CUCI OVEN YANG KOTOR DENGAN MUDAH....

10:18:00 AM Noor Akma 1 Comments



Oven dah buruk dek kotoran yang melekat.... Takkan nak buang, boleh berfungsi lagi. Tapi bila pakai bau hangit sebab dari kotoran tu. So, dah tak dapat di gunakan lagi. Jangan susah dan jangan buang yer. Ada cara penyelesaian untuk membersihkannya......

Bahan diperlukan:

● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik

Caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven

2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dng air dalam mangkuk tadi. Tujuan utk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven hangpa, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12jam untuk bg dia jadi magik heheh ini serius tau.

5. Cukup 12jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.

6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yg masih ada saki baki baking soda tu.

7. Kemudian lap dengan kain buruk.

8. Letak kain buruk tadi dalam oven.

9. On oven dng temperature rendah lbh kurang 10-15 min dan biar ia kering.

10. Settle...

Permukaan kaca (pintu) oven:

1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.

3. Biar 30 minit.

4. Guna kain buruk untuk lap.

Dah settle... hasil dapat mcm dalam gambar... Kalau nak lagi clean, beli laa baru memang clean sesangat....

Selamat mencuba!

p/s Dah berkilat..... sayang nak pakai plak..... ! Gambar dan cerita dar FB.


1 comments:

bagus petua ni.. :)
yang lama nampak baru jadinya... hehehehehe..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...