Beberapa Petua Dapur Yang 'Orang Dapur' Perlu Tahu....

4:09:00 PM Noor Akma 0 Comments


Memasak dan menjadi orang dapur ni banyak perkara mengenai bahan dapur dan masakan perlu diketahui. Kalau betul caranya boleh menjimatkan kos dan masa. Masa tak terbuang dan kos bahan api dan bahan2 yang digunakan untuk memasak pasti boleh dijimatkan...

Antara beberapa perkara tu....

Telur Rebus Sempurna
Kadang-kadang masak telur rebus pun boleh tak menjadi. Sebabnya, kadang-kadang kita keliru nak tunggu berapa lama untuk telur tu masak. Nak diangkat awal sangat, jadi telur separuh masak pula. Gagallah telur rebus itu! 

Sebenarnya ada cara mudah untuk anda ketahui sama ada telur rebus anda sudah masak atau tidak. Caranya mudah saja, rebus telur anda bersama satu sudu teh beras. Setelah beberapa minit, rasa beras anda. Jika ia sudah lembut, maknanya telur rebus anda juga sudah 'sempurna' untuk diangkat.

Makanan Terlebih Masin
Pernahkah anda memasak lauk pauk tidak mengikut cita rasa anda? Misalnya gulai yang anda masak jadi terlebih masih pula. Sudahnya, anda terpaksa membuang gulai tadi.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menyeimbangkan rasa garam yang berlebihan dalam lauk pauk anda itu. Caranya adalah memasukkan ibu kentang yang telah dikupas dan dibasuh bersih. Insya-Allah kemasinan lauk boleh dikurangkan.

Cuka Dan Soda Bikarbonat Pembersih Dapur
Tahukah anda, cuka yang ada di dapur itu ada banyak kegunaannya. Salah satunya adalah untuk membersihkan kawasan dapur yang kotor akibat minyak. Campurkan 1 sudu cecair pencuci dan suka serta soda bikarbonat.

Kacau adunan ini dan boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dapur, dinding di dapur yang kotor akibat percikan minyak. Anda juga boleh sekadar mencampurkan cuka dan air untuk membersihkan beberapa tempat yang bercermin. Pastinya kaedah ini lebih semula jadi dan selamat.

Biskut Tak Lemau
Kadangkala kita meletakkan biskut di dalam bekas bertutup. Tapi apa yang terjadi, biskut tetap menjadi lemau. Sayang jika mahu dibuang, apatah lagi biskut itu masih elok dan boleh dimakan.

Cuba cara ini, sebelum memasukkan biskut dalam bekas taburkan gula di dalam bekas. Kemudian, masukkan biskut. Insya-Allah biskut akan tahan lebih lama.

Baja Serbuk Teh
Serbuk teh yang telah digunakan dibuang jangan. Sebenarnya, ia ada banyak kegunaan yang bermanfaat untuk anda. Kita maklum serbuk teh baik untuk menghilangkan lebam bawah mata.

Ada cara lain yang boleh pelbagaikan. Antaranya, gunakan serbuk teh yang telah menjadi hampas itu sebagai baja tanaman. Taburkan di sekitar tanah tanaman dalam pasu. Ini boleh membekalkan sumber baja yang baik.

p/s : Orang dapur tu sinonim dengan perempuan la.... tapi zaman sekarang dah tak relevan dah...hihi!

#kredit SINI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...