Dari hanya 16 peserta yang join pencarian bolglist, inilah dia senarai yang berjaya berada di bloglist blog huhahuhajerr.com selama sebulan..... 



Alhamdulillah, ada juga yang sudi join. And then, tiada siapa yang dapat hadiah misteri disebabkan tak cukup peserta seperti yang di perlukan. Hadiah misteri akan dibawa ke pencarian akan datang.... Harap peserta akan bertambah pada pencarian akan datang.

p/s: Tahniah kepada yang tersenarai.... Yang tak berjaya, tunggu pencarian akan datang. Hadiah misteri masih menanti pemenang. Untuk yang dah tersenarai jangan lupa join lagi. Ada hadiah juga untuk yang tersenarai 3 bulan berturut-turut... 


Untuk yang suka makan sayur-sayuran dan berdiet mesti cuba resepi ni. Sup sayur campur yang sedap hingga menjilat jari... gitewww! Rasa yang sedap memang membangkitkan selera untuk di makan. Kami sekeluarga amat menyukai sup sayur campur ini. Membuatnya sangat mudah, senang dan cepat siap.

Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....
Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....


Untuk yang berdiet atkins, boleh abaikan kek ikan tu. Sedap di makan begitu sahaja. Sayur-sayuran boleh dipelbagaikan. Apa-apa sahaja sayuran boleh dimasukkan. Pelbagai jenus sawi, kobis, bunga kobis cendawan, seleri, putik jagung, lobak merah, brokoli, bayam, tomato dan apa-apa ajelah yang sesuai.

Secara amnya ini resepi sup yang boleh di ubah suai menjadi berbagai jenis sup. Boleh jadi sup ayam, sup ikan, sup daging, sup bebola ikan/ayam/daging, sup makanan laut pun boleh. Ikutlah kesesuaian bahan yang dikehendaki dan sebanyak mana yang diperlukan.

Sup ini juga boleh disesuaikan kepedasannya. Kalau nak terasa lebih pedas, ketuk beberapa biji cili api dan masukkan kedalam sup semasa proses memasak. Begitu juga dengan rasa kemasaman sup. Boleh di perah sebijit limau kasturi kedalam sup selepas proses memasak atau letak secebis asam keping semasa proses memasak.

Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....

Dah panjang lebar bercerita tentang masakan ni.... Ini dia resepi yang aku buat semalam. Pandai-pandailah sesiapa yang nak resepi sesesuaikan rasanya ikut tekak sendiri.... hihi!


Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....


Bahan-bahan :
2 pokok sawi
1/2 batang lobak merah
1 paket kecil cendawan tiram kelabu
1/2 kuntum bunga kobis
2 pokok daun sup
1 biji tomato
1 paket kek ikan
2 biji bawang  merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1/2 sudu teh lada hitam
1 ketul kiub ayam
Sepeket sup bunjut
Secebis asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara:
Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping

Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.

Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa.... boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam. Bolehlah dihidangkan. Oh ya... nak beritahu yang sayur-sayura memang jadi menu utama kami sekeluarga.... nak baca, klik SINI

p/s: Sedap dimakan begitu sahaja atau di makan dengan nasi, mee, meehoon.... pasta pun boleh... :)



Ya Allah.
Muliakanlah orang yang membaca doa ini.
Lapangkanlah hatinya.
Bahagiakan keluarganya.
Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan.
Mudahkanlah segala urusannya.
Di kabulkanlah cita-citanya.
Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar.
Jauhkanlah dia dari segala musibah.
Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu.

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـن
ْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ.
Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan.....

p/s: Doa dan harapan 2017

#Dari group whatssap...... :)
#pic fr google

Assalamualaikum.....


~ JOIN ~
*klik banner untuk join.....
Segmen akan tamat tepat jam 12.00 tengahari waktu Malaysia (3 Januari 2017)


Hari  ni,  pagi  tadi  berkampung  di sekolah menengah  berdekatan  dengan  rumah. Hari  oreintasi  pelajar tingkatan  satu. Macam biasa, ramainya  ibubapa yang hadir hari orientasi  pelajar ni. Disebabkan aku dah bersedia dari awal iaitu dah membeli peralatan sekolah, jadi tak payahlah beratur dan berebut di kedai buku dan koperasi lagi. 

