Tip Gaya Solekan Natural

9:11:00 AM Noor Akma 1 Comments


Bila keluar ke majlis, semesti wajah akan disolek serba sempurna... tapi kalau boleh mesti nak nampak tak keterlaluan. Nak nampak natural je..... tapi mesti nak cantik menyerlah.. pakai mekap tapi macam tak pakai... cantiknya mestilah meletop gitu...

Di sini di sertakan 6 tip gaya solekan natural yang boleh dipraktikkan.... tips ini dapat dari pakar solekan tau...

1. Krim
Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memperbaiki tekstur keseluruhan kulit muka.

2. Bedak Asas
Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.

3. Palet Mutiara
Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look a shy. Pilih rona champagne.

4. Beige Pencil
Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.

5. Pemerah Pipi
Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.

6. Gincu
Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu natural sehingga sebati dengan warna kulit.

p/s : apa lagi, lepas ni bolehlah cuba....

#kredit SINI

1 comments:

Rezeki Masing2.... Hurm!

8:42:00 AM Noor Akma 2 Comments


Mutiara kata pemberi semangat untuk terus berusaha nih...
Selamat maju jaya....
Semoga dapat ku gapai impian ini...
Insya'allah....

p/s : Ari ni tepek entry pendek jer sebab busy nak antar anak ke UITM Lendu, Melaka... 
Pengajian semester baru bermula esok... Course mass comm..semester 4!

2 comments:

Petua Memasak Gulai : Santan Tidak Pecah Minyak......

9:45:00 AM Noor Akma 0 Comments


Elok di praktikkan ni.... 
sebab selalu gulai kurang menjadi bila masak gulai bersantan ni sebab masalah ni. 
Semoga lepas ni masakan ku akan nampak cantik dan lebih sedap.....
Hihi...!

p/s : sharing is caring....!

0 comments:

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

9:30:00 PM Noor Akma 5 Comments

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

5 comments:

Cara Buat Amigurami Heart Untuk Rujukan Di Kemudian Hari....

9:13:00 AM Noor Akma 3 Comments


Amigurami betuk hati ni, nampak je senang tapi payah yang amat nak membuatnya. Senget benget jugakla... takpe cuba sampai jadi cantik. Tapi bila ada mood nak buat jer... pattern puas google, susah jumpa. Aku fikir elok tempek kat blog nih. Senang nak cari... Lagipun inilah kerja sambilan aku masa menunggu loading bila tengah online...hehe!

Yang mana nak belajar tu... boleh cuba step by step. Bila dah jadi... cantiknya, kiutnya bentuk hati ni. Comel sesangat. Pernah buat dulu tapi dah habis dijual. Tengah terkial2 nak mencari skil nak buat balik. So.. jom kita belajar sama2 yer...

a. Kita mulakan dengan,
2 ch,
6 sc di ch pertama,
6x 2 sc ( increase ) = 12 sc
3 round sc, matikan benang dan kait 1 lagi benda yang sama.


b. Cantumkan kedua-dua dengan 4 sc

c. Lepastu, 20 sc,
1 round sc
3 sc, sc ' 2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 16 sc
2 sc, sc '2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 12 sc

d. Masukkan polyester fiber atau kapas
1 sc, sc ' 2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 8 sc
Masukkan kapas sekali lagi sehingga padat.

e. '2 sc in 1' ( decrease 4x ) = 4 sc,
matikan benang dan jahit untuk menutup lubang.

Selamat mengait....

p/s : Untuk yang ada asas mengait jer... hihi!

3 comments:

Misi kembara Si Citam

11:59:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum....



Nak mengembara.... woiii

Done join....!

Segmen ini  berlangsung hingga 08/12/2015

Bye... !

4 comments:

DIY LILIN AROMATERAPI

9:10:00 AM Noor Akma 4 Comments


Berangan la plak nak berwangi-wangian kan bilik dengan aroma yang menenangkan. Suka dengan yang bau rose garden. Feeling2 rasa kat taman Inggeris gitu..   Jom kita buat sendiri... Nak beli pun mahal jugak harganya kan...

