukan mahram , dah tentulah menimbulkan macam2 hal.... Fitnah pun boleh datang..

Banyak perempuan sekarang terutama anak gadis dah tak segan silu ketawa kuat2.. Terpekik2 bergurau senda di khalayak ramai... Itupun satu sikap buruk jugak....

Waktu masa aku remaja dulu nak gelak lebih sikit dah kena marah dek orang tua... apatah lagi nak nak bercakap dengan kuat. Alamat kena sergah dengan mak bapak aku.....

Bila dah ada anak, suara tu agak kuat la sikit. Itupun kena marah dengan en. somi. Sebab dari bawah flat boleh dengar aku marah anak2.... tingkat 3 tu... ha..ha..! Control2...wakaka!

1 comments:

Jerebu Masih Tak Surut, Anak2 Dah Boring Berkurung Kat Rumah..... Hadoi!!!

12:05:00 AM Noor Akma 0 Comments


Alahai.......... jerebu oh jerebu.........  Daripada seronok cuti sekolah, anak2 dah boring, berkeluh-kesah kat rumah. Apa taknya... dok terperap berkurung jer tak kemana2.  Jerebu kuning plak tu...
Entah bila la nak berakhir jerebu ni.... Cuti sekolah lagi... haiyyya!

Sepatutnya minggu ni minggu periksa akhir tahun kat sekolah anak2. Berterabur la jadual periksa jadinya... Anak2 bukannya nak tengok buku pun. Aku pulak yang dah naik rimas. Apa taknya, laptop ngan handphone aku la yang direbut dek anak2.

Harap2 jerebu ni segera berlalu.... tak larat nak tengok... Keluar kejap je, mata dah berair,  tekak kering dan mula nak rasa susah bernafas... Cepat2 aku masuk rumah balik... semput di buatnya.. dah la ada asthma...

p/s : gambar ambik google


0 comments:

Petua Merebus Sayur Agar Nampak Segar.........

10:30:00 PM Noor Akma 0 Comments


Ari ni... penat berjalan jauh dan mengangkut barang tak hilang lagi.....

Lepas tu berkejar ambik barang jualan, Bungkus dan pergi pejaabat pos....

Sekali transfer duit niaga online selepas ada masaalah kat maybank2u...

Fuhhh.... berpeluh!!!

Kita share petua je lah....!





0 comments:

Rembau... Daerah Beradat, Singgah Kg En Somi Ari ni....

12:00:00 AM Noor Akma 0 Comments


Dalam perjalanan ke Melaka, singgah la sekejap kat Rembau, menjenguk kampung en. somi.... Dah lama tak balik kesini. Almaklum, orang tua en. somiku dah tiada. Yang masih ada kat kampung. emak sedara, bapa sedara dan sepupu2 en somi je....

Seronok tengok suasana kampung.... halaman yang luas, ayam dan kucing berkeliaran kat laman. Bestnya..... yang tiada kat rumahku yang tidak bertanah... jauh tinggi mendaki nak sampai... rumah flat...hihi!



p/s :  Aku gi Melaka sebab nak mengambil anak gadisku di Uitm Alor Gajah. Sekaligus mengangkut barang2nya. Cuti semester dah bermula....

0 comments:

Rumah Kontena.... Cantik, Bajet Murah Tapi Tetap Ada Kosnya...

6:29:00 PM Noor Akma 0 Comments


Bagusnya ada rumah sendiri, tak payah bayar sewa kat tuan rumah. Kalau beli rumah pun tak payah berhutang dengan bank. Duduk rumah sendiri dikelilingi tanah yang boleh bercucuk tanam. Ternak ayam dan itik pun boleh. Dapat rumah kontena macam ni pun jadilah....Cantik, bajet pun murah...

Berangan2 jer la kerja aku ni.... en somi ada tanah tapi kos nak buat plak takde.... Entah bila lah dapat buat rumah yang aku idamkan tu. Kengkadang tu rasa nak  je aku redah semak samun tu buat pondok kecik kat situ. Tak larat dah nak duduk menyewa ni.

Manalah nak cari modal.... nak pinjam bank dah tentulah tak layak. Almaklum aku dgn en somi kerja sendiri, takde slip gaji. Akaun bank plak bukannya banyak transaksi.... Tak sempat nak  masuk bank duit  berniaga, dah nak guna.