Hari Oreintasi Pelajar Tngkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....

Habis ucapan aluan guru besar dan guru bertugas bagi informasi perihal sekolah, aku pergi cari kelas anak. Aduyai... penatnya mencari kelas. Rupa-rupanya di tingkat 2. Letihnya berlegar-legar turun naik tangga tadi. Tak sangka anak dapat masuk kelas pertama sekolah petang. Harap dapat terus kekal di kelas ini. Ini ada cerita sikit tentang anak aku yang ini.... klik SINI.

Hari Oreintasi Pelajar Tngkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu

Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir  Bagi Aku....


Dah dapat buku teks sekolah. Lepas ni proses membalut buku teks pula... sementara belum mula sekolah beberapa hari lagi. Fail peribadi persekolahan  rasa dah lengkap, tapi apbila diperiksa cikgu tadi... masih lagi ada kekurangan. Kena juga disiapkan... Huh, busy, busy!

Ini orientasi sekolah yang terakhir aku tempuhi. Setelah tiga kali sebelum ini..... yang ni orientasi untuk anak bongsu. Lepas ni boleh merdeka. Nak hadiri hari orientasi di universiti pula. Dah ada dua orang anak yang belajar di universiti. Lepas ni di harap dua orang anak yang masih belajar di sekolah ini akan menyusul. Mudah-mudahan....

p/s :  Hujung bulan Februari nanti hantar anak sulung perempuan aku sambung degree... dah pergi interview 2 minggu lepas. Insya'allah.... :)




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

Tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Hari ni nak kongsi air jamu sedap... boleh buat sendiri di rumah. Dapat resepi ni di FB. Terima kasih pada empunya resepi atas perkongsian ini. Suka dengan ubat jamu yang boleh di buat sendiri ni. Lebih mudah dan jimat bila kita membuatnya sendiri. Dah semestinya minum air jamu sedap ni tanpa rasa was-was dengan kandungannya.
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Jamu ni kebiasaannya dihidangkan di spa tradisional kepada para pelanggannya. Diperbuat daripada rempah-rempah air jamu ini membantu mengeluarkan angin serta menyingkirkan racun dari badan. Aromanya cukup wangi sekali dan mempunyai kelebihan yang tak terjangka dek akal kita.

Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...

Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...


Bahan-bahan:
2 inci halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina


Cara membuat:

Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk. Masukkan pudina dan rebus dalam 10 minit. Selepas itu tapis airnya. 

Tuang air dalam cawan lalu masukkan 1 sudu besar madu. Kacau rata dan sedia diminum. Air jamu ini boleh di minum oleh sesiapa saja, juga sesuai diminum oleh anak remaja dan gadis. Diminum 1 cawan setiap hari.

**Selain dijadikan minuman jamu, campuran rempah ini untuk meredakan selsema iaitu menyedut aroma panas(stim) rempah ini tanpa di campur madu. Boleh juga buat air rendaman kaki dengan  di campur garam, tanpa madu juga. 

Buat  mandian pun boleh... Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Lepas tu tambah 2-3 cawan garam. Seterusnya  boleh mandi buat bilasan terakhir. Nak lagi best. Buat mandi wap dan bertangas.

Dari satu resepi dah boleh melakukan banyak perkara. Bagus sangat dah tu. Aku dah cuba minum resepi ni memang power walau ada satu dua barang yang tak dapat aku cari. Lepas minum rasa ringan sikit badan. Sakit kepala dah berkurang. Nanti nak minum lagi dan lagi... hehe!

Kalau nak resepi jamu beras kencur, boleh klik SINI

p/s : Alahai, en. suami ni... di suruh cari daun pudina kat pasar tak jumpa... tak kenal... haihhh!

#kredit SINI


Tahun 2016 hampir melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Banyak dapat kalendar dan macam-macam jenis ada.Tapi kelendar fesyen lama juga yang menjadi pilihan hati. kalendar kuda nama panggilannya. Aku pun pada mulanya pelik dan hairan pasal apa dapat nama kalendar kuda pulak....