Bahan2 : 

Beberapa batang lilin putih secukupnya.
Botol2  kaca yang tahan panas
Pewangi aromaterrapi
Crayon

Cara : 

Pecah2kan lilin menjadi ketulan2 kecil dan keluarkan sumbunya. Sumbu lilin tu gunakan balik nanti. Panaskan periuk stainless steel dan cairkan lilin. Kacau dengan senduk kayu. Jika nakkan lilin berwarna.. campurkan warna crayon pilihan dalam lilin yang sedang dicairkan. Masukkan juga beberapa titis pewangi aromaterapi.

Sebelum tu tegakkan sumbu dalam botol dengan sebatang kayu atau gamkan sumbu di dasar botol. Perlahan2 isikan lilin cair kedalam botol. Jika nak membuat beberapa lapisan, pastikan lapisan bawah mengeras sebelum memasukkan warna yang lain.

Dah keras lilin tu.... boleh lah di pasang api tu untuk mewangikan rumah atau bilik... Lilin ni juga sesuai dijadikan hadiah.

p/s : Dah wangi seluruh rumah... bolehlah feeling2 romantik gitu. Tapi jaga2, sebelum tidur pastikan api lilin dipadamkan....

4 comments:

Jom Lihat Sejauh Mana Anda Mengenali Jepun.......

9:54:00 AM Noor Akma 2 Comments


Haaa....  yang paling aku kenal, selipar jepun je ... hehe! Tak serius la plak aku ni.... Okeyla kita belajar mengenali negara Jepun. Saja suka-suka...Nak menjejakkan kaki kesana tu, dalam mimpi jelah... 

Ini ada senarai apa yang perlu diketahui tentang Jepun. Ada yang aku dah tau... Ada yang belum. Nanti bolehlah baca sampai hadam... hihi!

- Jepun adalah negara ke-3 dengan ekonomi yang pesat dan luas di selepas Amerika Syarikat dan China.
- Lebih 70% geografi Jepun adalah kawasan pergunungan.
- Jepun mempunyai 127 juta penduduk.
- Mempunyai 200 volkano di sekitar Jepun.
- Gunung Fuji juga merupakan sebuah volkano dan juga gunung tertinggi di Jepun.
- Boleh dikatakan tahap imigrasi di Jepun sangat sikit. Populasi di Jepun, 98% merupakan etnik asli negara itu sendiri.
- Sumo adalah sukan nasional.
- Besbol juga amat terkenal di Jepun. Ianya berpunca dari pengaruh kuat orang Amerika yang datang pada perang dunia ke-2.
- Habit slurping makanan merupakan satu tanda yang mana makanan tersebut sedap dan ia dianggap satu pujian kepada tukang masak.
- Jepun merupakan pengguna terbesar di dunia yang menggunakan kayu dari hutan Amazon.
- Kebanyakan jangka hayat orang Jepun empat tahun lebih lama dari penduduk Amerika Syarikat.
- Sebanyak 1,500 gempa bumi yang berlaku setiap tahun di negara Jepun, walaupun majoriti daripadanya adalah gempa kecil.
- Kebanyakan mesin ATM di Jepun tidak menerima kad ATM luar negara. Pelancong perlu mencari mesin ATM di pejabat pos atau pun di kedai serbaneka seperti 7-11.
- Banyak syarikat di Jepun yang mengamalkan sesi senaman pada waktu pagi kepada pekerja.
- Makanan yang paling popular di Jepun adalah daging kuda mentah.
- Jepun mempunyai kadar jenayah bunuh kedua terendah di dunia. Kadar pembunuhan adalah 50 setiap 100,000 orang.
- Setakat ini Jepun sudah melahirkan 18 orang pemenang Nobel.
- Yakuza, mafia Jepun akan memotong hujung jari manis sebelah kiri pesalah sebagai hukuman bagi kesalahan pertama.
- Jepun mempunyai lebih kurang 6,800 buah pulau.
- Lebih kurang 130 buah sekolah latihan suara untuk kegunaan dalam filem anime.
- 23% populasi Jepun adalah mereka yang berusia lebih dari 65 tahun.
- Kawasan bandaraya Tokyo adalah bandar metropolitan terbesar di dunia dengan lebih 35 juta orang penduduk.
- Populasi di Tokyo adalah 13 juta orang penduduk.
- Sebelum ini sushi dianggap sebagai makanan jalanan.
- Tuna yang dijual paling mahal di dunia terdapat di Jepun iaitu dengan harga 735,000 US dolar.
- Ia dianggap kurang sopan jika menghembus hingus di tempat awam.
- Satu-satunya bahasa asing yang diajar di sekolah adalah bahasa Inggeris.
- Restoran di Jepun pasti akan memberikan tuala lembap serta teh hijau kepada pelanggan sebelum makan.
- Pendaki gunung Everest yang paling tertua adalah warganegara Jepun. Yuichio Miura berusia 70 tahun ketika tiba di puncak dan 75 tahun ketika dia membuat pendakian kali ke-2.
- Samurai Jepun adalah pahlawan purba yang terhormat dan berjiwa kental. Mereka dianggap pahlawan yang terbaik di Jepun.
- Jepun mempunyai nama pendek iaitu “Negara Matahari Terbit”.
- Sake Jepun dihasilkan dari tapai.
- Tokyo merupakan bandar termahal untuk kos sara hidup di dunia.
- Setiap kali penumpang berjalan di atas lantai sebelum kaunter tiket masuk untuk ke stesen keretapi terpantas mereka, penumpang akan merasakan gegaran kecil yang mana ia sebenarnya sebuah sistem yang menjana tenaga berdasarkan footsteps.


