10 November 2016

Nak Elak Kentang Tumbuh Tunas, Inilah Caranya...


Tips Menjaga Kesegaran Kentang


Bila kami sekeluarga membeli barang kering untuk stok dapur memang beli sekali banyak. Macam jenis2 bawang, telur, ikan bilis dan juga kentang. Selalunya beli di pasaraya borong. Apabila membeli dalam kuantiti yang banyak harga lebih murah dan boleh berjimat.

Kentang memamg sentiasa ada dalam hampir setiap hidangan yang aku sediakan setiap hari. Macam masak lemak cili api daging/ayam dengan kentang, masak kari ayam/daging ada kentang, sambal ikan bilis kentang, sambal sardin kentang, daging blackpepper sedap taruh kentang, malah sup daging/ayam ada kentang. 

Makanan western pun berkentang juga macam shepperd pie, mashed potato, potato wedges dan banyak lagilah makanan yang boleh di adaptasi dari kentang ni. Pendek kata kentang ni dah jadi makanan ruji pulak bagi kami sekeluarga. 

Bila beli kentang banyak2 ni ada risikonya juga. Kalau tak dimasak dan digunakan cepat, nanti kentang kecut dan bertunas, dah tak elok untuk dimakan. Ada tips dan petua untuk menjadikan kentang yang disimpan lama kekal segar dan tahan lama serta tak ditumbuhi tunas.

Petua Elak Kentang Dari Bertunas


Bahan :
Ubi kentang segar
Air panas
Tuala bersih

Cara :
1. Rendam ubi kentang di dalam air panas seketika. Jangan direndam terlalu lama kerana isi kentang akan menjadi masak.
2. Angkat dan keringkan ubi kentang menggunakan tuala.
3. Simpan ditempat kering dan gelap. Ubi kentang akan menjadi lebih tahan lama.

Untuk mengetahui mengapa kentang yang telah bertunas tidak boleh di makan, baca di SINI

p/s : Buat cekodok kentang cicah sos cili pun sodap ehhh!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...