Tangani Anak Kecil Yang Asyik Bertanya Dan Bercakap....

3:07:00 PM Noor Akma 2 Comments


Anak2 kecil yang baru mula bercakap....comel sesangat. Bertanya itu... ini dengan mulut becoknya. Seronok mendengar si kecil berceloteh. Si kecil banyak bertanya soalan memang perkara normal. Ia sebahagian daripada proses pembelajaran mereka. Tapi adakalanya soalan yang tidak berkesudahan terutama ketika ibu dan ayah sedang sibuk mengejar masa memang boleh menguji kesabaran.

Jangan jadikan pertanyaan2 anak2 kecil ini suatu tekanan. Jadikan sebagai hiburan yang menyeronokkan. Itu semua tanda2 otak sedang berhubung dan berkembang. Jangan dimarah dan ditengking anak2 tu... Kalau  dah tak larat menjawab, bagi penjelasan sebaik2nya. Mesti si kecil memahami.

Anak suka bertanya dan berceloteh tu, antara proses perkembangan si kecil dan ia baik untuk otak mereka. Antaranya :

1. Aktif belajar

Apabila anak bertanya, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Dia sedang cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat. Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.

2. Mencari maklumat

Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak, abang, ahli keluarga lain bahkan adakalanya kepada pengasuh yang menjaganya.

3. Perlukan jawapan yang betul

Walaupun adakalanya buntu untuk memberikan jawapan yang terbaik tetapi jangan sekali-kali menyuruh anak berhenti bertanya soalan tersebut. Amat penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda.

4. Belajar meneroka

Melalui soalan, anak belajar meneroka keadaan sekelilingnya. Apabila si kecil melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minatnya, mencapai sesuatu objek atau orang atau melihat ibu bapa dalam ekspresi muka yang berbeza daripada kebiasaan maka akan tercetuslah beberapa soalan.

5. Membina ayat

Dengan banyak bertanya soalan, si kecil sebenarnya sedang belajar membina ayat. Biasanya soalan yang sering ditanyakan akan berubah mengikut perkembangan dirinya.

* Usia 21 - 24 bulan
"Apa tu?"

* Usia 25 - 28 bulan
Bertanya dengan intonasi yang tinggi.

* Usia 26 - 32 bulan
"Kat mana atau di mana?"

* Usia 36 - 40 bulan
"Siapa tu?"

*Usia 40 - 49 bulan
Soalan kenapa, bila dan bagaimana sering menjadi pertuturan mereka.

Rajin2 kan diri menjawab soalan anak2 kecil. Dengarkan lah celoteh si kecil.... Anak kecil yang asyik berceloteh dan bertanya, itu petanda dia seorang yang bijak.... ya tak?  Jangan asyik dengan telefon bimbit tu. Berilah perhatian bila anak2 bercerita.

p/s : Teringat anak perempuan aku,  masa kecil2 dulu asyik bertanya dan berceloteh tahap hyper. Dah besar, masih rajin berceloteh. kini belajar di UITM  course Mass Com. Sesuai sangat....  Harap boleh jadi penyampai radio atau pengacara tv macam Fara Fauzana... hehe!

#kredit SINI


2 comments:

saya pernah baca, anak-anak yang kerap bertanya ni, kadang-kadang mereka malas berusaha, bila tanya je, mereka mesti nak jawapan yang betul.

jadi blogger tu nasihatkan, bila mereka tanya, kita tanya mereka balik, supaya minda mereka berusaha mencari jawapan. dalam pada masa yang sama, kita kenalah bantu mereka cari jawapan.

tak pasti betul ke tak, tapi saya setuju dengan pendapat blogger tersebut..:)

www.ceritaejoy.com

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...