Order Pizza Online Hari ni, Tergoda Dengan Cerita Pizza Semalam... Hahaha!

7:52:00 PM Noor Akma 1 Comments


ORDER PIZZA ONLINE


Semalam cerita pasal pizza... Hari ni order pizza. By online jer. Mesti ada yang akan cakap tergoda dengan kisah cerita pizza semalam. Sebenarnya memang dah ada keinginan nak makan pizza. Dah lama minta anak perempuan belanja bila dia dapat gaji kerja sambilan dia tu.

Kebetulan pula dia ada bagi duit untuk belanja makan pizza ni. Dianya tak ada.... kelmarin dah pergi kerja outstation ikut krew fotografi tempat kerja ke Universiti Malaysia Terengganu. Mummy belilah pizza dan makanlah dengan adik2 katanya.

Ingat nak pergi ke tempatnya makan terus kat situ tapi en. somi tak berapa nak bagi kerjasama.... Lagipun makanan jenis ni dan seumpama dengannya tu dia tak reti nak makan. Old school sikit la.... Nanti dia nyanyi lagu bangau pulak... naiya jer... "bukan makanan aku" (3 kali).... lalala..... hihi!

Pizza.... Pizza.... Pizza...


Nak call pulak takut nanti tergagap2 tak reti nak order.... So, lebih mudah order online... pizzahut.com.my  Bukan selalu makan pizza ni.... jarang sekali makan dan anak perempuan aku tu la yang selalu uruskan bila membeli. Aku yang tak pernah order.... ini pertamakali. Aku pergi la ke laman web tu.... Kenalah sign up dulu. Nak tengok2 je la dulu. 


Nak makan pizza tu waktu petang... Masa tengok blog tu baru tengahari tadi. Belek punya belek, boleh tetapkan masa nak dapat pizza tu. Senang kerja aku, nak makan pukul 4.30 petang hingga pukul 5 lebih.... Aku tetapkan masa dalam pukul 4.30 jer.... Hmmm betul agak2 aku tu... pizza sampai dalam pukul 5.00 petang lebih kurang.

Dah dapat pizza, tak sabar2 nak makan. Masa snap gambar tengah pegang pizza sekeping sambil mengunyah. Dan yang paling aku ingat, jangan bukak kotak terbalik nanti tak nampak topping. Itu ler pasal... uhuk..uhuk.. hahaha! Terbatuk dan nak tergelak guling2 ingat entri semalam.... hoho!

p/s : Masa entri ni ditulis.. pizza dah habis... Lepas ni nak suruh belanja kek cheese leleh pulak!


1 comments:

Unni Anje said...

wahh sedap.. kena makan pizza jgk ni!! x blh jadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...