2 Fadhilat Sedekah Yang Lebih Afdhal....kan!

10:47:00 AM Noor Akma 1 Comments


Ramai yang macam ni... tak peduli dengan keluarga sendiri. Tapi dengan orang lain, kemain lagi..... Hidup sendiri2, senang sendiri2, tak peduli orang lain... walhal saudara sendiri tu. Itu sebabnya ada pepatah petitih "kasih saudara masa berada.... kasih ibu berkorban nyawa, kasih bapa berkorban segalanya"... Betul tak?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

Harga sebuah perhubungan keluarga dan silaturrahim tak terbeli dengan wang ringgit..... Tak pe la, hidup ini umpama roda.... Suatu masa akan berputar juga....  Untuk anak2 ku, sentiasalah menjaga satu sama lain. sampai bila2... 

Sentiasa berkasih sayang sesama kita. Jangan sesekali memutuskan silaturrahim yang sedia ada.... Jika itu dapat kamu jaga bermaksud kamu telah menjaga agamamu.... Untuk sesiapa yang sentiasa menjaga keluarganya, berkongsi seadanya, anda seorang yang bertuah dan berbahagia.

Maksud keluarga itu luas.... bukan hanya setakat ibu, ayah dan anak2 termasuklah yang ada pertalian darah dengan kita dan pasangan kita.  Adik beradik, emak saudara, bapa saudara, sepupu2 ,atuk dan nenek saudara.... itu semua keluarga kita.....

Kalau ada rezeki lebih.... keluaragalah yang patut di dahulukan, Jika tidak ada ahli keluarag kita yang susah maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin di luar dari keluarga kita.... 

p/s : Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu sifat tercela dan dimurkai oleh Allah SWT.... 



1 comments:

bagusnya blog ni
terus rasa nak follow
jom g blog Apis plk yer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...