Majlis Perkahwinan Dan Pertemuan Bermakna Kawan2 Lama.....

10:48:00 AM Noor Akma 1 Comments


Pertemuan di majlis perkahwinan dengan kawan2 lama zaman sekolah dulu2.... Macam2 cerita zaman sekolah keluar.... Cerita budak2 nakal, cerita cikgu garang, kena denda dengan cikgu, cerita cikgu hensem pun masuk sekali. Gelak ketawa menyerikan suasana.... macam2 yang dibualkan. Terasa macam masih muda remaja sekejap.... hehe!

Satu kereta sanggup datang dari Perak dek kerana majlis ni. ... Majlis perkahwinan anak lelaki kawan sekolah juga. Ada yang sanggup datang naik bas,epas tu naik LRT, naik komuter dan naik teksi pulak lagi... baru sampai ke majlis kenduri. Tabik pada diorang....!

Gambar dan cerita ni aku nak abadikan di blog ni buat kenangan kemudian hari.... Bukan senang nak berkumpul ramai2. Walau tak sampai separuh yang ada di group whassap yang hadir, dah terasa kemeriahannya. Apatah lagi kalau ramai.....

Disebabkan dah bertahun2 berlalu zaman persekolahan tu.... bukan semuanya saling mengenali dan boleh di ingat lagi.... memori dah penuh.... puas di kitar nak loading berkali-kali.... Dengan adanya perjumpaan macam ni... dah berdepan yang empunya diri... pelan2 memori datang kembali.... Tu yang jadi kelakar bila cerita berterabur macam puzzle nak di cantum balik.... hahaha!

Pada mak pengantin, terima kasih... hadiah yang cantik... yang serombongan dari Perak...... Eni, Biam, Sala, Chik dan Mon tu.... sampai jugak korang ke Shah Alam. Sy. Zamrah@atin... berjaya sampai jugak. Wan Ramlah@puteri yang sentiasa voque, Isa yang berjari lebih... Ibrahim yang puas nak ngingatnya dan Zolhasni yang isterinya cun melecun tapi asyik bergurau nak poligami...

Oh ... lupa, Hasmah dari Semenyih dan Nora yang comel lote dari Sungai Buloh.... Tengah mikir, kenduri kahwin anak Nora... camne la nak pegi.. Naik komuter kot.. kalau dapat keizinan en. somi la... Bukan biasa jalan jauh2... Tambah lagi naik pengangkutan awam ni...

Semoga kita dapat berkumpul macam ni lagi.... di lain hari, lain masa.... Kalau boleh, nak kumpul lagi ramai dan jumpa yang tak pernah hadir di perjumpaan sebelum ni... Insya'allah!

'Kalau ada sawah bendang, boleh kita menjemur padi...... 
Kalau ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi.....'

p/s : Aku, tetamu yang paling dekat gamaknya.... Boleh jalan kaki jer. Tapi tak pergi jalan kaki, en. somi hantar. Dia tak pergi sebab ada hal.... Bagi peluang aku jumpa geng katanya....heh!


1 comments:

memang time kenduri kawen elok benar reunion kan.. catch up and gosip =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...