08 January 2016

Cara Semulajadi Mencerahkan Kulit Yang Pasti Murah Dan Menjimatkan....


Bagaimana jika anda yang berkulit gelap ingin berkulit putih secara semula jadi? Boleh jer sebenarnya.... Cuma kena merajinkan diri la. Tak payah nak pakai produk mahal yang di war2 kan dipasaran tu, membazir jer... Baik guna bahan semulajadi. Mari berkongsi beberapa tip dan petua tradisional ni....

Limau Dan Putih Telur
Ekstrak Lemon telah mula digunakan dan ditambah untuk menghasilkan produk pencerahan kulit. Walau bagaimanapun, ekstrak semulajadinya adalah lebih baik dan lebih selamat. Hiris dan perahkan jus kemudian campurkan dengan putih telur. Gunakan berus dan sapukan campuran tadi ke seluruh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

Betik
Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Buah yang sungguh manis rasanya ini mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah. Caranya mudah sahaja. Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan. 

Timun
Sayur ini memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik. Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

Yogurt
Makanan yang  memberi hidrasi yang cukup untuk kulit anda. Campurkan sedikit madu dan sapukan pada kulit, biarkan selama 10 minit dan kemudian bersihkan dengan air. Pupur wajah daripada yogurt juga bertindak melicinkan kulit anda, sudah tentu kulit licin lagi putih menjadi keinginan anda.

Barli
Ia digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

Beras Pulut
Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun. Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali hingga bersih. Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

Mandi Susu
Aktiviti mandi susu bukan untuk bergaya, ia mempunyai ramuan bagi memutihkan kulit, tetapi untuk mendapatkan mandian susu ini sudah tentu memerlukan belanja yang besar, terutamanya ia memerlukan rutin yang teratur. Jika anda ingin tahu tentang manfaatnya, cubalah pada bila-bila masa di spa kegemaran anda atau kat rumah pun boleh. Minum je la... ha3!

p/s : Tak perlu beli produk yang mahal2 bagai tu,kulit boleh putih melepak jugak tau... hehe! 


#kredit SINI

2 comments:

  1. Hehe home remedies are the best!

    Jemput join GA Dayana
    http://www.dayanazahari.com/2016/01/turkish-delight-giveaway.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...