Segmen irrayyan | Sejarah Blog Santai-santai jerr@huhahuhajerr

10:22:00 AM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaiikum....


Pada awalnya aku mula berblog  tahun 2010.  Masa tu baru buka pusat rawatan resdung dan kecantikan..... So, nak promote pusat tu dengan jual produk yang digunakan kat blog. Tapi kan, betul2 tak pandai lagi. Buat blog pun huru-hara jer rupanya. Serba susah rasanya...

Masa ni la aku kenal boleh dapat dapat duit dengan pengiklanan nuffnang secara tak sengaja dari cebisan suratkhabar lama buat lapik makan depan tv. Barulah datang semangat nak berblog. Tapi nak start dan cari cara dan idea update blog kemain payah jugaklah. Iyer la, benda baru terkial2 dibuatnya.

Masa tu blog ni belum wujud... Blog yang pada mulanya promote produk  dan tulis entri biasa dah jadi blog masakan bila pusat rawatan dah tutup pada 2012. Rasa tak sesuai nak tulis entri biasa. So, pada 2012 blog ni aku wujudkan yang pada awalnya untuk setakat suka2 jer. Tu yang namanya cenggitu jer. Tak pernah terfikir nak  up kan ke khalayak ramai.

Tapi tak la seaktifkan sekarang.... Masa tu aku sibuk berniaga di macam2 tempat. Sibuk tu memang sibuk.... So, blog ni asyik terabai je la... anak2 pun sama terabai. Tapi semenjak awal tahun lepas aku start berniaga kat tempat yang di dalam bangunan. Dah mudah nak dapat connection elektrik..... apalagi, angkut la lappy aku tu.

Banyaklah masa untuk aku berblog. Barulah terbuka sikit minda aku nak tambah pendapatan dari blog nih. Puas la godek2 internet ni untuk cari cara agar income boleh bertambah. Pertengahan tahun lepas aku start berniaga online sepenuh masa. So, aku update blog  ni sekali disamping blog niaga dan blog2 yang lain. Kegilaan buat blog la pulak.

Hujung tahun lepas... semua kedai dah tutup. Ada masaalah sikit. Eloklah juga... boleh bagi tumpuan pada anak2 yang nak ambil peperiksaan besar. Sekarang berniaga dan berblog di rumah jer. Sesekali dapat jugaklah job review. Aku kini seorang dropshipper dan blogger sepenuh masa.... Itu jelah alkisahnya!

p/s : Aku ada 5 blog.... Yang aktif update 3 jer....yang lain tu dah terperam tapi kengkadang ada jugak dapar sale tau!



3 comments:

kisah earty said...

selamat bersegmen..

selamat bersegmen

kann..!! sama la.. mula2 berblog dulu pun blog saya kelam-kabut tak tentu arah.. hahahaha..! by the way, template kita sama la.. hehehehe.. baca blog awak rasa mcm baca blog sendiri pula.. :)

Salam perkenalan, saya join segmen sama..
http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...