Cara Semulajadi Untuk Cantik.....

10:27:00 AM Noor Akma 2 Comments


Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita. Bagi membantu anda mengatasi masalah ini, kami berkongsi petua yang dapat menaikkan seri dan menyegarkan kembali wajah. Jom cuba!

Ais Menyegarkan
Sebaik sahaja bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti puas hati dengan hasilnya.


Senaman Wajah
Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga perlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Bukan susah, senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan cara mengunyah gula-gula getah. Lakukan setiap hari dan perhatikan perubahan pada wajah anda.


Elak Stres
Ramai yang ambil mudah, tetapi anda perlu tahu tekanan bukan sahaja mengganggu emosi malah boleh menghakis kecantikan semula jadi. Stres menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan membuatkan wajah tampak lesu. Jadi anda perlu atasi stres dengan bijak. Senyuman dan gurau senda antara tip berkesan untuk mengurangkan stres.


Jaga Waktu Tidur
Tidur yang cukup itu sangat perlu kerana ketika tidur kulit akan membaharui sel. Anda mesti mendapatkan rehat dan sesekali manjakan tubuh di spa. Harus diingat, tidur yang berlebihan turut memberi kesan sampingan. Bukan sahaja wajah tampak kusam dan mata sembap malah tabiat buruk ini membuatkan tubuh lesu.


Urutan
Wajah dan tubuh perlu diurut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Teknik urutan pada wajah akan membantu melancarkan perjalanan darah, membuang angin, mengatasi keletihan dan menjadikan wajah segar serta berseri. Urutan dengan teknik khusus sama ada secara manual atau mesin juga dapat membantu membentuk wajah lebih menarik.


Rebusan Air Inai
Kalau dulu wanita lebih memanfaatkan bahan alami di sekitar rumah untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Hanya mengamalkan minuman air rebusan daun inai, wanita dulu mampu naikkan seri wajah tanpa mengeluarkan duit. Lebih menarik, dengan mengamalkan seminggu dua kali, wajah akan tampak kemerahan. Jadi, mungkin anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Tetapi jangan pula berlebihan kerana cara ini boleh mengeringkan kulit.


Sebenarnya untuk jaga kulit wajah, tidak sukar tetapi memerlukan kesedaran diri sendiri tentang penjagaan kulit wajah dengan lebih mudah dan rajin untuk amal mengikut masa yang betul.

p/s : Tanpa mengeluarkan wang....... cantik secara semulajadi yang boleh dipraktimkan...hmm!

#kredit SINI





2 comments:

Keladi Ubi said...

air rebusan inai

Acu Asha said...

bestnya klu dpat p spa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...