Kesan Penggunaan Air-Cond Pada Kesihatan, Yang Kita Tak Tahu.....

12:14:00 PM Noor Akma 0 Comments


Musim panas membahang sekarang ni, mesti ramai yang terfikir nak duduk dalam bilik yang sejuk beraircond 24 jam. Terbayang2 nikmatnya, sejuk dan nyaman jer...

Rupanya ada kesan buruk jugak aircond ni... Kesan pada kewangan pulak bil api melambung tinggi. So, tak payahlah membazir kan...!

Baca yer jangan tak baca... Kesan Penggunaan Penghawa Dingin (Air-Cond) pada Kesihatan.....

1. Sakit kepala dan keletihan.
Kajian mendapati bahawa bekerja pada bilik yang berhawa dingin secara terus-terusan boleh menimbulkan sakit kepala yang kronik. Selain itu, badan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti lelah, batuk, flu dan selsema.

2. Kulit kering. (Penuaan kulit)
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air pada kulit tersejat,kulit jadi kering,maka proses penuaan mudah berlaku. Cara mengatasinya hanya perlu sapukan losyen agar liang-liang kulit tubuh tak terbuka dan menutup dari terkena udara. Yang paling penting, banyakkan minum air.

3. Sistem tubuh lemah atau manja.
Kebergantungan tubuh pada hawa yang selalu sejuk dan terjaga membuat kemampuannya menghadapi cuaca panas semakin menghilang. Jadi bila berada di tempat panas, tubuh akan mengalami stress kerana sukar menyesuaikan diri. Kesan paling teruknya boleh menyebabkan kematian.

4. Sakit makin parah.
Air cond juga menjadikan tubuh kita tak peka ‘merasakan’ sakit yang sedang dialami, hingga keadaan penyakit itu jadi makin parah baru dapat diketahui sakitnya.

5. Sakit pernafasan.
Udara yang berputar dalam sebuah bilik tertutup kerana penggunaan air cond menyebabkan bakteria dan mikro-organisma mudah membiak dan menjadi masalah pernafasan. Penyakit yang biasanya timbul adalah batuk, demam dan sebagainya.

6. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan. .Kenapa? Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

7. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16c.. Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

8. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara? Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

p/s :  Eleh ...  dah tak mampu pasang air-cond tu.... banyak la cerita... haha!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...