Ayu Raudhah Hilang 15 Beg Tangan Berjenama Gara2 Whassap Lokasi Rumah....

12:06:00 PM Noor Akma 1 Comments


Bahaya juga share lokasi rumah ni..... tapi rumah orang berada dan orang yang terkenal je la kot. Tapi orang biasa pun kena beringat juga. Itulah terjadi kepada pasangan selebriti.... Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

“Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka. Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai. Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang. Selain itu, rumah kami memang sudah 'diperhatikan'. Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja,” kata Zaquan yang benar-benar kecewa. 

Dalam tragedi malang itu, pasangan ini mengalami kerugian sebanyak RM200,000 termasuklah 15 beg tangan berjenama dan jam tangan milik Zaquan. Menurut Zaquan, dia terkejut sebaik dimaklumkan oleh jirannya bahawa rumah mereka dipecah masuk dan bernasib kerana isteri dan anak-anak tiada di rumah.


Sewaktu kejadian berlaku Zaquan berada di Sabah, manakala Ayu Raudhah, dan dua orang anaknya berada di rumah keluarga di Kuala Lumpur.

p/s : Banyaknya beg berjenama... tu sebab jadi perhatian orang tu... huhu!



1 comments:

zety said...

pencuri pun teringin nak pakai beg berjenama tu..heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...