Kalendar Kuda Juga Di Cari Dan Menjadi Plihan Hati.......
Kalendar Kuda Juga Di Cari Dan Menjadi Plihan Hati.......
Lepas ada seseorang terangkan pada aku... baru aku faham asal usul nama tu. Tapi lupa plak siapa orangnya... dah lama. Katanya sebab ada jadual perlumbaan kuda dalam kalendar tu.... pada hujung minggu. Ohhhh.... ada aku kesah... tengok kuda berlumba pun tak pernah......hihi!

Kalendar Kuda Juga Di Cari Dan Menjadi Plihan Hati.......


Aku suka kalendar ni sebab jadual semua cuti di Malaysia ada kat dalam tu.... termasuk cuti sekolah. Senang nak tengok dan rancang jadual kehidupan... Dan aku tak suka buang kalendar bulan2 lepas. Aku akan biar kalendar tu utuh macam biasa. Senang nak tengok tarikh bulan yang dah lepas.

Juga di kalendar aku akan tulis dan bulatkan tarikh-tarikh penting.... tarikh beli barang-barang penting. Yang paling penting tarikh tong gas habis dan tukar tong gas baru. Tarikh saudara mara buat kenduri kendara pun catit kat kalendar. Kalau tidak, mesti terlupa sesaje. No. talipon yang penting pun letak kat situ.... polis, bomba, hospital. Boleh je talipon 999 tapi ni talian terus.

Walau kalendar fesyen ni dah lama, tetap masih relevan dengan zaman ni. Entah kenapa, secanggih mana pun handphone, boleh je tengok kalendar kat situ. Tapi tak sama dengan kalendar kuda ni. Macam-macam informasi ada di kalendar ni... Tarikh cuti sudah semestinya.... kalendar Islam, China dan hindu pun ada sekali. Ia sebuah kalendar yang  menyatukan semua kaum di negara ini. Bagus sekali.... :)

p/s : Bila hujung tahun mesti suruh cari kalendar kuda jugak, kalendar lain tak nak..!



Sebelum tengahari hari krismas semalam aku ikut anak-anak keluar jalan-jalan hari krismas ke Mid Valley naik komuter. Dah berkurun rasanya tak naik komuter. Dulu-dulu ada juga naik komuter masa anak-anak baru 2 orang dan kecil lagi. Sekarang anak dah 4.. dah besar dah pun. Bayangkanlah........ dalam belas tahun jugak tu.

Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley
Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley

Dah namanya musim cuti, memang sesaklah komuter tu. Nasib baik ada coach yang di khaskan untuk wanita. Tak adalah bersesak dengan lelaki sangat. Cuma ada beberapa orang lelaki sesat kat tempat wanita. At last kena halau dengan pengawal, padan muka.... hihi!

Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley


Seperti yang di jangka... penuh sesak orang di Mid Valley. Berbagai bangsa ada di sana. Yang paling ramai bangsa China. Melayu dan India tak ramai. Malah yang di sangka Melayu tapi bila bersuara rupanya orang Indonesia. Yang nak di cari cuma beg sekolah tapi nak jalan-jalan window shopping yang lebih.

Setelah lenguh kaki berlegar-legar, jumpa juga beg sekolahnya. Mahal tapi harap-harap berbaloi dengan harganya iaitu tahan lama. Kakaknya nak belanja adik-adik. Kalau aku tak belilah beg semahal tu. Dah dapat barang, anak perempuan bongsu aku mengeluh ... katanya kaki dia dah nak tercabut. Akupun dah tak larat.... penat. Apalagi jom balik ler....

Sebelum tu, bergambar dulu kat pokok krismas yang cantik berhias di Mid Valley tu. Anak-nak tak mau balik pulak.Nak ajak tengok wayang. Aku bukan suka tengok wayang dan hari pun dah petang. Aku ajak balik juga. Kalau diorang nak tengok wayang juga, pergi lain kali. Aku tak nak ikut.... suka tengok tv jer.