En. somi cakap seketul kontena tu  je dah 20k.... Kos2 lain? ... Uihhhh, mahu 30-40k gak! Hmmm, angan2 je  la... jangan angan2 mat jenin dah la....erk!

p/s : tanah en somiku tu kat jalan kebun.... seksyen 33 kota kemuning shah alam jer....!


0 comments:

Fuyoo .... Gayat kitaaaa...!!

4:43:00 PM Noor Akma 1 Comments


Alamak.... gayatnyer.....

Kok iye pun nak bersantai, takde tempat lain ke...

Taula tempat tu cantik, tapi bahaya....

Manalah tau, tengah bersantai berbuai tu terlelap....

Lepas tu terus bangun nak ketandas.....

Tak dapat kubayangkan apa yang terjadi...

Ngeri..... :((

p/s : lantak korang la, dah takde kerja lain kot....wakaka!

#gambar dari FB

1 comments:

Sarang Angkut2 Boleh Dijadikan Ubat? Yeke... HeHe!!!

5:49:00 PM Noor Akma 2 Comments


Entahla.... Tak tau nak kata apa....Sarang angkut2 dibuat ubat? Hmmm.... aku ada satu cerita pasal angkut2 nih...Masa kecik2 dulu kat kampung, memang selalu angkut2 buat sarang kat rumah.... Tak boleh kacau kata mak aku.... bawak rezeki tu ..waktu tu la..

Satu hari tu adalah satu sarang angkut2 tu... betul2 kat atas alang yang dibawahnya kerusi malas tempat bapak aku selalu lepak rehat2. Kiranya kalau dia ada kat rumah... tak boleh kacaulah tempat tu... 

Mula2 tu tengok jelah angkut2 berulang-alik menyiapkan sarangnya tu... Tetiba satu kali tu.. lepas makan tengahari bapak aku bising2 kata tempat lepaknya tu busuk bau taik ayam... Puas cari dari mana datangnya bau tu....

Rupa2nya bau tu datang dari sarang angkut2 tu....Angkut2 tu ambik taik ayam utk menyiapkan sarangnya tu..... ha...ha... ha!!! Apalagi bapak aku amik penyodok buang sarang tu.... Agaknya masa tu musim kemarau, angkut2 tu tak jumpa tanah lembut..... yang ada taik ayam...hihi!

So, nak buat ubat ke idak.... ??? Aku cuma  beritahu je apa yang  pernah terjadi..... kisah benar tau..

2 comments:

Mencukur Kening?..... Tak Payah lah....

6:17:00 PM Noor Akma 1 Comments


Dari dulu lagi dah tau dah.... Opah aku cakap orang yang mencukur keningnya membuang rezeki. Dah elok2 kening tu cantik terletak.... dicukur habis plak... Lepas tu di lukis balik dengan pensil hitam....  

Tak la cantik mana pun  Bila dah seharian bekerja pewarna kat kening tu dah pudar. Aiya... dah rupa orang orang dari planet lain plak.... ALIEN.... ha..ha... ha! 

Adalah sorang tu yang ku kenali....En..suamiku gelar  orang bulan.. wakaka! Itu la pasal.... Apalah salahnya disikat kening tu cantik2. Dihitamkan lagi dan diukir dengan celak mata..... Cantik jer...comel jer... tak gitu...?


p/s : Eeii, tak pernah terniat pun nk cukur...haha!

1 comments:

GIVEAWAY Tampil Menyerlah & Menawan Dengan Haruman Lux Magical Spell Sehingga 8 Jam By Ayue Idris

1:53:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....

Hmmm.............. GA yang sangat simple.........
Hadiahnyer........ ?!
Wowwww..............
Mandian LUX Magical Spell .....
Keharumannya menawan..........
Sehingga  8  jam,...
Fuhh!



Cara menikmati mandian Lux ni dengan hanya 3 cara mudah ... cara ayu dan caraku juga... hihi!

Langkah Satu: Lux
Basahkan span di bilik mandi dan tuangkan sedikit Lux Magical Spell pada span mandian.

Langkah Dua: Span Mandian
Gosok span mandian dengan lembut untuk menghasilkan buih yang banyak dan mewah, dan nikmatilah haruman yang menyerlah dan memikat daripada Lux Magical Spell.