p/s : huhu.... 34 fakta tentang Jepun tu.....

#kredit SINI

2 comments:

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

10:45:00 PM Noor Akma 4 Comments

Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

4 comments:

Petua Tauhu Tak Melekat Ketika Di Goreng....

9:52:00 AM Noor Akma 4 Comments


Hmmm.... mudah je rupanya....Lain kali boleh la buat macam tu..... Selalunya bila nak goreng tauhu mesti melekat kuat kat kuali. Kelam kabut nak tanggalkan dari kuali... takut hangit. Sudahnya terkopek lapisan bawah dan hangit.

Dah dapat petua ni... senanglah kerja... tak gitu  hehe!

p/s : Letih nak fikir entri apa nak letak.... share yang simple je la.... :)


4 comments:

Mini Giveaway by Myra & Ina

10:57:00 PM Noor Akma 7 Comments

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

7 comments:

Buat Bahan Penghalau Serangga Perosak Untuk Tanaman....

10:23:00 AM Noor Akma 1 Comments


Hanya menggunakan satu ramuan mampu mecegah kehadiran serangga perosak pada tanaman. Bagus kan... Bahan pun mudah didapati. Yang bagusnya lagi, tak perlu beli racun perosak. Bahaya dan sukar dikendalikan....

Dengan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Senangkan... Nanti tak adalah tanaman sayur-sayuran yang ditanam rosak di makan ulat.

Macammanapun larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.

Bahan -bahan :

Botol penyembur
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang merah
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair

Cara penyediaan :

Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis. 

Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan lagi walaupun telah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.

p/s : Sesiapa yang rajin bercucuk tanam di halaman rumah, elok cuba cara ni...


#kredit SINI


1 comments:

Teknik Mekap Mata Menggunakan Sudu....

10:15:00 AM Noor Akma 2 Comments


Kali ni kita belajar mekap mata menggunakan sudu....  Kiranya sudu tu jadi acuannya lah.. hahaha! Sangat sesuai untuk yang nak belajar bermekap. Tak la comot nanti, bila dah pakai acuan...

Meh kita belajar...

Langkah 1 : Buat hujung sayap yang sesuai menggunakan lurus sudu.
Langkah 2 : Gunakan bahagian luar sudu dan kemudian padukan dengan hujung sayap anda.
Langkah 3 : Bagaimana untuk curl bulu mata anda: Gunakan lengkung sudu sebagai lash curler sementara.
Langkah 4 : Bagaimana untuk menggunakan maskara: Gunakan lengkung sudu untuk mewujudkan pengalaman maskara.

