Cuti Semester Dah Bermula..... Punggah Barang Lagi!

12:01:00 PM Noor Akma 0 Comments



Kelmarin... dah jadi rutin sejak 2 tahun kebelakangan ni, inilah akan berlaku.... punggah masuk dan punggah keluar barang2 anak yang menjadi mahasiswi di UITM Alor Gajah Melaka. Rajin la aku bertandang ke Melaka......pada setiap masuk dan keluar semester.  Dah tu, sesekali ambil peluang jenjalan kesana...

Kali ni cuti semester yang ke empat. Akan datang semester ke lima iaitu semester terakhir.... Bidang yang anak perempuan ku belajar disana....pengajian  komunikasi dan media atau nama glamournya.... mass com. Nak jadi wartawan penyiaran nanti , katanya....... insya'allah!

Anak perempuan ni biasalah.... macam nak pindah rumah dibuatnya. Punyalah banyak barang..... 3 - 4 kali turun naik tangga baru habis angkut barang.... Tingkat 3 pulak tu. Kena ada stamina yang kuat jugalah....  Yang ironinya rumah kitaorang pun tingkat 3 jugak. Maka dah nak dekat 10 kali la naik turun tangga... Haish!

Macam2 barang ada... Dari rice cooker hinggalah stok barang dapur. Belum lagi pakaian yang beraneka jenis....  Kasut2 yang segerabak dan buku2 yang berat giler... Layan kan ajela.... 

Tiap kali ke sana.... ole2 yang mesti aku cari adalah cencaluk dan dodol. Dah jadi kegemaran kami sekeluarga kecuali en. suami. Nak buat macammana...? Takkan nak paksa dia rasa....  tak mau dia... hihi!

p/s :  Masuk semester depan, angkut barang lagi..... dah nak puasa plak tu.... hmmm!






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...