Feeling2 Nak Tanam Orkid Plak.....Alahai :)

10:10:00 AM Noor Akma 1 Comments


Nak berangan tanam pokok orkid plak kali ni. Semoga menjadi kenyataan. Sebenarrnya pokok orkid ni dah pernah tanam dulu...  masa tinggal  di rumah lama dulu. Pokok yang paling banyak aku tanam dan paling senang berbunga iaitu dancing lady orchid yang warna kuning tu. Berderet pokok tu tergantug kat pagar tepi rumah. Cantiknya...!

Itu cerita dulu2 yang tinggal kenangan.... Sekarang nak bukak cerita baru, nak pindah rumah baru. Insya'allah hujung tahun ni berpindahlah kami sekeluarga. Lepas ni, bolehlah merealisasikan impian. Macam2 nak buat..... salah satunya tanam pokok orkid ni balik....

Cara Menanam Orkid

1. Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu.

2. Letakkan anak pokok orkid ditengah pasu. Pastikan pokok tegak berdiri.

3. Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasu.

4. Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram)

5. Letak tempat teduh.

6. Setelah sebulan di tanam lakukan pembajaan dengan meletakkan 2-3 biji baja tinja ayam proses yang boleh dibeli di nursery dalam 3 bulan sekali.

7. Arang tu sebelum digunakan seeloknya direndam semalaman agar dapat menyerap air dan pokok akan lebih cepat berakar.

p/s : Bila pokok2 tu rajin berbunga, hilang segala penat lelah menanam dan menyiramnya. Hmmm.... feeling excited gittew...)

*gambar ambik kat google...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...