DIY Bantal Kusyen Kelopak Bunga

10:12:00 AM Noor Akma 2 Comments


Dah lama tak kongsi tentang DIY ni.... Kali ni nak  kongsi cara buat bantal kusyen kelopak bunga. Taklah susah mana nak membuatnya. Ikut suka kita la nak buat besar mana. Boleh buat untuk menambah hiasan rumah..... Cantik..!

Kalau dah pandai buat nanti.... buat banyak2. Boleh dijadikan pemberian atau hadiah kepada keluarga dan kawan2. Boleh juga di buat jualan dan di jadikan pendapatan....

Bahan2 :

Kain
Kapas polyester

1. Potong 2 keping kain untuk membentuk kelopak bunga. Jahit sekali kedua2 kain bentuk kelopak tu keliling untuk membentuk kelopak bunga tapi tinggalkan tak berjahit muncung kelopak untuk mengisi kapas dan mencantum nanti.

2. Buat dan ulangi langkah diatas sebanyak 5 kelopak. Boleh mix and match kaler yang disukai kain untuk buat  kelopak tu.

3. Isi kapas sehingga padat  dan kembung. Cantum kelima2 kelopak dengan jahtan jelujur dengan kemas.

4. Untuk membuat bahagian tengah, potong kain bentuk bulat. Isi kapas dan jahit jelujur kelilingnya. Bentukkan bulat seperti bola. 

5. Cantumkan bola tu kepada kelopak dengan kemas.  Dah siap... mudahkan!

p/s : Kapas polyester tu boleh beli kat kedai alat2 jahitan.... 1kg boleh dapat seguni besar... Beli jela 1/2 kilo... dalam RM7, itu pun dah cukup banyak ...hihi!

#kredit SINI


2 comments:

Mila Hilas said...

maknanya bt bantal ni banyak jahit tgn jelah kan??

Kak Nieyl said...

wahhhh..siapa lah yang sgt rajin nn kreatif tu...
cantik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...