Timun..... Ulam Kegemaranku Yang Berkhasiat

2:15:00 PM Noor Akma 8 Comments


Untuk pemakanan harian aku sekeluarga..... mesti ada hidangan sayur. Salah satu sayur kegemaran yang mudah dan senang disediakan adalah timun. Potong, potong2 dah siap untuk dihidangkan dan di makan. Boleh di katakan hampir setiap hari mesti ada ulam timun ni.

Sayur ini penuh dengan khasiat untuk kesihatan tubuh dan paling menarik amalan makan timun ini juga membantu kepada yang mahu menguruskan badan. Jadi, jangan pandang sebelah mata khasiat timun ni....

Ikuti senarai kelebihan sayur ini yang perlu di ketahui :

Ganti kehilangan air dari badan
Timun adalah sumber makanan yang boleh menggantikan kehilangan air dari badan kerana ia mengandungi 90% air. Selain itu timun juga boleh menghilangkan panas badan dari luar dan dalam.

Buang toksin dari badan
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

Bekalkan keperluan vitamin harian
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

Mineral mesra kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

Bantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

Pulihkan mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

Lawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasukkanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

Kurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

Segarkan mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

Sihatkan kuku dan rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

Bagus untuk kesihatan sendi, melegakan artritis dan sakit gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

Jaga kesihatan buah pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

p/s : Bagus sangat info ini bagi aku yang amat menyukai ulam ulaman. Bila nak makan wajib ada bersama sambal belacan.... huhu! 

#kredit SINI 


8 comments:

Eeiou _ said...

Dulu selalu jugak letak dekat bawah mata. hehe.
Nice sharing ❤

Kalau buat tutup mata rasa sejuk je.. segar..

mOoN IzzaN said...

suka ulam timun ni.. dlu masa kecik2 mak masak timun ni ngan telur..

Nieyl said...

jalan² singgah petang ♥

YieN said...

Sep sikit.. Kite pon selalu buat timun ni sbg kudap2 je, hehe~

husna zahidi said...

timun memang sedap kalau makan dgn nasi.. rapuh jer.. hihihi..

Abam Kie said...

Assalam. Timun sesuai diratah begitu saja mcm carrot.

Jika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.

http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

Selalu juga jadikan timun sbb ulam cicah dgn budu. Buat jus pun sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...