Dah siap... mudah kan... 

p/s : Lepas ni bawalah sudu dalam beg mekap sebagai acuan mekap mata..  ok! hihi...

#kredit SINI

2 comments:

Anugerah Cemerlang Dan Cita-cita Anak Gadis Kecilku....

10:22:00 AM Noor Akma 2 Comments



Ini cerita kelmarin... hadiah anugerah cemerlang anak. Alahai... alhamdulillah pemangkin semangat anak gadis kecilku yang bakal menduduki UPSR tahun depan. Bukannya bijak pandai sangat tapi melompat jugaklah dari kelas belakang melangkau dua kelas ke kelas depan. Dia beritahu cikgu cakap dia lompat kijang .... hahaha!

Dia ni jenis yang lambat berkawan macam aku jugak dulu.... tapi cita2  nak jadi cikgu dan penulis novel. Jangan tak tau...hehe! Dah start dah novel dia tapi tulis kat blog la... Ha ah ada blog tu.. ceh ceh... baru 11 tahun. Gigih dia menulis cerita....  Tapi aku  sendiri pun tak baca lagi... Tak sempat. Ingat nak tunggu diterbitkan dulu.. hahaha!

Ada sekali tu dia cerita.. ada cikgu praktikal datang sekolah...tanya nama murid dan cita2.. Anak aku beritahu la nak jadi penulis novel ... 2 kali cikgu tu tanya balik... 'nak jadi penulis novel?' Agaknya cikgu tu terkejut gamaknya, budak baya tu ada cita2 cenggini... keh..keh...keh!

Sebagai ibu... aku hanya dapat berdoa dan memberi sokongan dan galakan pada cita2 dia tu.... Semoga dia berjaya di kemudian hari nanti.... 

p/s :  Oh yer kalau nak tengok blog anak aku tu dan nak baca boleh klik SINI dan SINI (2 blog tu!..) tapi jangan gelakkan yer, almaklum le kecik lagi...... dan dia peminat tegar kpop. Dalam blog penuh gambar artis kpop jelah...

2 comments:

Nak Rawat Ulser Mulut..... Caranya?!!

9:10:00 AM Noor Akma 2 Comments


Beberapa hari ni terasa pedih jer dalam mulut... kena ulser sebab adanya luka di dalam mulut yang digelar mata ikan. Rupanya berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak...hadoii...! Nak makan pun susah.. pedih yang amat. Dah la lauk pauk yang dimasak semuanya pedas2 belaka.

Kumur dengan garam dah buat... kunyah ais pun dah... adalah kurangnya. Tapi masih sakit lagi sebab luas juga bengkak tu. Tengah fikir nak cari cara lain rawat ulser ni... tak boleh jadi...

Dapat artikel ni... apa lagi... copy la... bukankah sharing is caring...hehe! Nanti nak cuba satu persatu... heh!

Bacaaaaaaa...!!!

Baking Soda
Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi. Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Daun Salam (Basil Leaves)
Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Bawang
Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Minum Soda
Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi. Bakteria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Uncang Teh
Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

Dadih
Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

p/s : yang nampak sedap dan mudah....makan yogurt la... nanti nak beli....:)

#kredit SINI

2 comments:

Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....

9:24:00 AM Noor Akma 1 Comments


Huhu....  berangan nak menanam pokok bunga ros la plak.. hehe. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah tanam pokok bunga ni dulu.... bertahun2 dulu masa tinggal kat rumah lama. Aku beli sampai 5 pasu pokok bunga ros kat sungai buluh... pilih yang banyak kudup bunga yang belum mekar. Biar nanti mekar kat rumah la... 