Balik dari komuter, naik bas free Selangor. Sampai rumah dah nak malam. Letihnya rasa... tapi seronok jugalah. Sekali sekala tengok dunia luar dari sisi yang lain. Naik komuter, lepas tu naik bas free... Sementara masih terdaya nih..... hahaha!

Banyak cerita lagi di... SINI

p/s : Akhirnya aku dah kenal bas dan komuter sekali, tapi apapun naik kereta lagi best... :)



Hidup adalah kesusahan yang harus diatasi. 
Rahsia yang harus digali. 
Tragedi yang harus dialami. 
Kegembiraan yang harus dibahagikan. 
Cinta yang harus dinikmati.
Tugas yang harus dilaksanakan.
Dan inilah hidup sebagai romantika yang harus dirangkul. 
Risiko yang harus diambil. 
Lagu yang harus dinyanyikan.
Anugerah yang harus dipergunakan.. 
Barakah yang harus dicapai, dan mimpi yang harus diwujudkan.

p/s : Hari ni letih... baru balik window shopping naik train, so ini je la n3 yg larat aku update ari ni....

#pic from google... cantik pic tu, kan!
Bila panda tak ada eyebag .... comel jugak.Nampak kecik sangat mata panda tu Selama ni terselindung di sebalik eyebagnya yang besar.Tapi panda yang ada eyebag memang sangat comel. Itukan sememangnya identiti dan trademark kepada panda... kan! 

Bayangkan Bila Panda Tak Ada Eyebag .....
Bayangkan Bila Panda Tak Ada Eyebag .....

Bayangkan Bila Panda Tak Ada Eyebag .....


Tapi bila kita ada eyebag itu menandakan tak cukup tidur dan wajah menjadi hodoh....dah tak cantik.... hihi! Jadi tidur dan rehatlah secukupnya untuk mengelakkan mata anda menjadi seperti mata panda. Panda tetap comel dengan eyebagnya. 

Tapi kita tak jadi comel macam panda bila ada eyebag... Hadoii....! 

p/s :  Belek wajah kat cermin, ada tanda nak jadi mata panda nih... haish!


Terkadang bila nak membuka botol kaca yang baru di beli punyalah susah. Macam botol sos, jem, mayonis dan pelbagai lagi. Terkial-kial di buatnya. Boleh terenjat mood sekejap masa tu. Terasa nak hempuk-hempuk botol kaca tu....haihhh! Terpaksalah  meminta pertolongan suami dan anak bujang yang tenaganya lebih kuat. Tapi bila sendirian, dah jadi payah di buatnya.

Petua Membuka Penutup Botol Kaca Dengan Mudah...
Petua Membuka Penutup Botol Kaca Dengan Mudah...
Ada petua rupanya bagi penutup botol ni dapat dibuka dengan semudah abc sahaja. Iaitu dengan menggunakan air panas. Kalau tahu dari dulu kan bagus... tak payah susah-susah. Sampai aku korek keliling penutup botol tu dengan pisau.  Bahaya, terluka dek pisau pun pernah terjadi pada aku.

Cara Membuka Penutup Botol  Kaca Yang Ketat


Bahan-bahan:
Botol kaca berpenutup ketat
Air panas
Bekas tahan panas

Cara-cara:
Isi air panas ke dalam bekas. Rendamkan bahagian penutup botol ke dalam air panas selama 2-3 minit iaitu terbalikkan penutup botol kebawah. Pastikan air panas tak boleh.masuk ke dalam botol.

Selepas tu cuba buka penutup seperti biasa. Sekiranya  panas, gunakan kain pelapik. Insya-Allah penutup akan mudah dibuka. Nak tengok pelbagai petua... klik SINI

p/s :  Tak perlu risau lagi.... membuka penutup botol dah jadi senang... :)

#kredit SINI



Terlihat dan terbaca kisah tentang lesung pipit tadi,  teringin nak kongsikan di blog aku pula. Bukannya apa, teringat anak dara aku yang setiap kali bergambar dan berselfie.... beria2 dia menggayakan wajah biar nampak lesung pipit yang ta seberap ketara diwajahnya tu. Tapi aku tengok bila senyum tu dah macam di buat-buat pulak... hahaha!

Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....
Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....

