15 April 2016

Ikhlas Bekerja Mencari Redha Allah....



Sebagai muslimah, letakkan keikhlasan sebagai faktor utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Orang yang ikhlas akan bekerja atas dorongan takwa. Dia berpegang teguh kepada konsep bahawa setiap hamba Allah perlu menjalankan amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di hari akhirat nanti.

Bekerja kerana mengharapkan pujian, sanjungan, penghargaan dan pengiktirafan dan bukannya mencari redha Allah adalah ciri manusia yang tidak ikhlas dalam pekerjaan. Apabila ujian datang menimpa dalam pekerjaannya dia boleh menjadi tidak keruan dan hilang punca kerana janji manis dan pengiktirafan manusia bila-bila masa sahaja boleh ditarik. Bila menempuhi suasana sedemikian dia akan mudah berputus asa dan merosot prestasi kerjanya kerana hilangnya keistimewaan yang selama ini menjadi dorongan motivasi dalam bekerja.


Manakala bagi hamba Allah yang sentiasa merasakan dirinya dalam permerhatian Allah, dia akan gigih bekerja walau pun dilanda rintangan dan lautan api sekalipun. Jadi tetapkan hati terus beramal dan bekerjalah dengan memeriksa keikhlasan kita dan sentiasa mengingati tanggung jawab kita kepada Allah. Pedulikan kata orang tentang kita, yang penting adalah apa yang dinilai oleh Allah. Hendaknya kita tidak termasuk dalam kategori pekerja yang bekerja semata-mata untuk mengambil hati orang demi mendapatkan ganjaran dunia sahaja.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Barang siapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia , nescaya dia dicukupkan oleh Allah segala keperluannya; dan barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia.”..........


p/s : Ku ikhlaskan dan redha atas segalanya....... aminnnn! (Gambar hanya hiasan)


#kredit SINI


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...