Letak bersusun di halaman rumah, gigih la menyusun bata nak  hias laman tu. Esok paginya excited nak tengok bunga ros kembang tapi pokok bunga dah kudung semua, di makan dek arnab jiran yang terlepas dari kandang. Frust gila masa tu...  Dek geram, aku dengan jiran depan rumah tangkap arnab2 tu hantar jauh2 dari rumah kitorang.

Bila tuan si arnab sibuk mencari arnab2 dia, kitorang buat tak tau jela... Sapa suruh biarkan arnab2 tu berkeliaran kat rumah orang.... Sampai habis pokok2 bunga rumah orang dikerjakannya.... Ha.. baru dia tauuu... Dua minggu lepas tu beli 2 pasu pokok bunga ros lagi...  Pokok bunga ros yang makan dek arnab tu dah tak dapat diselamatkan...mati...isk3. Kali ni letak tempat tinggi. Tak mau berulang lagi... 

Mesti ramai di kalangan wanita yang suka dengan bunga ros. Bagaimana dengan penjagaan pokok bunga ros? Jika tidak kena cara, agak sukar juga untuk tanam pokok bunga ros. Jom kongsi beberapa tips mudah untuk penjagaan pokok bunga ros.

  • Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.

  • Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

  • Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.

  • Kulit udang dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro dan mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

  • Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara berjadual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

  • Bagi menggalakkan pengeluaran bunga, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

  • Buang daun-daun pokok bunga ros yang terkena penyakit. Pokok bunga ros selalunya akan diserang black spot. Jadi untuk mengawal masalah ini, anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.

p/s : berangan nak tanam kembali pokok ros nanti  bila siap rumah baru...weh!

#kredit SINI


1 comments:

DIY Rumah Burung Hiasan Yang Comel...

9:09:00 AM Noor Akma 2 Comments



Kali ni nak buat rumah burung hiasan dari kertas. Cantik dihias pada rumah yang bergaya Inggeris. Langsir berbunga ros kecil2.... sofa berbunga dan polka dot. Sangat sesuai.... hihi!

Bahan2 :
Kertas tebal / manila kad
Kertas pembalut hadiah corak bunga2
Figura burung
Gam

1. Bentukkan kertas tebal dan gunting seperti contoh kotak yang diberi.  Saiz ikut sendiri. 

2. Balut kotak kertas dengan kertas pembalut hadiah. 

3. Gamkan dikeliling kotak. 

4. Hias ikut kreativiti masing2. 

Dah siap... bolehlah gantung atau lekatkan di dinding atau di tempat sesuai.

p/s : Cantik...cantik dan cute jer!

2 comments:

Getirnya UjianMu Ini..Ya Allah.. :(

11:38:00 PM Noor Akma 1 Comments


Sekadar mencari kata2 lewat mutiara kata....
Meluahkan resah di jiwa yang lara...
Okey....bye!

Sekadar mencari kata2 lewat mutiara kata....
Meluahkan resah di jiwa yang lara...
Okey....bye!

Sekadar mencari kata2 lewat mutiara kata....
Meluahkan resah di jiwa yang lara...
Okey....bye!

Sekadar mencari kata2 lewat mutiara kata....
Meluahkan resah di jiwa yang lara...
Okey....bye!

Sekadar mencari kata2 lewat mutiara kata....
Meluahkan resah di jiwa yang lara...
Okey....bye!

p/s : kepala dah ting tong, pening... selamat malam!

#kredit SINI

1 comments:

Antara Kesalahan Bermekap Yang Membuatkan Foto Selfie Tak Cantik......

9:45:00 AM Noor Akma 5 Comments


Hari ni terjumpa artikel ni.... bila cuba mencari cara betul nak berselfie. Aku rasa nak kongsi pada sesiapa yang suka selfie. Aku tak berapa suka nak berselfie  ni sebab wajah aku ni kata orang 'tak makan gambar'. Dengan kata lainnya tak nampak elok dalam gambar ...hihi!

Tapi teringin gak nak berselfie bagai tu.... terikut ngan kengkawan kat fb tu. Tapi rasa macam tak kena je wajah aku ni bila ambik gambar dekat... so,aku nak belajar dari artikel nih..... Jom selfie... walau wajah tak cun melecun tapi dengan sedikit teknik, nampak cantik plak....  hahaha!

