Aktivit Outdoor Di Pagi Minggu....

10:46:00 AM Noor Akma 1 Comments


 

Semalam di pagi minggu aku dan anak2 beraktiviti di Tasik Shah Alam. Seawal 8 pagi dah tercanguk dah di sana Nak menemankan anak perempuan aku tu jogging kat sana. Almaklum, nak bersukan hujung bulan ni. Dia banyak masuk acara, jadi nak buat latihan menambah stamina.

Rancangan outdoor ni terjadi sebab anak perempuan aku tu sebelum ni merengek2 minta nak ikut kawan2 pergi jogging. Tak berani nak lepaskan..... jadi aku buatla rancangan ni. Nak kemana2 biar bersama dan depan mata  Kebetulan plak anak bujang balik cuti hujung minggu. Ada juga buat peneman adik2nya.

Aku tak lah jogging tapi berkelah jer kat situ... hihi! Siap bawa bekal meehoon goreng dengan air teh. Anak2 aku tu joggingnya seround jer. Selebihnya tu main kejar2, main lompat2 bintang dan lompat bukit..haha! Seronok tengok anak2 gembira.

Dah naik matahari masuk pukul 11 pagi.... dah lapar balik. Belanja anak2 loaded potato bowl kfc denga sebotol fn strawberry... Oh yer... rojak buah sebekas share ramai2... Dah nak tengahari baru balik rumah. Puashati dapat luangkan masa untuk anak2.

p/s : Gambar entah apa2.... Payah nak diajak bergambar. So, ambik gambar candid je la...hihi!



1 comments:

seronoknyaaaaaaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...