Takde Masa Lipat Kain, Ikut Cara Ni.....

10:39:00 AM Noor Akma 2 Comments


Malas itu mungkin satu perkara tetapi masa juga antara faktor penyebab kadangkala kerja melipat jadi suka tertangguh. Akibatnya baju-baju tinggi menggunung dalam bakul. Bagaimana nak atasi masalah ini? Meh...kongsikan tip terbaik ini untuk anda...

1. Anda perlukan bilik yang di khaskan untuk pakaian dan dalam bilik tersebut haruslah ada banyak ruang untuk menyangkut pakaian. Sangkut semua pakaian termasuk lah t shirt. Sekiranya nak jimatkan ruang anda boleh membuat penyangkut menggunakan kerusi seperti dalam gambar. Ia sangat praktikal kerana bukan sahaja lebih kukuh malah lebih kemas.

2. Ini adalah cara untuk anda sangkut seluar-seluar yang di pakai harian. Tak perlu guna penyangkut pakaian sebaliknya guna kelip pakaian sahaja.

3. Baju-baju yang hendak di pakai kerja anda boleh susun ikut label hari. Ini akan lebih memudahkan anda mencari pakaian bila dalam keadaan yang kelam kabut atau ada hari-hari yang anda terlewat pergi kerja. 

4. Buat wanita, tudung atau shawl sebaiknya di gantung menggunakan penyangkut begini. Bila nak padankan dengan pakaian lebih mudah untuk anda buat pilihan.

5. Bakul boleh di gunakan untuk penstoran benda-benda lain selain daripada baju dan seluar.

6. Ini salah satu cara yang kalau anda tidak ada ruang untuk menyangkut pakaian. Buat rak terbuka tinggi begini dan setiap rak sediakan kotak yang siap di label. Masukkan pakaian mengikut label. 

p/s : Mudahkan.... ! Boleh la buat untuk orang yang sibuk, macam aku...... hehe!

2 comments:

Sheila Adziz said...

hehe... mmg xdan nak lipat kain...

memang susah sangat lh,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...