Tak kisahlah jika anda mahu ‘selfie’. Tak ada salahnya. Cuma kadang-kadang anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh foto, tapi satu pun anda tidak berkenan. Ada saja yang tak kena. Selain gusar dengan bentuk badan, anda mungkin tidak suka melihat wajah anda di dalam foto itu. Kenapa? Ia sebenarnya adalah kerana kesalahan mekap anda.

 Abaikan kulit wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan ‘primer’. Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto ‘selfie’ tanpa mekap. Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.

Garisan mata hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.

Tak pakai pelembap bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!

Biarkan mata ‘panda’
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan ‘concealer’ di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan ‘highlighter’ pada tulang pipi. Gunakan ‘concealer’ satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.

Maskara pada bulu mata atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.

Pemerah pipi atau ‘bronzer’
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut  buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?

p/s : Dah cuba buat seperti diatas... bolehlah selfie banyak2....

#kredit SINI

5 comments:

SEGMEN BLOGLIST MELETOP SHEILA INSPIRE

11:44:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum......


Dah join.... join.... join....


bye.... :))


1 comments:

Kenapalah Aku Tak Pernah Terfikir......snsv.....hahaha!

9:33:00 AM Noor Akma 2 Comments


Aku pun ada snsv  ni.....

Laptop ngan handphone...
Tapi bila tengok terbalik la...

Hehe...!

p/s : Terjumpa pic ni di FB

2 comments:

Cara2 Untuk Mengecilkan Liang Pori Di Wajah.....

10:28:00 AM Noor Akma 2 Comments


Belek2 wajah kat cermin, dapat idea nak cari cara mengecilkan pori2 yang dah makin nampak jelas kat muka. Kalau tak dijaga betul2 nanti jadi muka bulan plak. berlekuk sana sini.... Dah nampak lebih tua dari usia dan berkedut ...he3

Search kat google... jumpa artikel ni, jom kita share dan praktik sama2 yang mana boleh dan termampu.....

1. Mengambil kolagen
Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.
2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C
Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.
3. Buang sel kulit mati
Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.
4. Buang sebum berlebihan
Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.
5. Stimkan wajah anda 
Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.
6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur
Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri.  Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.
7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan
Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Boleh beli di kedai masker yang dah ready atau guna resepi tradisi untuk buat masker ni seperti masker putih telur, masker coklat, masker madu, masker timun dan masker oat.
p/s : sharing is caring.....
#kredit SINI

2 comments:

Menggapai Impian.....!

10:08:00 PM Noor Akma 1 Comments


Mencari semangat baru menggapai impian....

Berusaha dan berusaha dengan penuh yakin.....

Matlamat kehidupan sebuah kejayaan menanti...

Walau ranjau berduri penuh berselerakan

Moga2 dapat ku tempuh dengan tabah.....

Insya'allah... :)

#Mutiara kata copy dari SINI

1 comments:

Tanam Tembikai Dalam Pasu, Canggih..... Huhu!

10:04:00 AM Noor Akma 2 Comments


Macam tak percaya je tengok bila jumpa pic ni dalam FB. Wah.... canggih sekali. Apa kata kita tukar dari tanam pokok bunga.... tanam tembikai plak. 

Kreatif sungguh orang ni. Rasanya boleh di praktikkan nih.... Lepas tu boleh le makan tembikai, petik kat laman jer ...ha3

p/s : pic ni khabarnya dari Thailand....

2 comments:

Buah Tangan Buddha, Buah Citrus Yang Paling Pelik Di Dunia....

9:42:00 AM Noor Akma 1 Comments


Ari tu jumpa gambar buah ni kat fb, so tertarik nak tau tentang buah ni... Cari2 kat google, jumpa artikel ni.... bagus untuk pengetahuan. Agar tak lupa, tempek artikel tu kat sini... Bila ada masa, boleh baca lagi sampai hadam.... kih3

Jom baca.....