Bolehlah dia belajar buat senaman wajah dan dapatkan lesung pipit secara semulajadi. Selama ni bukan tak ada lesung pipit tapi agak tersembunyi sikit. Jadi , buatlah sedikit senaman seperti ditunjukkan di dalam gambar. Mana tahu boleh terserlah pulak lesung pipit tu...

Cara Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi


1. Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam


Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus tertutup.

2. Tekan & tahan lekukan pipi



Tentukan kawasan pipi yang ada lekukan paling dalam. Tekan bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Tekan terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.

3. Teruskan senyum & luncurkan jari bila perlu



Ketika melakukan senaman ke-2, lakukan ekpresi senyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar.

Jika sudah terbentuk lesung pipi, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat, lesung pipi akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.

4. Teruskan tekan selama 30 minit atau lebih



Untuk melatih pipi agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu tekan lekukan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Semakin lama anda tekan “lesung pipit”, semakin lama lekukan akan kekal.

5. Ulang setiap hari

Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....


Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Lepas sebulan, lesung pipit akan timbul dan terbentuk. Insya'allah.... Tapi kalau tak boleh jugak, tapi apa salahnya kalau mencuba...

Nak baca tentang petua kecantikan, boleh baca di SINI

p/s : Petua terkini, tenyeh dengan lesung batu.... hihihi! (gurau je...)

#kredit SINI


Umum telah mengetahui yang pelakon kegilaan ramai Sharnaaz Ahmad dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan kakak kepada pelakon Neleofa. Ahad lepas, pihak keluarga Sharnaaz Ahmad telah mengunjungi rumah keluarga Neelofa bagi tujuan merisik Noor Nabila. 

Sharnaaz Ahmad Bakal Kahwini Kakak Neelofa Tahun Depan...
Sharnaaz Ahmad Bakal Kahwini Kakak Neelofa Tahun Depan...

Sharnaaz Ahmad Bakal Kahwini Kakak Neelofa Tahun Depan...


Noor Nabila telah memuat naik video pendek di instagram miliknya berkenaan hari istimewanya itu. Menerusi kepingan gambar yang dikongsikan dalam video tersebut, terlihat seorang wanita dipercayai ibu kepada Sharnaaz sedang menyarungkan cincin ke jari Nabila serta di disinya adalah ibunya, Noor Kartini.

Sharnaaz Ahmad Bakal Kahwini Kakak Neelofa Tahun Depan...

Sharnaaz Ahmad berkata pada pihak media beliau telah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan sebelum bulan puasa. Pada masa yang sama juga Sharnaaz memaklumkan bahawa tiada majlis ikatan pertunangan akan diadakan tetapi terus sahaja melangsungkan majlis pernikahan.

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan buat pasangan Sharnaaz dan Nabila. Serta selamat ke jinjang pelamin dan seterusnya berbahagia hingga ke jannah.

Nak baca tentang artis di blog ni... boleh klik SINI

p/s :  Hmmm... tak dapat neelofa, kakak neelofa pun jadilah, cantik jelita jugak... :)

#kredit SINI


Nak cerita kisah aku terkena dengan teksi ikut jalan jauh pancung harga.... adoi.!! Ari Jumaat kelmarin ada temujanji di Hospital Shah Alam. Waktu pergi suami yang hantar. Balik tu terpaksalah aku balik sendiri. Ikutkan aku bercadang nak nai bas percuma Selangor. Nak mencuba tengok laluan-laluan dia. Mudah lah bila-bila nak ke Hospital lain kali. Tapi tak kesampaian di sebabkan faktor yang tak dapat di elakkan. Terpaksalah aku naik teksi. Teksi bawa ikut jalan jauh merewang...


Aku terpaksa naik teksi ni sebab mata kabur dari kesan ubat yang digunakan untuk check up mata aku ni. Memang kabur sungguh, pening kepala dan silau bila terkena panahan cahaya matahari. Masa tu memang ingat nak balik cepat-cepat baring tidur rehatkan mata. Masa nak dititikkan ubat tu, jururawat dah beritahu kesan ubat tu.... mata akan kabur selama 4 jam.