Langkah Tiga: Busa Buih
Sapukan buih mewah ke serata badan dan biarkan harumannya yang menawan mendakap kulit dan deria anda!



Giveaway berlangsung dari 13 Oct 2015 - 27 Oct 2015.

Bye..... ^-^peace!

1 comments:

BEZA SLIP BANK ORI N FAKE.... Tak leh tipu la!

2:03:00 PM Noor Akma 1 Comments


1. Tengok pada letterhead tu carbonized kan.. ade color hitam.. itu bukti computerised generated..
yg fake tu xde..nampak mcm print kertas A4 jer
2. Time 06:34PM - x perlu ade angka 0 di situ.. standard international GMT

3. Location - kalau kite pilih menu dalam bahasa English skalipun, location x perlu translate sebab tempat adalah kata nama khas.. Bukit Bintang x boleh tukar jd Star Hill.. let say Jalan Beserah x boleh tukar jd Beserah Street.

p/s : Itu la sebabnya perlu letak  aplikasi maybank2u dan cimbclicks di handphone.....  di hujung jari jer... Selagi tak masuk duit, jangan harap nak pos barang... X leh tipu la hihi!


1 comments:

CONTEST: SAYA NAK HADIAH

12:33:00 AM Noor Akma 7 Comments

Assalamualaikum..............


"Adakah belog Ombak Bergigi akan mecapai target 300 follower pada hujung bulan oktober?" Ya atau Tidak.
Ya, sebab  mesti ramai nak join contest  nih.....
Anggaran....  follower 310 -320 follower.... 
nanti....
Pilih hadiah?.... 
sebenarnya ta kisah....
Top up boleh, blog review pun bagus jugak... 
Bye!

7 comments:

Kalau Tak Mahir Masak Nasi Tanpa Periuk Nasi Elektrik.......

12:19:00 PM Noor Akma 2 Comments


Kengkadang tetiba jer periuk nasi elektrik rosak. Memang menggelabah jadinya. Apa yang perlu dibuat..ambik periuk kat dalam tu... tanaklah nasi macam biasa atas dapur. Tapi tak boleh ditinggalkan... kena rajin tengok dan kacau. Bila air dah hampir kering, kecilkan api dapur. Tutup peruk dan biarkan sebentar selama 5 hingga 10 minit.

Bila nasi dah masak... bolehlah diangkat dari dapur. Sekiranya api dapur susah nak kawal kecil besar apinya, letakkan tudung periuk di atas dapur baru diletakkan periuk,sebagai penahan haba kepanasan. Taklah nasi nanti terlalu berkerak atau hangus dibawahnya.

Sekiranya tidak mahir menggunakan periuk biasa untuk menanak nasi, mungkin nasi mentah atau tidak cukup masak. Jika ia berlaku, isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Kemudian, buat lekuk pada bahagian tengah-tengah nasi. Letakkan mangkuk berisi air panas tadi. Tutup periuk dengan rapat dan biarkan di atas api perlahan selama beberapa minit.

Insya'allah nasi akan masak elok seperti biasa...... Haa.. lainkali jangan kecoh2 bila peruk nasi letrik rosak. Buat macam biasa orang dulu2 buat...masak pakai dapur kayu lagi... okey jer! Sementara nak beli periuk nasi elektrik yang baru.... kan!

p/s : periuk nasi ekektrik asyik rosak jer.... dah tak larat nak membeli lagi. Masak je la nasi atas dapur tu.... haish!

2 comments:

segmen: saya sayang blog saya...........

11:58:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum........

Hmmmm................ mesti la sayang........

Dah itu yang digodek2 dan dibelek hari2....

"Tak jemu ke......... ?" kata en. somi...

^-^peace!

Bye!

2 comments:

Petua-petua Untuk Diamalkan....

4:00:00 PM Noor Akma 1 Comments


✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
*Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama..

#copy paste

p/s : sharing is caring.....


1 comments:

CAIR.... MENCAIR.... a.k.a melting ^-^!

12:14:00 PM Noor Akma 1 Comments


Definisi kamus dewan :

 Cair
- tidak keras dan tidak seperti gas (boleh mengalir seperti air)
- kurang giat, menjadi lemah (kurang bersemangat)
Mencair
- Seperti air batu(ais)
Mencairkan
- menjadikan sesuatu cair
- menukarkan aset kepada wang tunai

Definisiku
-kalah bila dipujuk rayu
-aiskrim yg cair 


1 comments:

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

11:09:00 PM Noor Akma 5 Comments


Dah join, dah follow...... !!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bye!