Citrus medica var. sarcodactylis yang dikenali sebagai “tangan Buddha” atau fingered citron, merupakan spesies ganjil dari famili citrus. Perkataan “sarcodactylis” berasal dari perkataan Greek, iaitu “sarkos” bermaksud “suci” dan “dactylos” bermaksud “tangan”. Ianya dikatakan berasal dari Barat Laut India.


Citrus medica var. sarcodactylis merupakan spesies pokok bersaiz kecil atau dalam kategori pokok renek yang perlahan kadar pertumbuhannya. Ianya boleh mencapai ketinggian di antara 2-5 meter sahaja. Dahannya tumbuh berterabur dengan ranting yang keras dan mempunyai duri yang agak panjang di bahagian cabang daunnya. Daunnya malar hijau dan berbau limau dengan bahagian tepi sedikit bergerigi, berbentuk bujur dengan panjangnya di antara 10-15sm. Bunganya mempunyai 4-5 kelopak, berwarna putih dan mengeluarkan bau yang amat tajam.

Spesies ini amat terkenal kerana buahnya yang amat unit berukuran 10-25sm panjang, berbentuk bujur atau oblong, berpecah di bahagian hujung tangkai, memisahkannya kepada beberapa segmen yang seakan-akan menyerupai susunan jari manusia. Terdapat di antara 5-20 segmen bagi setiap kelompok buah. Empulur atau isinya berwarna putih pejal yang dikenali sebagai albedo dan tidak mempunyai biji. Warna buahnya berubah dari hijau semasa masih muda kepada warna oren kekuningan apabila matang. Buahnya tidak akan gugur dan kadangkala beratnya boleh mencapai sehingga 4-5 kg sekiranya tidak dipetik dan dibiarkan masak sepenuhnya. Sekiranya buah tersebut tidak dipetik, dikhuatiri dahannya akan bengkok atau patah ke tanah dan akan menyebabkan pelbagai penyakit fungi kepada pokok. Kulitnya tebal dan mempunyai rasa lemon yang tajam.

Mengikut kepercayaan, buahnya kerap digunakan dalam upacara keagamaan Buddha sebagai media persembahan kepada kuil-kuil (di situlah namanya dikenali sebagai tangan Buddha) kerana setiap buah (terutamanya yang tersusun dalam bentuk jari yang rapat) dipercayai menyamai susunan tangan semasa berdoa.

Walaupun tanpa isi yang berair, ianya kaya dengan minyak yang mengeluarkan aroma citrus dan kandungan vitamain C yang tinggi. Justeru, ia kerap digunakan dalam bidang perubatan sebagai tonik, ubat batuk, reumatik, mabuk laut, penyakit kulit dan daya pengelihatan yang lemah. Pati minyak yang diperolehi dari kulit bahagian luar juga boleh dijadikan antibiotik. Pokok ini amat terkenal sebagai pokok hiasan, terutamanya dijadikan tanaman bonsai.

Pengunaan lain buahnya adalah sebagai pewangi bilik dan parfum pakaian. Ianya juga digunakan dalam penyediaan makanan termasuklah sebagai pencuci mulut, sos kepada salad penyeri, marinet, penambah rasa kepada masakan dan minuman dan boleh dijadikan jem.

Spesies fingered citron amat terkenal dan menjadi pilihan di negara China dan Jepun kerana aroma dan kecantikannya. Di China, ianya dikenali sebagai “fo-shou”, yang membawa maksud keriangan dan panjang umur. Orang Cina gemar membawa buah ini bersama mereka, menjadi hiasan di atas meja di rumah-rumah dan sebagai persembahan di kuil-kuil. Manakala di Jepun, ianya dikenali sebagai “bushukan”, kerap dijadikan sebagai hadiah yang paling popular semasa menyambut kedatangan tahun baru. Mengikut kepercayaan masyarakat di sini ianya dapat menzahirkan nasib yang baik kepada isi rumah.

p/s : artikel yang lengkap, semua diceritakan bersekali dengan kegunaannya.... I loikeee!

#kredit SINI

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...