So, apa pilihan lagi yang ada bila nak cepat balik. Masa tu pandangan pun berpinar antara nampak dengan tak nampak. Nasib baik aku bawa peneman iaitu anak perempuan bongsu aku. Boleh la dia pimpin aku yang jalan terhuyung-hayang tu. Teruslah aku naik teksi yang sedia menunggu penumpang kat luar hospital tu.

Masa dalam perjalanan... aku perasan dah, pemandu teksi tu bawa aku ikut jalan jauh. Nak meter tunjuk harga lebih lah tu. Tapi aku ni tak nak kecoh-kecoh. Dah la aku dalam kepeningan yang amat sangat. Jadi aku biarkan ajelah. Pemandu teksi tu mungkin menyangka aku ni tak tahu dan tak sedar dah kena tipu. Tapi berkatkah rezeki yang dia dapat dengan berbuat macam  ni.....?

Yang pasti aku kena marah dengan suami sebab buat tak tahu walau dah kena tipu.... Dari tambang yang biasanya antara RM10 hingga RM12, aku kena RM 16. Bengang jugak... Kalau bangsa asing lain lah jugak. Ini sebangsa dan seagama tu... Tak heranlah aku bila uber dan grab car menjadi pilihan penumpang kini. Dah teksi yang biasa ni macam hampeh perkhidmatannya kan....  Ko rasa???

Banyak cerita aku dalam blog ni.... boleh klik SINI

p/s :  Taklah serik tapi lain kali kalau boleh nak elak naik teksi... hurm!

#pic google


Hari nj aku nak kongsi satu resepi yang mudah untuk buang angin dalam badan. Di katakan sangat mujarab untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Boleh dijadikan amalan seharian. Selain itu tersangatlah banyak khasiatnya selain dari buang angin dalam badan.

Resepi Serai dan Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan
Resepi Serai dan Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Yang paling bagus, guna bahan-bahan dapur je. Tak payah susah-susah nak cari bahan. Jenguk kat dapur jer. Ada minuman ni yang dah dibotolkan dan dijual di pasaran sekarang ni. Tapi itu untuk orang yang kurang kerajinan atau pun yang dah gantung huruf M kat leher. Lebih bagus dan jimat buat sendiri, kan!....hihi!


RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN


Bahan-bahan:
3 batang serai
4cm halia @2 ketul  sebesar ibu jari tangan

Cara-cara:

Serai dan halia tu di ketuk-ketuk biar pecah-pecah sedikit. Rebus bersama 3 gelas air. Biarkan air sejat sehingga air rebusan menjadi 1 gelas.

Tunggu sedikit suam. Bolehlah di minum. Rebusan ini seeloknya di minum seminggu 2 / 3 kali. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.

p/s :  Rasanya menyengat jugalah tapi fikirkan khasiatnya... :)


#kredit SINI


Hari ni lambat update blog... Pagi2 lagi dah keluar bersama anak-anak. Ikut program  'Back To School' anjuran DUN Batu Tiga, Shah Alam., YB Rodziah Ismail. Berlangsung di hadapan Bangunan Ole-ole Shah Alam. Sungguh ramai yang hadir ke program 'Back To School' ni. Nak dapatkan baucer lah katakan. Akulah salah seorang tu. 

Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....
Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....


Dapatlah 2 keping baucer.... bernilai RM100. Satu baucer Pusat Pakaian Hari-hari dan satu lagi baucer pasaraya Mydin. Baucer ni untuk pembelian barangan sekolah. Bagi sesetengah orang RM100 ni kecil nilainya. Bagi aku, ia amat bermakna. Dapatlah aku membeli serba sedikit peralatan sekolah yang belum lagi dapat dibeli.

Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....


Sebenarnya aku dah shopping pakaian dan peralatan sekolah minggu lepas. Tapi ada beberapa barang yang belum sempat dibeli disebabkan di situ tiada saiz atau kehabisan stok. Melalui sebuah program juga iaitu di Jakel, Shah Alam. Dah hampir lengkaplah segala keperluan sekolah anak-anak aku sekarang.

