15 November 2016

Caj Hospital Kerajaan Tak Naik Untuk Rakyat Marhaen....


Caj Hospital Kerajaan Naik 50%? 


Bila dapat tau caj hospital ada perubahan dan kenaikan sikit kelmarin bikin orang ramai kecoh dan panik. Memamg ada perubahan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya kemungkinan pada 1 Januari tahun hadapan.

Tetapi ia bukan melibatkan keseluruhan caj yang sedia ada. Golongan marhaen yang kurang berkemampuan tidak terkesan  langsung dengan  kenaikan  ini. So, apa  yang  perlu  di kecohkan tentang  kos rawatan  dan perubatan di klinik dan hospital kerajaan.

Ikuti pencerahan itu di bawah ini.....


Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu. 


Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:


Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri. 

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

p/s : Golongan berkemampuan biasanya ada insuran kesihatan dan buat rawatan  hospital swasta. Aku ni perbelanjaan harian jenuh berkira2,  tak ada lebihan nak beli insuran... bila sakit rawat kat hospital kerajaan ajelah...

#kredit  FB Kementerian Kesihatan
#kredit gambar dari pakcik google


2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...