Akhirnya..... Fara Fauzana Umumkan Tarikh Perkahwinannya....

12:04:00 PM Noor Akma 3 Comments


Fara Fauzana,  antara penyampai radio dan pengacara TV yang paling aku minat. Pepagi sejak lama dulu, gelak tawa dia lah yang sering menemani aku. Suka denga keletahnya dan gelak tawanya. Aku juga sentiasa mengikuti setiap perkembangan kariernya. Dan ternanti2, bila dia akan menamatkan zaman bujangnya. Sekarang dah jarang buka radio.... sebab Fara dah tak berceloteh pagi2 dah... haha!

Akhirnya segala spekulasi mengenai Fara Fauzana terjawab apabila beliau tampil mengadakan sidang media mengesahkan perkahwinan beliau bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September depan.

“Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir. Saya pun banyak bertekak manja dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, saya enggan menyusahkan sesiapa” kata Fara pada sidang media itu.

“Begitupun, kami hanya kian rapat dan serius ke arah perkahwinan sejak baru-baru ini. Kami bertemu selepas diaturkan teman pada sebuah majlis makan. Selama ini, kami selalu keluar beramai-ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Jadi, menerusi cara itu juga mungkin orang tidak dapat menghidu persahabatan kami,” ujarnya.

Apabila ditanyakan lanjut mengenai kekasih hatinya, Fara memilih untuk memberitahu namanya sahaja terlebih dahulu. Selebihnya beliau akan memeperkenalkannya di majlis perkahwinan mereka. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Fara Fauzana dan pasangan, Hafiz diatas pengumuman majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

p/s : Hmmm.... Selamat bertemu jodoh..... Aku plak yang terlebih excited, peminat jer pun  :))

#kredit SINI



3 comments:

Cie said...

Suka masa dia jadi dj hotfm. Gandingan mantap dengan fbi.

Afiq Rayyan said...

amboi..bukan main gembira fans fafau.. dia pn dh berumur dan dh cukup syarat sgt utk kawen...

Fara Fauzana suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

Semua org tumpang gembira dgn khabar ni. Fafau ni baik orgnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...