AMAL INFINITI 'Cuci Kereta Sambil Beramal' Anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Batu Tiga

5:59:00 PM Noor Akma 0 Comments

AMAL INFINITI

Clean . Polish . Protect . Care

Malam tadi aku pergi dewan masyarakat di Seksyen 24, kawasan  kediaman aku ni. Ada program mohon bantuan persekolahan untuk tahun hadapan oleh ADUN Batu Tiga YB Rodziah Ismail. Ramai jugalah golongan marhaen yang tidak berkemampuan hadir mengisi borang, walau disimbahi dengan hujan yang cukup lebat.... macam aku jugalah... :(


AMAL INFINITI
AMAL INFINITI

Di samping itu di war-warkan sekali program mencari dana untuk program 'BACK TO SCHOOL' iaitu 'Cucian Amal Infiniti' Aku dapati program ini sangat bagus. Hampir semua keluarga di kawasan aku ni mempunyai kenderaan, terutamanya kereta. Selain dapat mencantikkan kereta, boleh juga beramal jadi ada timbal balas yang amat sempurna di situ.

Program ni dah berjalan dari sebulan yang lalu. Ketinggalan ketapi jugaklah aku ni.... Tapi masih ada masa lagi sehingga penghujung Disember ini. Program kemasyarakatan dan amalan baik seperti ini wajar tidak di lepaskan oleh warga Shah Alam terutamanya warga Dun Batu Tiga dan pastinya warga tempat tinggal aku sendiri di Seksyen 24 Shah Alam.

Apakah AMAL INFINITI


Usaha kebajikan membersih dan menggilap kereta yang akan menyumbang dana Back To School kepada golongan yang memerlukan. Dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga. Menggunakan teknologi TANPA AIR dari negara Jerman. Proses membersih dan menggilap hanya mengambil masa 10 minit.

Mewujudkan lapisan yang melindungi kereta dari pudar. Mudah dibersihkan dan sentiasa berkilat. Harga cucian dan polish sangat berbaloi. Kereta kecil  RM25. Kereta sederhana besar RM30. Besar hanya RM35 sahaja. Harga biasa di pusat servis kereta dalam RM100 - RM150.

AMAL INFINITI
AMAL INFINITI

Jadual Cucian Amal Infiniti


12/11/2016  - Seksyen 24 - Dewan PWB
13/11/2016  - Rimba Jaya - Pangsapuri Blok A di Taman Permainan
19/11/2016  - Seksyen 19 - Lot parking pasar malam
20/11/2016  - Seksyen 20 - Berhadapan Pejabat Mimbar
26/11/2016  - Masjid  Kg Kuantan
27/11/2016  - Masjid Fastabiqul Khairat Batu Tiga
03/12/2016  - Padang Jawa - Hadapan Kedai Sup Power
04/12/2016  - Seksyen 17 - Lot parking pasar malam
10/12/2016  - Seksyen 24 - Dewan PWB

Selepas ni ikut jadual di atas bolehlah warga Shah Alam mencuci kereta sambil beramal. Kereta cantik, pahala pun dapat. Jangan risau sukarelawan bersedia mencuci kereta anda. Sekejap je tunggu, tak panas punggung lagi.... dah siap.

Di fahamkan kalau nak jadi sukarelawan mencuci pun boleh. Dan kalau bawa ramai kengkawan untuk dicuci kereta mereka, boleh dapat komisyen juga. Tapi saya kurang faham sikit pasal ni. Boleh juga dibuat temu janji  apabila berkumpulan ramai2 ditetapkan suatu tarikh untuk dicuci kereta.

Keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan  berkaitan sila hubungi : 

03-55421036 dan 017-3672786

Whatssap :

019-2676879

p/s : "Tangan yg Memberi adalah Lebih Baik dari yang Menerima"........ jom warga Shah Alam, cuci kereta anda.....


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...