12 May 2016

DIY Menanam Tumbuhan Air.....




Suka tengok kolam yang penuh dengan tumbuhan terapung... Cantik dan comel tumbuh-tumbuhan tu. Teringin nak bawa dan tanam sendiri di laman rumah. Walau rumah tidak mempunyai laman yang luas, masih boleh menanamnya.

Anda boleh membuat kolam anda sendiri, tetapi dalam saiz yang lebih kecil. Di sini akan ditunjukkan kepada anda , langkah demi langkah , bagaimana untuk membuat kolam anda sendiri dengan tumbuh-tumbuhan terapung. Akhirnya ia sangat comel dan berwarna-warni untuk diletakkan di taman anda.

Bahan yang diperlukan :

Pasu yang tidak berlubang di bawahnya.
(yang boleh menakung air)
Batu bata
(untuk menyokong pokok2)
Pasu2 kecil berisi pokok2
Sedikit tanah
Penghadang atau pemisah  dalam kolam
-jika pelu
Pokok2 air seperti:
teratai, kiambang, keladi bunting, keladi itik, pegaga air dan pelbagai lagi.
- boleh tanya pada nurseri untuk tanaman yang sesuai

Cara :

Susun mengikut kesesuaian, yang tinggi di belakang dan yang rendah dihadapan. Gunakan batu-bata untuk menyokong pasu2 dan pokok2. Tambah sedikit tanah. Jika perlu guna penghadang. 

Masukkan air. Dah penuh, masukkan tumbuhan terapung pula. Untuk mengelakkan jadi tempat pembiakan jentik2,  masukkan beberapa ekor anak ikan.  Boleh juga letak ubat jentik2. 

Boleh diletakakan disebelah air terjun mini anda. Cantikkk.... 

p/s : Anak2 ikan tu cepat mati... so, masukkan anak2 ikan seminggu sekali. Anak2 ikan longkang jer... Boleh beli atau sauk kat longkang... hihi:)

#gambar SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...