Beberapa Tip Wajah Cantik Yang Mudah Dan Murah....

5:27:00 PM Noor Akma 4 Comments


Wajah yang cantik, mulus dan indah idaman semua. Tapi tak semua orang mampu beli produk2 mahal. Tapi tak apa. Masih ada cara yang murah dan mudah untuk mendapatkan wajah yang cantik. Dengan menggunakan bahan2  disekeliling kita di dapur sahaja. Pastinya bahan2 ini bebas daripada bahan kimia berbahaya. Boleh berjimat pula tu.

Tip Wajah Cantik...


Madu
Lap wajah dengan tuala yang direndam dalam air suamuntuk membuka pori2 di wajah.  Sapukan madu pada keseluruhan wajah. Biarkan sebentar selama 15 - 30 minit. Bilas kembali dengan air suam, kemudian lap wajah dengan air sejuk.

Telur
Buat masker dengan samada dengan putih telur atau kuning telur. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Biarkan sehingga masker telur mengering. Cuci dan bilas bersih dengan air sejuk.

Pisang
Kisar pisang hingga halus dan lumat. Sapu dan oleskan keseluruhan wajah hingga sekata. Biarkan sebentar selama 15 - 30 minit. Bilas dengan air suam, kemudian lap wajah dengan air sejuk.

Anggur
Ambil sebiji anggur yang masak ranum. Potong dua dan oleskan potongan anggur di sekitar wajah sampai rata. Setelah itu cuci dengan air sejuk.

Yogurt
Gunakan yogurt yang tidak mempunyai perisa. Untuk menyegarkan dan melembapkan wajah sapu rata yogurt di seluruh wajah. Biarkan sebentar selama 15 - 20 minit. Cuci dan bilas dengan air sejuk.

Susu
Gunakan kapas muka untuk sapuan rata susu keseluruh wajah. Biarkan sebentar. Bersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk.

Inilah antara tip wajah cantik itu. Sebenarnya banyak lagi bahan yang boleh digunakan. Ikutlah kesesuaian yang anda kehendaki. Dengan amalan yang berterusan tak mustahil wajah akan menjadi lebih cantik, gebu dan mulus berbanding menggunakan produk2 komersial.

p/s : Nak berjimat dan tak perlu beli produk pencuci lagi... :)

#kredit SINI


4 comments:

Siapa je taknak cantik skrg ni. kan? heheh tapi malas tu Allah. hehe mcm yg komen ni la. Nak amalkan tu takleh betoi.

theathra.blogspot.my

Unni Anje said...

piasang tu nk guna pisang apa?? masak ke mentah :D:D {pisang bnyk ni] hahahaha

Thanks for sharing..! Lepas ni nak try lah..:D

Maria Firdz said...

Suka petua yang guna bahan Semulajadi ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...