5 comments:

INFO TENTANG SAYUR-SAYURAN

1:55:00 PM Noor Akma 1 Comments


Khasiat sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.

Alasannya, pahit, pelik dan tidak enak lantas mereka lebih rela mengasingkannya daripada hidangan sebelum hilang selera. Apapun, mereka harus menerima hakikat bahawa tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.


Petua Untuk Mengekalkan Zat Sayur

• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.

• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

• Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.

• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

SAYUR yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil

Nikmatilah sayur dan makanlah sayur demi kesihatan.


1 comments:

GIVEAWAY : NOVEL KESAYANGANS

1:30:00 AM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum..................


Saya suka baca buku,novel, majalah dan apa saja bahan bacaan, kat rumah saya ada berkotak2 novel tau. Yang lama letak dalam kotak... yang baru ada kat rak. 

Dulu lagi banyak, tapi masa  pindah rumah... tak dapat angkut semua novel dan majalah2 tu... sob...sob sedih! So, saya inginkan novel kesayangans sebab suka membaca dan kumpul balik koleksi. ... hihi!

Harap2 dapatlah.....Ok....dah join yer! Tarikh tutup 16 Oktober 2015

Bye...^-^peace...!

4 comments:

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

12:45:00 AM Noor Akma 0 Comments

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway


Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Jom dapatkan vitamin shaklee dengan Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ai adalah pengedar sah Shaklee di Pulau Pinang.Bernaung di bawah satu group besar iaitu Euphoria.Ai pengedar sah shaklee di bahagian pulau.Secara tepatnya adalah ai pengedar sah shaklee di Gelugor Pulau pinang.Ai mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada September 2013.ID Shaklee Ai ialah 988021.Sebagai Pengedar Sah Shaklee,seluruh penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dari Ai.

Sebagai pengedar sah shaklee yang beralamat di pulau pinang Ai menyediakan perkhidmatan
COD (Cash On Delivery)ke seluruh bahagian pulau.COD(bersyarat) juga dilakukan ke kawasan tanah besar juga bole.Antara syarat COD luar kawasan pulau ialah:

  • Pembelian minima RM200(mainland) RM300+Membership(Kedah)
  • Mengikut tarikh dan waktu yang dipersetujui bersama
  • Jika tidak dapat mematuhi syarat di atas maka servis Poslaju digunakan dan pelanggan perlu tanggung kos penghantaran

CARA PEMBELIAN MELALUI SERVIS POSLAJU

Bagi pembelian melalui pengedar sah shaklee menerusi online dan ingin menggunakan khidmat poslaju untuk tujuan penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia,pelanggan boleh memesan melalui pesanan ringkas whatsapp dengan menghantar details penghantaran yang tepat
seperti,Nama,Alamat dan Nombor Telefon setelah pembayaran dilakukan dan disahkan.Sila pastikan segala info adalah tepat untuk memaastikan barang sampai dengan selamat.
 Perlukan khidmat rundingan dan konsultasi percuma??

Hubungi Ai segera

0134466077


Email:aimie8384@gmail.com
Whatsapp/Telegram:0134466077
Official Page: Pengedar Shaklee Penang
COD:Penang/Kedah
Poslaju:Seluruh Malaysia dan luar negara


SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY

  1. Follow blog ainalondiet.com,Add To Circle Google+ Ainal Syifa dan like Fanpage Pengedar Shaklee Penang
  2. Buat entry bertajuk Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway
  3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry
  4. Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entri INI
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan secara rawak 
  6. Giveaway ini akan berlangsung dari 5h Oct 15 sehingga 15hb Nov 15
  7. Pemenang di umumkan pada 19hb Nov 15.

HADIAH GIVEAWAY BERJUMLAH +-RM100

  • PERTAMA-HADIAH MISTERI BERJUMLAH RM45
  • KEDUA & KETIGA TOPUP RM10 SETIAP SEORANG
  • KEEMPAT DAN KELIMA TOPUP RM5 SETIAP SEORANG

********************************************************************

Dah join......... :)

Bye!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...