Tinggal lagi nak membeli buku-buku dan membayar yuran sekolah. Anak perempuan yang nak masuk tingkatan 1 tu nak dibelikan t shirt sekolah dan t shirt sukan. Minggu depan ni nak mengesahkan hal-hal yang ini pulak. 

Balik daripada program dan bershopping tu terus masak... walau letih shopping, perut tetap lapar, kena masak juga. Berehat sekejap, terus pegang laptop. Selain beli barang2 sekolah tu sempat lagi tu aku shopping barang dapur.... Kalau tidak, apa yang nak masak?

p/s : Letih masih aku rasakan... tapi seronok shopping ni... hihi!


Assalamualaikum...


~ JOIN ~
*klik banner untuk join...



Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, didapati bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku (tantrum sebagai contoh) adalah kerana hilangnya peranan seorang ayah dalam dunia mereka. Bahkan dalam banyak lagi kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan seorang ayah pada usia awal kanak-kanak (0-5 tahun) adalah antara penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Baik peranan ayahnya, baiklah anak itu, buruk peranan ayahnya, maka buruklah anak itu.

Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....
Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....

Dengan kata lain, ayah yang tidak berperanan seperti yang sepatutnya terhadap anak-anak sejak kecil, akan merosakkan tingkah laku anak-anak tersebut. Begitulah besarnya peranan seorang ayah seperti yang dibuktikan oleh kajian sains. Ini sebenarnya telah ditegaskan lebih awal di dalam Al Quran, di mana kisah pendidikan anak-anak antara ayah dan anaknya lebih banyak berbanding kisah di antara ibu dan anak.

Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....


Antaranya adalah kisah Nabi Ibrahim berdoa untuk anaknya selepas membina Kaabah, kisah Nabi Ibrahim berbincang dengan anaknya Ismail (sebelum penyembelihan), kisah doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak, kisah nasihat Luqman kepada anaknya, kisah Nabi Yaakub bersama anak-anaknya di dalam surah Yusuf dan ketika hampir saat kematiannya di dalam surah Baqarah, kisah nasihat Nabi Ismail dan ahli keluarganya di dalam surah Maryam dan banyak lagi.

Ya, dalam tarbiatul aulad, kisah-kisah dari Al Quran lebih berat terhadap peranan ayah dalam pendidikan anak-anak, kerana itulah yang sepatutnya. Justeru itu wahai ayah, jangan sia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Tanggungjawab mendidik anak-anak jangan dilepaskan hanya kepada isteri, apatah lagi orang tua kita. 

Nikmatilah saat-saat berharga bersama anak-anak yang tidak akan dapat diulang kembali. Ciptalah momen-momen indah bersama anak-anak ketika usia kecilnya kerana momen-momen ini, akan diingati hingga mati oleh anak-anak. -via -hisyam asyraf-

p/s : Begitulah betapa pentingnya peranan seorang ayah yang pada kebiasaannya dianggap remeh pada masa kini. Wahai lelaki, jadilah lelaki yang boleh di contohi dan di jadikan idola oleh anak-anak yer...

Boleh baca banyak informasi di blog ni... klik SINI

#kredit SINI


Bunga telang juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu di Kelantan kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan bunga telang ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. 

Bunga Telang - Punyai Banyak Khasiat Bagi Wanita
Bunga Telang - Punyai Banyak Khasiat Bagi Wanita

Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. 

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Bunga Telang - Punyai Banyak Khasiat Bagi Wanita


Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. 

Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Bunga telang juga bermanafaat untuk perkara-perkara berikut:

Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

Merawat ulser mulut
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.

Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.

Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.

Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)

 Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

Mengubati batuk
Akar bunga telang dapat ubati batuk dan asma

Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.

Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.

p/s : Bunga telang boleh juga di masak dengan makanan lain iaitu campurkan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Boleh baca tentang tumbuhan dan tanaman di SINI dan SINI


Assalamualaikum...

PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

Lagi 15 hari lagi kita dah diambang tahun baru 2017. Sempena 2017 ni aku nak tukar bloglist tiap-tiap bulan. Kalau terlaratlah. Nak bagi peluang ramai blogger duduk dalam list aku. Justeru itu aku boleh mengenali  lebih ramai blogger. Nak cari yang rajin update blog. Bolehlah hari-hari aku terjah blog dia.

