Tidur Bersama Solekan, Jangan amalkan......
Seletih mana pun kita, waktu nak tidur tu mesti amalkan mencuci solekan terlebih dulu. Jangan terperangkap dengan sifat malas dan memberi alasan keletihan. Bukannya lama, seusai dalam masa 3 minit.... wajah dah siap dicuci. Selebihnya bolehlah disapu krim malam agar kulit menjadi sihat. Tak sapu apa2 pun boleh... tak memudaratkan.
Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Disini akan dihuraikan akibatnya....
KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
BAKTERIA TERPERANGKAP
Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.
IRITASI MATA
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.
BULU MATA GUGUR
Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!
BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau gloss bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
p/s : Bahaya... kan? So, lepas ni beringatlah, untuk wajah lebih berseri dan anti penuaan....
#kredit SINI
0 comments:
Post a Comment