Fahami Prinsip-prinsip Mensyukuri Nikmat Allah....

12:20:00 PM Noor Akma 1 Comments


Salah satu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT  kepada hamba-Nya adalah rasa syukur. Nikmat inilah yang akan menggolongkan seseorang itu apakah termasuk manusia yang  kufur atau sebaliknya. Untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kita harus memahami prinsip-prinsip berikut.

1. Memahami Makna dan Hakikat Syukur

Ar-Raghib al-Asfahani dalam bukunya al-Mufradat fii Gharib al-Quran menyatakan syukur sebagai gambaran kenikmatan yang diterima oleh seseorang yang terpancar  dalam penampilannya. Dasar dari kata ‘syukur’ adalah ‘membuka’. Sementara ‘kufur’ pula bererti  ‘menutup’. Dalam kamus Dewan pula, bersyukur itu membawa maksud kepada berterima kasih.

Hakikat syukur adalah untuk menzahirkan  nikmat Allah SWT  dengan menyebut-nyebut Allah Maha Pemberi nikmat secara lisan. Sedangkan  kufur adalah dengan  menyembunyikan nikmat-Nya. Maka, oleh demikian, syukur itu adalah bagaimana menampakkan nikmat sesuai dengan fungsi dan kegunaannya melalui petunjuk al-Qur`an dan al-Hadis.  Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT,

”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (adh-Dhuha [93]: 11)

2. Menerima Syukur Sebagai Kewajiban

Allah SWT telah berfirman, ”Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku,” (al-Baqarah:152).
Sebahagian ulama menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi perintah untuk mengingati Allah SWT  tanpa melupakan-Nya, patuh kepada-Nya tanpa menderhakai-Nya.       `Hal ini menunjukkan bahawa makna bersyukur sebenarnya menghadirkan Allah SWT  di segenap nikmat-nikmat-Nya. Dengan mensyukuri nikmat-nikmat ini  maka secara automatiknya kita telah mengakui kebesaran dan kehadiran  Allah  dalam kehidupan ini.

3. Meninggalkan Kufur Nikmat

Qarun adalah simbol manusia yang mengingkari nikmat dan anugerah Allah SWT.  Bahkan, dia berani menegaskan bahawa apa yang dimilikinya itu adalah daya usaha dan kemampuannya. Dengan kata lain, ia telah kufur nikmat.

Firman Allah SWT, ”Qarun berkata, ’Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.’ Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka,” (al-Qashshas [28]:78).
Untuk  mewujudkan syukur yang sempurna, kita harus memenuhi ruang lingkup berikut: .

4. Bermula  dari Peribadi

Allah SWT telah berfirman, ”Dan barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia mensyukuri dirinya sendiri dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhan-Ku Maha Kaya lagi Mulia,” (an-Naml [27]: 40).

Rasulullah s.a.w juga turut bersabda, ”Allah senang melihat (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hamba-Nya,” (Riwayat Tarmizi).

Implementasikan rasa syukur itu dalam perbuatan dan tindakan sehari-hari. Makna inilah yang difahami oleh Rasulullah s.a.w ketika ‘Aisyah, isteri baginda  mendapati baginda  sentiasa melaksanakan solat  malam tanpa henti. Bahkan, seakan-akan memaksakan diri hingga kakinya bengkak-bengkak.

Aisyah bertanya, tentang kesungguhan baginda menjalani ibadah tersebut, Rasulullah s.a.w  menjawab,“Tidakkah (pantas jika) aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Riwayat Bukhari).
Dalam hal ini, Ibnul Qayyim menyebut, terdapat  tiga dimensi yang harus ada dalam bersyukur.

Pertama, bersyukur dengan lisan

Bersyukur dengan lisan bermakna,  pengakuan terhadap nikmat Allah SWT  sambil memuji-Nya dengan ungkapan ‘alhamdulillah’. Ungkapan ini disampaikan secara lisan kepada Yang Dipuji, secara ikhlas dengan pengakuan yang mendalam, dan dengan penuh kekaguman.
Jika mata dan hati kita secara sedar menyaksikan dan merasakan nikmat yang tak ternilai harganya ini, maka akan terurailah kata-kata itu sebagaimana firman Allah SWT,
”Seandainya kamu (akan) menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya,”(Ibrahim [14]: 34).

Kedua, bersyukur dengan hati

Dimensi syukur ini dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperoleh semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Allah SWT. Syukur dengan hati, membawa manusia untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa rasa berat.  Syukur ini juga memberikan kesedaran betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepada-Nya.  Syukur yang lahir dari hati dan fikiran seperti ini akan diekspresikan dalam bentuk sujud, iaitu sujud syukur.

Ketiga, bersyukur dengan perbuatan

Seluruh anggota badan manusia diciptakan Allah  sebagai nikmat. Implementasi dari rasa syukur ini adalah dengan menggunakan semua anggota tubuh tersebut untuk hal-hal yang positif saja. Solat  seseorang merupakan bukti rasa syukur kita pada Allah SWT. Begitu juga dengan puasa dan zakat seseorang itu.

Hal ini disimpulkan oleh Muhammad bin Ka’ab Al-Quradhi bahawa syukur pada intinya adalah bertakwa kepada Allah SWT  dengan beribadah dan beramal soleh.

p/s : Sesungguhnya aku bersyukur dan redha ke atas apa yang Kau tentukan untukku.... Semoga aku dan keluarga sentiasa dibawah rahmat Mu... Aaaaaminnnn....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...