Dengan itu hari ini aku lancarkan pencarian ini. Harap-harap dapat sambutan. Aku akan pilih 10 blog duduk di bloglist selama sebulan. Sekiranya penyertaan menjangkau 30.... aku bagi 1 hadiah misteri. Apabila peyertaan menjangkau 50.... aku tambah 1 lagi hadiah hadiah misteri. 

Begitulah seterusnya sekiranya penyertaan menjangkau 100. Jika tak sampai tahap pnyertaan, hadiah misteri akan dibawa pada pencarian akan datang. So,jangan lepaskan peluang ini. Ada 3 hadiah misteri yang disediakan. All Malaysian Bloggers di jemput memeriahkan pencarian ini.

Ikuti langkah-langkah pencarian ini :

1. Follow blog INI, INI dan INI

2. Add facebook INI, like fb page INI, INI dan INI

3. Follow Instagram INI dan INI

4. Follow Twitter INI

5. Letakkan link blog ini dalam bloglist masing-masing

6.  Buat satu entry bertajuk "PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com"

7. Masukkan banner di atas ke dalam entri tersebut, linkkan banner tersebut ke entri ini

8.  Masukkan entry yang dah selesai tu di ruangan komen blog ini.

9. . Siap!

p/s : Pemilihan akan dilakukan secara rambang tapi akan juga di nilai melalui keaktifan blog dan memenuhi semua syarat diatas....



Double Chin..? Ada kawan tegur aku makin berisi sebab dah ada double chin. Apa tu...? Baru aku tahu, double chin tu dagu berlapis. Belek di cermin, memang terserlah double chin aku. Bulan ni sememangnya timbangan berat aku naik 3kg gara-gara musim durian dan berselera lebih makan lauk kegemaran iaitu gulai tempoyak.
Cara Untuk Hapuskan Double Chin @ Dagu Berlapis
Cara Untuk Hapuskan Double Chin @ Dagu Berlapis

Nak kena jaga pemakanan dan nak turunkan berat badan ni. Juga nak buang double chin di wajah. Carian dari google dapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Mengawal permakanan dan diet harian semestinya dapat mengecilkan pipi dan menghapuskan double chin

5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin


Gula-gula getah
Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) sebagai senaman otot wajah. Bukan sahaja mampu mengecilkan wajah kamu, malah membersihkan gigi dan gusi. Anda boleh lakukan senaman ini dimana-mana sahaja! Mudah, kan?

Krim Mentega Koko (cocoa butter)
Panaskan dua sudu krim mentega koko di dalam microwave untuk 30 saat. Urut krim di bahagian tengkuk, leher dan rahang wajah selama 5 minit dengan urutan menaik. Lakukannya dua kali sehari sebelum mandi di waktu pagi dan sebelum tidur. Rutin ini dapat membentuk wajah malah melembapkan kulit kamu.

Senaman Dagu
Tegakkan badan dalam posisi duduk, dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti ingin memandang syiling. Kemudian, bentukkan bibir seperti mahu mencium sesuatu ( duck face). Lakukan selama 5 saat dan ulang gerakan ini 5 ke 10 kali, setiap hari ketika bangun dari tidur.

Memutar Leher
Senaman ini sangat mudah dilakukan di mana-mana sahaja! Pusing kepala kamu mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan lima putaran setiap satu sesi, untuk tiga set setiap hari.

Say No To Sugar!
Pengambilan gula berlebihan menyebabkan wajah membengkak kerana lemak berlebihan terkumpul disitu. Jadi, banyakkan minum air kosong dan elakkan minum minuman manis sebelum tidur.

Kena rajin bersenam juga. Biar lemak-lemak terkumpul mencair dengan cepat. Sebenarnya pesanan ini lebih kepada diri sendiri. Bukan mudah nak turunkan berat badan aku yang dah sedia chubby ni. Apapun perkongsian ini di harap memberi manafaat juga pada para pembaca blog ni... hihi!

Untuk kongsi banyak lagi tip kecantikan klik SINI

p/s : Nak skip makanan tu yang paling susah, jom jogging.... hehe!

#kredit SINI